Bagi yang suka bercucuk tanam sayur, petua yang dikongsi oleh Suzurina Binti Muda ini berguna untuk diaplikasikan. Terutama jika tanaman dah terkena serangan serangga, ulat dan siput.
Mempraktikkan kaedah ini pada tanaman bayam brazil yang diserang ulat beluncas halus kini sayurannya itu sudah kembali elok dan subur.
Caranya
1. Ambil bawang putih seulas-seulas boleh juga satu labu kemudian cucuk/ tanam terus dalam tanah dekat dengan pokok sayur.
2. Biasanya benih pokok bawang akan sama naik dengan pokok sayur.
3. Kaedah ini juga boleh dibuat pada pokok cili dan sayur lain.
4. Sebelum buat petua yang diperoleh dari video di Youtube bayam brazil yang ditanam tak boleh dimakan penuh dengan ulat beluncas halus. Kini dah hidup subur dan cantik.
Selamat mencuba!
Beli siap bayam brazil dah berakar dan dalam pasu di SINI
Sumber: Suzurina Binti Muda
Artikel berkait:
Petua Mudah Gemukkan Sayuran, Cuma Guna Sisa Dapur Sebagai Baja
Air Nabeez Cara Singkir Toksin Dari Tubuh Paling Berkesan Di Bulan Puasa
Minggu depan umat Islam seluruh dunia akan memulakan ibadah puasa justeru info ini sebenarnya cukup penting supaya kita kekal bertenaga di bulan Ramadan nanti.
Jika setiap kali berbuka dan bersahur kita disunatkan terlebih dahulu makan kurma apa kata tambah satu lagi amalan berkaitan dengan kurma yang mampu memberi manfaat kesihatan lebih lagi.
Amalkan juga minum air rendaman kurma. Sekiranya anda turut ada misi mahu menguruskan badan serta memperbaiki kesihatan pada bulan puasa nanti maka air ini elok sangat diminum setiap hari sebelum sahur.
Turut dikenali sebagai air nabeez, air ini juga amalan Nabi Muhammad s.a.w. Ia pernah disebut dalam beberapa hadis antaranya:
Aisyah pernah ditanya tentang nabeez, kemudian ia memanggil seorang wanita pelayan asal Habasyah. “Bertanyalah kepada wanita ini!” Kata Aisyah. “Kerana ia dahulu pernah membuat nabeez untuk Rasulullah SAW” tambahnya.
Lalu wanita asal Habasyah itu berkata, “Aku pernah membuat nabeez untuk beliau dalam sebuah kantung kulit pada malam hari. Kemudian aku mengikatnya dan menggantungnya. Lalu di pagi harinya baginda SAW meminumnya”.
Dari Aisyah dia berkata, “Kami biasa membuat perasan untuk Rasulullah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di malam hari, atau membuat rendaman di malam hari lalu meminumnya di pagi hari”. (HR Muslim)
Sebenarnya air nabeez ini sama dengan ‘infused water’ yang dipopularkan masyarakat barat. Ia terlebih dahulu diamalkan oleh Nabi Muhamad s.a.w.
Kelebihan air nabeez
Pemberi & pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).
Selain membantu perut tahan lapar dan dahaga, kandungan dalam kurma ini juga membantu untuk menyingkirkan toksin dari tubuh. Ia sangat berguna sebagai detox.
Selain itu disebabkan air nabeez tinggi dengan khasiat serat, ini mampu membantu proses pencernaan dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar tidak mudah lupa.
Cara membuat air nabeez
1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil contoh tiga biji. Buang bijik lalu cari-carikkan isi kurma.
2. Sediakan air masak anggaran 500ml – 1 liter.
3. Rendam isi kurma dalam air tadi malam sebelum tidur. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air, jangan biarkan terbuka.
4. Bangun sahur keesokan hari, minumlah air ini.
Info
Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan pada hari lain walaupun bukan di bulan Ramadan. Amalkan minum sewaktu masa perut kosong.
Kurma yang paling baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa.
Sebaiknya buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama atau lebih 3 hari kerana ia akan jadi masam dan tak boleh diminum.
Selain daripada kurma, boleh juga menggunakan kismis untuk membuat air nabeez.
Foto: Facebook Kayumanisceylon
Masalah Tumit Merekah & Hitam ‘Setel’ Dalam Masa 5 Minit, Terus Halus Mulus. Petua Wanita Ini Berbaloi Cuba!
Masalah tumit merekah dan hitam memang dihadapi ramai wanita. Sampai ada yang sanggup pergi rawatan spa untuk menghilangkannya.
Sebenarnya tak perlu buang duit pun pergi buat rawatan atau beli produk untuk menghilangkan masalah tumit merekah ini.
Buat sendiri saja di rumah seperti perkongsian Siti Norshafika Amran ini. Guna barang dapur saja dan paling menarik dalam masa lima minit saja masalah ini.
Bahan-bahannya
- Lemon atau limau nipis
- Garam
Caranya:
- Potong dan perah limau nipis pada garam, gaulkan sedikit.
2. Kemudian ambil potongan limau nipis tadi, calitkan pada garam dan terus sental pada tumit kaki.
3. Gosok sampai kotoran hilang (boleh juga guna berus gigi terpakai untuk menggosok).
Sebelum
Selepas
Ha bersihkan! Dah tahu cara mudah bolehlah cuba dan share dengan kawan-kawan lain ya.
Sumber: Siti Norshafika Amran
Ramai Tak Tahu Kelebihan Tanam Pokok Bunga Keliling Pokok Cili, Salah Satu Hasil Cili Makin Lebat
Ramai yang tanam pokok cili di rumah tapi tak semua menjadi. Selalu yang menjadi rungutan adalah pokok kena serangan perosak dan cili tak lebat hasilnya.
Ada yang guna racun kimia untuk menyelesaikan masalah ini sedangkan ada banyak kaedah semula jadi yang boleh digunakan. Salah satu yang ramai kurang maklum adalah untuk mengurangkan serangan perosak pada pokok cili adalah menanam pokok bunga keliling pokok cili.
Ya, tanam saja pokok bunga. Selain serangan perosak kurang, laman pun jadi berseri. Kaedah ini dikongsi oleh usahawan tani Kakak Kebun.
Menurut beliau selain kurangkan serangan perosak ada banyak lagi kebaikan jika tanam pokok bunga di keliling pokok cili ini.
Kebaikan tanam bunga di keliling pokok cili
1. Kurang serangan serangga perosak seperti trips, aphids, hamama, ulat dan lain lain lagi.
2. Bila kurang serangga perosak, penyakit juga akan kurang.
3. Agen pendebungaan seperti lebah, kelulut, kumbang akan membiak dengan banyak dan membantu pendebungaan pokok cili. Itu sebab buah jadi banyak.
4. Musuh semula jadi seperti ladybug, labah labah, pepatung dan lain lain lagi akan membantu menjadi tentera untuk menjaga tanaman kita dengan cara memakan telur serangga perosak.
5. Jangan guna racun kimia supaya tidak membunuh sahabat ladang ini.
6. Gunakan baja organik, semburan organik untuk mengawal serangga perosak dan mencegah penyakit selain meningkatkan lagi ketahanan pokok.
Antara pokok bunga yang boleh ditanam sekitar pokok cili adalah rose Jepun, marigold/ bunga tahi ayam, bunga pukul 10/ turnera atau zinnia.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Kakak Kebun.