Selalu bila buat ikan bilis goreng, rangupnya cuma sekejap. Bila dah sejuk ikan bilis pun jadi liat dan tak sedap dimakan.
Disebabkan itu ramai yang cuba macam-macam petua sampai ada yang sanggup tak basuh bilis untuk memastika ia rangup.
Tapi cara yang dikongsi oleh Chef Rizal ini senang sangat untuk memastikan ikan bilis rangup dan kerangupannya kekal lama. Caranya hanya menggunakan tepung jagung.
Tip goreng ikan bilis jadi rangup dan kerangupan kekal lama
1. Basuh ikan bilis hingga bersih kemudian tos sehingga semua airnya turun.
Ads
2. Masukkan ikan bilis yang ditos ini dalam bekas dan letak beberapa sudu tepung jagung.
3. Gaul ikan bilis ini dengan tepung jagung hingga rata. Pada masa yang sama panaskan kuali bersama minyak yang banyak.
Ads
4. Bila minyak panas goreng ikan bilis, jangan gunakan api besar supaya tak cepat hangus.
5. Goreng sambil kacau supaya ikan bilis masak rata. Bila dah garing angkat dan tos. Hasilnya ikan bilis akan rangup dan kerangupan ini kekal lama.
Ads
Dalam pada itu kata Chef Rizal bila menggoreng dengan cara ini, ikan bilis berbau wangi sampai rumah jiran.
Wanita yang berhijab kebiasaannya banyak koleksi tudung. Boleh mencecah ratusan helai. Memang seronok banyak pilihan tudung tapi jadi masalah untuk menyimpannya.
Supaya koleksi tudung yang banyak ini tersusun kemas, boleh buat almari khusus untuk tudung seperti yang dilakukan oleh Mohd Khairizan Reduan untuk isterinya.
DIY almari tudung
Alhamdulillah. Siap dah almari tudung Ummi Yusuf. Tiru projek orang. Nak buat sliding pandai. Buat cara biasa jak. Janji berfungsi dengan baik. Material kayu pine & OSB board. Mudahan tahan lama la.
OSB board siap potong kedai. Saya buat panjang 30″ x lebar 12″ / 1 kaki x tinggi 72″ / 6 kaki.
2. Cat siap-siap. Baru bawak ke atas untuk dipasang. Berat.
3.Pintu letak frame utk menyerikan sikit.
4. Sapu varnish ala kadar
5. Siap untuk dipasang. Untuk body.
6. Letak roda. Mudah nak alihkan kelak.
7. Siap bahagian body.
8. Pasang pintu. Berat pintunya. Terpaksa ikat body ke dinding guna L bracket.
9. Tebuk lubang untuk sangkut rod kayu.
10. Guna rod kayu saja. Besi/aluminium mahal.
11. Balut rod dengan foil. Malas nak cat.
12. Dah siap pasang susunan rod di belakang. Ada dua layer kelak. Tudung banyak.
13. Handle simple saja.
14. Belakang ada 15 rod. Muat lebih kurang 90 tudung.
Biasanya bila teringin layan char kuetiau kita akan makan saja di gerai. Jarang sangat nak buat sendiri sebab kena buat pes sendiri yang mana agak remeh. Nak kena rebus kulit udang, kisar dan letak macam-macam bahan.
Tapi rupanya ada saja cara mudah untuk kita buat sendiri hidangan ini. Malah tak perlu menggunakan pes yang perlu disediakan awal sebaliknya hanya guna satu sos untuk menjadikan rasanya macam char kuetiau yang biasa kita nikmati. Caranya dikongsi oleh Nurhani Yusoff .
Buat sendiri char kuetiau tanpa guna pes khas
3 tahun kahwin, makan char kuetiau di kedai saja, sebab pernah try tak pernah menjadi. Sejak jumpa Thai fish saiuce ini, suami kerap betul request nak makan char kuetiau.
Bila cari terjumpa resipi yang guna sos ini tak payah lagi nak air rebus udang, kisar kulit udang, guna pes bagai yang banyak step.
