Ads

Kalau Pokok Kari Kena Masalah Bintik Hitam, Segera Buat Langkah Ini Untuk Rawat

Pokok kari memang selalu digunakan dalam masakan, jadi ia antara yang selalu ditanam sekitar rumah.

Namun begitu antara masalah biasa pokok kari bila dah makin rimbun adalah daunnya mudah diserang masalah bintik hitam. Kadang-kadang habis semua daun dijangkiti penyakit ini.

Kalau Pokok Kari Kena Masalah Bintik Hitam, Segera Buat Langkah Ini Untuk Rawat
Foto Mariam Hashim via Facebook Berkebun D Rumah

Jika pokok kari yang ditanam mengalami masalah ini berikut antara cara yang boleh digunakan untuk merawat pokok berkenaan hasil perkongsian Facebook Berkebun D Rumah.

1. Buang semua daun yang ada bintik hitam ini. Jika terlalu banyak cantas dahannya kerana ia akan menjangkiti daun lain.

Ads
Kalau Pokok Kari Kena Masalah Bintik Hitam, Segera Buat Langkah Ini Untuk Rawat
Foto Facebook Nursyaha MH via Facebook Berkebun D Rumah

2. Selepas cantas, lakukan siraman seperti biasa. Lakukan juga proses untuk suburkan kembali pokok seperti siram dengan air beras, air ikan, kulit bawang. Boleh juga gunakan baja organik.

Artikel berkait: Ramuan Mudah & Berkesan Agar Tanaman Subur. Cuma Siram Air Rendaman Kulit Bawang

Ads

3. Selepas lebih kurang dua minggu tunas baru akan tumbuh. Elak letak pokok di tempat yang redup kerana ini juga salah satu punca pokok mengalami masalah bintik hitam.

4. Selepas sebulan daun pokok akan semakin banyak, lakukan semburan untuk elakkan serangga yang boleh dibuat sendiri atau semburan cuka kayu. Ia untuk elakkan kejadian sama berulang.

Ads

Artikel berkait: DIY Air Semburan Organik Bawang Putih Untuk Elak Serangan Perosak

Kalau Pokok Kari Kena Masalah Bintik Hitam, Segera Buat Langkah Ini Untuk Rawat
Foto Facebook Nursyaha MH via Facebook Berkebun D Rumah

Semoga bermanfaat

Sumber: Facebook Berkebun D Rumah

Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Tips Lain

Cara Wangikan Rumah Tanpa Beli Pewangi Mahal, Guna Daun Pandan Saja

Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...