Bila beli bekas makanan plastik mahu pun nak guna semula bekas plastik ini, selalu akan ada stiker tanda harga.
Ada yang senang dibuka tapi selalu juga yang melekat dan tinggalkan kesan hingga nampak tak cantik. Dah cuci, sental pun tak nak hilang.
Jangan buang pulak ya, sebenarnya nak buang kesan lekatan stiker ini mudah saja. Caranya dikongsi oleh ahli kimia, Fatimah Salim.
Ads
Cuma guna minyak masak dan tisu dapur
Kepada yang tidak tahu, anda boleh menanggalkan kesan lekatan sticker pada bekas yang sudah lama dengan menggunakan minyak masak.
Ads
Caranya, tuangkan sedikit minyak masak pada tisu serap minyak (kitchen towel tissue paper) dan gosok. Bergantung kepada jumlah lekatan, ulangi langkah ini jika perlu.
Ads
INFO:
• Minyak masak boleh melarutkan komponen gam.
• Menggosok dengan cepat akan menghasilkan haba yang boleh membantu mempercepatkan proses tertanggalnya gam.
Masalah jiran parking kenderaan mereka depan rumah jiran lain hingga menghalang laluan memang rungutan biasa kita dengar bila duduk di taman perumahan.
Lagi menyakitkan hati walaupun dah ditegur tapi masih juga tak faham dan tetap meletak kenderaan di tempat yang sama hingga susah kita nak keluar masuk rumah sendiri. Sudahnya ada yang berkonflik sesama jiran akibat masalah ini.
Jadi apa perlu kita buat kalau dapat jiran begini? Sebagai jiran terinaya yang berdepan dengan situasi ini saranan daripada Peguam Hartanah, Syazwan Mohd Jafri boleh kita praktikkan.
Lepas seharian bekerja, masalah payah keluar masuk rumah sebab ada kereta block pagar adalah perkara terakhir yang anda ingin hadapi. Namun perkara ini biasa terjadi.
Harapnya perkongsian kali ini dapat membantu sesiapa yang mengalami masalah ini.
Pening dengan jiran asyik parking kereta block pagar rumah? Ketahui hak anda sebagai jiran teraniaya!
Jika anda menetap di taman perumahan (landed terutamanya), pasti PERNAH MENGALAMI masalah pagar rumah dihalang oleh kereta orang lain (selalunya kereta jiran lah).
Pastinya juga menyusahkan, menyakitkan minda dan menyakitkan hati anda. Teguran secara baik tidak berkesan. Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini.
HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 (APJ 1987)
Seksyen 48(1) APJ 1987 menyebut – adalah menjadi kesalahan bagi pemandu yang meletakkan kenderaan mereka dengan cara yang menyusahkan/menghalang pengguna lain. Jika didapati bersalah, boleh didenda minimum RM1,000.00 dan maksima RM5,000.00 ATAU penjara tidak kurang 1 tahun ATAU kedua-duanya.
HAK ANDA DI BAWAH AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKK 1955)
Selain APJ 1987, AKK 1955 juga ada menyebut tentang kesalahan letak kereta depan rumah orang. Seksyen 22 AKK 1955 menyebut – barangsiapa yang melanggar masuk perkarangan rumah dengan sengaja tanpa alasan munasabah, boleh didenda sehingga RM50.
JALAN TERAKHIR JIKA JIRAN MASIH TERUSKAN SALAHLAKU PARKING BLOCK PAGAR RUMAH
Ramai tidak tahu, sebenarnya di bawah Seksyen 48(2) APJ 1987 – pihak berkuasa seperti pegawai polis/pegawai JPJ/pegawai majlis perbandaran, dibenarkan untuk CLAMP dan TOWING kereta yang menghalang/menyusahkan orang lain. Oleh itu, semasa membuat aduan, pastikan anda maklumkan akta ini Bila tahu kereta nak kena tow, pasti jiran tidak akan ulang kesalahan sama.