Bahan-bahan:
2 genggam kueyteow
2 biji bawang keci -dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
Sesudu cili kisar (ikut tahap pedas)
Sesudu fish sauce
3 atau 4 sudu sos tiram
3 atau 4 sudu sos cili
Kicap
Gula
Sebiji telur
Taugeh, kucai
Udang
*Kuantiti ini untuk dua orang makan.
Sos ikan inilah yang kena ada
Cara membuat:
1. Tumis hirisan bawang kecil dan bawang putih sehingga wangi, masukkan cili kisar, macam biasa tunggu cili garing atau masak.
2. Masuk sos semua sekali, air, kicap, gula, telur. Biarkan mendidih seketika. Sesuaikan rasa, jangan manis sangat sebelum masuk udang (kalau tak cukup masam manis, adjust sos cili, gula dan air).
3. Bila lihat kepekatan, rasa dan warna dalam sesuai masukkan kuey teow, tauge, kucai, udang.
4. Kacau sehingga udang masak, tak lama pun kemudian terus masuk dalam pinggan. Kena makan panas-panas, jangan sampai kembang. Baru sedap!
Merindui masakan ibunya yang telah pergi, seorang rakan berbangsa India meminta rakan sepejabatnya memasak kari telur yang pernah dirasa sebelum ini. Katanya, ia sama dengan masakan mendiang ibunya.
Dengan harapan terubat rindu rakan kepada ibunya, De Norms Latorel menyediakan kari telur sambil berkongsi resipi bila kisahnya viral tidak lama dulu. Ini resipinya bagi yang nak mencuba.
Cara buat kari telur & kentang
Kisah di sebalik kari telur. Kawan pejabat sis berbangsa India pangkat adik bagi duit RM10 mintak tolong buatkan kari telur. Dia kata lama dulu, sis pernah bagi dia makan kari telur sis masak.
Katanya sebijik macam masakan mendiang mak dia. Rindu agaknya dengan masakan mendiang.Takpe dik, akak tolong buatkan untuk awak. Tak yah la duit, amik balik. Esok sis bawakkan ya..
Harap rindumu terubat!
Bahan-bahan
Telur – 10 biji rebus
Kentang – 5 biji (kupas, belah empat, basuh & tos)
Daun kari – 10 batang (dibuang batang dan cuci)
Bawang besar – kisar
Bawang putih – kisar
Halia – kisar
Pati ayam – 1 kiub
Minyak masak – 1 cawan
Serbuk kari ayam (Babas) – 5 sudu makan
Serbuk kari ikan (Babas) – 3 sudu makan
4 Sekawan (kayu manis 4, bunga lawang 4 kuntum kecil, bunga cengkik 4 biji, buah pelaga 4 biji. Bilas dan tos)
Asam keping 2
Santan kotak (200 gm) – 11/2 kotak
Cara memasak
1. Panaskan minyak masak dan tumis 4 sekawan.
2. Masukkan 8 sudu makan bawang besar kisar, bersama 4 sudu makan bawang putih kisar serta 1 1/2 sudu makan halia yang dikisar.
3. Tumis dalam 5 minit dengan api yang kecil.
4. Masukkan daun kari, tumis hingga bau kari naik semerbak. Kacau sesekali dalam 10-15 minit.
5. Kemudian masukkan serbuk kari ayam dan serbuk kari ikan. Tuang sedikit air untuk sebatikan, biar rempah likat bukan cair ya. Kacau rata.
6. Tambah minyak masak dalam 2-3 sudu makan. Sentiasa kacau hingga pecah minyak, elakkan jadi hangit. Ketika ini guna api sederhana. Memang ambil masa sedikit untuk tunggu kari pecah minyak. Sambil itu kacau.
7. Masukkan kentang dan kacau guna sudip kayu leper supaya kentang tak hancur. Masukkan asam kepiing dan kacau rata.
8. Bila kari pecah minyak, masukkan santan. Kacau sesekali sehingga santan pecah minyak.
9. Perasakan dengan garam dan tunggu hingga mendidih lalu masukkan telur rebus. Waktu ini kentang pun dah empuk tapi tak pecah.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...