Sains

Cara Maniskan Buah Semula Jadi, Kena Guna 4 Formula ‘Dapur Pokok’. Tanpa Baja Pun Manis

Share

Cara maniskan buah tak semestinya dengan penggunaan baja saja. Sebenarnya kita hanya perlu faham fungsi dan keperluan pokok supaya hasil buah manis semula jadi.

Ramai yang tanam buah sendiri dekat rumah, tapi bila tiba musim, rasa buah tak semanis yang diharapkan. Padahal baja dah bagi, siram pun rajin. Sebenarnya, untuk dapatkan buah yang manis, kita kena faham asas proses semula jadi tumbuhan: fotosintesis.

Gula dalam buah bukan datang terus dari baja, tapi dihasilkan oleh daun melalui bantuan cahaya matahari, karbon dioksida (CO₂) dan air. Kalau mana-mana elemen ni tak cukup, buah tetap tumbuh, tapi rasanya akan tawar. Jom faham cara ‘dapur pokok’ bekerja perkongsian ilmu Mohd Sukeri

supaya buah yang kita tanam lebih manis secara semula jadi.

4 Cara Maniskan Buah Secara Semula Jadi

1. Cahaya Matahari Cukup & Direct

Daun perlukan cahaya matahari yang cukup untuk proses fotosintesis. Kalau tanam bawah teduhan, atau pokok terlalu rimbun sampai tutup cahaya, gula yang terbentuk akan berkurang. Pastikan pokok terdedah terus kepada cahaya, terutama waktu pagi hingga tengah hari. Tanaman di kawasan terbuka (open field) memang lebih sesuai.

2. Daun Sihat & Aktif

Anggap daun sebagai ‘dapur’ kepada pokok. Kalau daun rosak, tua, diserang serangga atau penyakit, hasil penghasilan gula pun terganggu. Jaga daun supaya hijau, segar dan aktif jalankan tugasnya. Elak guna racun secara berlebihan yang boleh menjejaskan fungsi daun.

3. CO₂ Mencukupi Dalam Persekitaran

Karbon dioksida (CO₂) diserap melalui daun semasa fotosintesis. Lebih banyak daun sihat, lebih tinggi penyerapan CO₂. Sebab tu waktu pagi hingga tengah hari penting – masa ni fotosintesis paling aktif. Pastikan aliran udara baik di sekitar tanaman.

4. Air Cukup Tapi Tak Berlebihan

Akar yang sihat bantu bekalkan air dan oksigen untuk hasilkan tenaga (ATP). Kalau media tanaman terlalu lembap atau sentiasa bertakung, akar akan ‘lemas’. Bila akar lemah, tenaga tak cukup untuk angkut gula ke buah. Jadi, siram ikut keperluan dan pastikan saliran baik.

Kenapa Buah Boleh Jadi Tawar Walau Baja Dah Banyak?

– Terlalu basah → akar gagal hasil ATP → gula tak sampai ke buah
– Daun tak cukup atau rosak → kurang tempat hasilkan gula
– Cahaya kurang → penghasilan gula rendah
– Baja terlalu tinggi nitrogen → daun lebat, tapi gula ‘lari’ ke daun, bukan ke buah

Nak buah manis, bukan sekadar tabur baja. Baja bantu tumbesaran, tapi gula hanya terbentuk dengan cahaya, CO₂, air dan daun sihat.

Kawal air, pastikan cahaya cukup, dan jangan biarkan daun jadi tua atau rosak. Bila pokok sihat luar dalam, manis buah pun terasa.

Sumber: Mohd Sukeri

Baca artikel: 9 Kegunaan Garam Epsom Pada Tanaman. Boleh Maniskan Buah & Rawat Pokok Bermasalah

 

Published by
VK