Masakan orang Melayu memang kerap gunakan santan untuk masak lemak, kari, bubur dan macam macam lagi. Biasanya bagi ibu bekerja santan segera dalam kotak akan jadi pilihan.
Tapi masalah bila beli santan kotak ini adalah jika tak dihabiskan ia akan basi. Ya lah kita pun tak hari-hari guna santan kan.
Tapi perkongsian dari Puan Nelisa Sofea ini membantu menyelesaikan kaum mak-mak. Ia mudah dan bahan yang diperlukancuma plastik aiskrim saja.
Ads
Caranya:
Bila ada lebihan santan kotak tuang dalam plastik aiskrim dan simpan.
2. Bagi yang selalu membeli kotak besar pula dan mahu berjimat, buka kotak dan masukkan santan dalam plastik aiskrim ikut kuantiti sekali masak.
3. Ikat dan masukkan di bahagian chiller bukan freezer.
Ads
4. Keluarkan bila hendak digunakan. Tapi pastikan anda melabel tarikh luput santan mengikut yang tertera pada kotaktu ya!
Garam yang dimaksudkan ini bukanlah garam yang selalu kita guna dalam masakan tapi garam epsom.
Garam ini ada banyak manfaat untuk tanaman. Bagi yang tanam pokok buah dan sayur elok digunakan untuk dapatkan buah yang manis dan lebat.
Bukan itu saja, garam ini juga berguna untuk merawat pokok yang daun kekuningan, kerinting serta terkena serangga perosak. Jika nak cili yang ditanam lebih pedas juga boleh gunakan garam ini.
Tapi sebelum itu pastikan cara pengunaannya adalah betul. Boleh ikut perkongsian dari nurseri Fig Farm ini.
Tabur garam Epsom pada pokok buah-buahan, pokok kacang, sayuran. Fungsi garam ini dapat meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan membolehkan pokok menghasilkan buah yang manis.
Cara penggunaan: Kadar siraman 1 sudu dicampur dengan 4 liter air. Siram 2 minggu sekali. Tabur 1 sudu setiap pokok 1 bulan sekali.
Bagi pokok tomato guna 2 sudu garam untuk setiap 4 liter. Siram setiap 2 minggu.
Untuk tujuan ini pokok cili perlu diberi magnesium setiap dua minggu. Cara penggunaan untuk pokok cili taburkan 1 sudu garam Epsom untuk setiap kaki persegi 2 minggu sekali.
Pokok yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti dengan daun kuning. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil.
Cara penggunaan: Tabur/ siram lebih kurang 1 sudu besar setiap pokok sebulan sekali supaya daun hijau semula. Siraman, 1 sudu + 4 liter air. Siram 2 minggu sekali
Tambah garam Epsom di sekeliling pangkal pokok yang sakit. Secara alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat boleh mencampurkan 2 sudu besar garam Epsom dalam segelen air dan siram terus kepada daun.
Cara penggunaan: 2 sudu + 4 liter air. Siram pada daun sebulan sekali.
Garam epsom juga boleh elak kehadiran siput, ulat bulu dan bena, selaik cegah jentik jentik dalam bekas hidroponik.
Cara penggunaan: Tabur garam ini di pangkal pokok yang terdapat kehadiran ulat perosak.
Salah satu pokok bunga yang menyerikan laman adalah orkid. Dek keindahannya juga, ramai yang cuba menanamnya di rumah.
Cuma selepas berhabis wang membeli pokok ini, cara penjagaanya yang kurang sesuai menyebabkan pokok orkid ini rosak atau mati. Memang sayang.
Bagi yang cuba-cuba menanam orkid di rumah, ada beberapa pantang larang yang perlu diketahui.
Orkid adalah tumbuhan yang ‘suka’ pada tempat yang teduh dan anda tidak sepatutnya membiarkannya terdedah kepada cahaya matahari yang terlalu banyak.
Jika ia terdedah kepada sinaran matahari yang terik pada musim panas, kemudaratan yang besar mungkin akan berlaku kepada bunga itu.
Penyelesaian mudah kepada masalah ini adalah dengan menanam orkid di ruangan yang teduh seperti di bawah pohon atau di beranda rumah.
Antara kesilapan yang selalu dilakukan bila menanam orkid ialah melakukan siraman secara berlebihan. Untuk pengetahuan, orkid hanya memerlukan air yang sedikit untuk terus hidup dan membesar.
Apabila terlalu banyak air, ia berkemungkinan besar akan mengalami masalah seperti akar reput. Justeru, siram orkid dengan berpada-pada iaitu dalam ¼ cawan air.
Keseimbangan antara cahaya, haba dan kelembapan perlu dilakukan jika menanam orkid. Secara amnya, orkid adalah tumbuhan yang memerlukan cahaya dan perlu mendapatkan 12 hingga 14 jam cahaya setiap hari sepanjang tahun.
Sesetengah orkid seperti vandas dan cymbidiums pula memerlukan jumlah cahaya yang banyak agar ia berbunga.
Menggunakan tanah untuk menanam orkid adalah kesilapan yang sering dilakukan. Tanpa disedari, ia boleh membunuh tumbuhan itu.
Bahan penanaman orkid tidak sama dengan bahan penanaman bagi tanaman yang lain.
Penggemar orkid yang sudah berpengalaman biasanya menggunakan bahan seperti spaghnum lumut, sabut kelapa dan styrofoam untuk menggantikan tanah pasu.
Sebagai contoh, orkid phalaenopsis tumbuh di atas pokok apabila ia berada di habitat semula jadi dan disebabkan itu ia tidak boleh ditanam di dalam tanah.
Cara buat roti dan donut guna satu adunan. Senang macam ni. Sekali masak dapat dua hidangan. Roti pulak lembut, donut pun gebu. Hasil donut juga boleh frozen, untuk makan bila-bila suka.
Memang berbaloi buat resipi dikongsi oleh homebaker, Wanda Jasmi. Langkah demi langkah juga disertakan oleh beliau.
1. Rendam bahan A hingga kembang.
Bahan A :
Air suam – 1 cawan
Yis – 1 paket
Susu pekat – 3 sb
Gula – 2sb
Telur – 1 biji
2. Bila Bahan A dah kembang, campurkan bersama bahan B. (Andai doh masih melekat dan lembik, tambah tepung lagi ya sampai doh tak melekat)
Bahan B :
Tepung gandum – 3 cawan
Majerin – 2 sb
Garam – 1 sk
3. Gaul sebati dan uli selama 30 minit sehingga doh betul-betul gebu.
4. Rehat kan doh selama 1 jam atau sehingga 2 kali ganda kembang.
5. Bila dah kembang, tumbuk doh perlahan-perlahan supaya angin dalam doh keluar. Dan uli selama 5 minit.
6. Timbang doh sama berat, untuk dapatkan saiz yang sama. Ini 50gm setiap satu.
Jangan lupa sapu majerin dalam loyang (9×9), supaya mudah untuk keluarkan roti nanti.
6. Bentukkan untuk buat roti atau donut. Boleh masukkan apa-apa sahaja inti.
7. Selepas bentukkan, biarkan mengembang 2-3 kali ganda sebelum bakar/goreng.
8. Bakar suhu 160° selama 20-30 minit. Api atas bawah. Oven panaskan terlebih dahulu. Dalam 5 minit.
9. Siap bakar, sapu susu pekat campur air atas roti. Susu kotak pun boleh.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...