KALAU ADUAN, TEGURAN TAK ‘JALAN’
INFO TAMBAHAN
Meletakkan kereta block rumah orang juga dikira sebagai kesalahan “TORT KACAU GANGGU PERIBADI”
If all else fails, anda boleh saman di mahkamah dan dapatkan Perintah Injunction (Perintah halangan) agar pelaku tidak meneruskan lagi salah laku.
KESIMPULAN
Isu ini mungkin nampak remeh tapi hakikatnya memang banyak terjadi. Perkongsian kali ni pula bukan untuk menggalakkan pergaduhan sesama jiran namun lebih kepada memberikan “awareness” tentang isu ini supaya semua pihak sama-sama elak dari lakukan kesalahan ini.
Buah epal lebam lepas potong memang nampak tak menarik. Sudahnya epal ini tak disentuh sebab kurang rangup.
Bagi mengelakkan buah jadi begini hingga menyebabkan pembaziran ada beberapa tip yang dipraktikkan. Dikongsi oleh Lailatul Munira Zainuddin empat petua ini boleh kita gunakan jika mahu mengupas dan memotong epal.
Saya guna cara 1 dan 2 saja selalunya terutama kalau bawa bekal buah, lepas letak dalam bekas bertutup- simpan peti sejuk di bahagian chiller
1. Air garam
Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap. Saya rendam dalam 5 minit saja, kemudian toskan. Garam tu jangan banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak saja.
2. Madu
Selain daripada petua yang saya biasa gunakan, ada lagi beberapa petua yang saya ingin kongsikan. Yalah, mungkin ada orang tak suka rasa masin garam pada buah epal. Jadi, bolehlah menggunakan madu.
Caranya pun mudah. Cuma campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit. Lepas itu, toskan dan dah boleh dihidangkan.
3. Jus lemon
Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.
4.Pisau tajam & limau nipis
Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum tu, sapu atau lengserkan pisau dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.
Katanya, petua ini pun boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah! Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas.
Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.
Dah basuh kain letak sabun dan juga pelembut serta pewangi pakaian tapi malangnya kain baju tetap bau hapak. Lepas tu ada pulak kerak hitam melekat pada baju.
Salah satu puncanya sebab kita tak pernah guna fungsi soak atau tub cleaning yang ada pada mesin basuh. Ia bukan sekadar hiasan ya, fungsinya untuk membersihkan tub mesin basuh agar kotoran dan habuk dari pakaian selama membasuh dibuang dan tidak berkumpul.
Sebenarnya kotoran inilah yang membuatkan pakaian kita berbau walaupun dah basuh dan letak pewangi.
Cara menggunakan fungsi soak/tub cleaning juga senanglah sangat. Bagi yang tak pernah buat sejak beli mesin basuh boleh ikut cara ini.
Agar tub lagi bersih boleh masukkan cuka dan soda bikarbonat ikut cara di bawah atau pun gunakan sabun pencuci tub mesin basuh yang memang ada dijual. Caranya;
2. Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START.
3. Bila mesin dah mula isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA dan SODA BIKARBONAT. Sukatannya suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat. Jika tak letak soda pun boleh sebab cuka sifatnya asid boleh membuang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua bahan ini lagi bagus sebab lebih bersih.
4. Kemudian tutup mesin basuh dan biarkan ia selesai. Bila tub cleaning dah selesai, ia akan mengeluarkan bunyi macam biasa. Tapi ingat bila buat tub cleaning jangan isi kain pulak. Fungsi ini untuk basuh tub.
5. Amalkan buat soak/tub cleaning ini dua bulan sekali supaya tiada kotoran atau habuk terkumpul yang bukan saja buat baju berbau tapi boleh menjejaskan fungsi mesin basuh.
Ini antara pencuci mesin basuh https://invl.io/clj1ntl yang boleh digunakan. Cuma masukkan saja seketul dalam mesin basuh ketika melakukan tub cleaning. Harganya pun murah, RM15 tapi boleh guna selama setahun.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...