Masuk rumah terus hidu aroma semula jadi sitrus, memang menyegarkan. Apatah lagi sekarang masa kita lebih banyak berada dalam rumah.
Selalunya untuk hadirkan bau ini kita akan beli pewangi rumah yang banyak dijual. Tapi sebenarnya kita boleh hasilkan sendiri pewangi sitrus ini dengan cara paling semula jadi dan caranya mudah sangat.
DIY pewangi sitrus untuk kediaman ini dikongsi oleh Cikgu Nida.
Wangian rumah sitrus dari buah oren
Bahan-bahan:
Limau oren
Bunga cengkih
Bunga telur atau bunga hiasan terpakai
Lidi satay (boleh juga guna kayu pencungkil gigi)
Cara membuat
Ads
1. Cucuk hujung lidi satay yang tajam pada buah oren untuk buat lubang.
2. Kemudian cucuk bunga cengkih pada lubang tadi (letak lebih supaya tahan lebih lama).
Ads
3. Dah selesai cucuk pada buah oren boleh hias ikut kreativiti.
Tahan 3 minggu hingga sebulan
Ads
Wangi sitrus ini tahan tiga minggu atau satu bulan tanpa buruk. Proses merempah semula jadi dari bunga cengkih dan gabungan spesies sitrus menjadikan proses awetan yang nyah kuman dan bau.
Haruman sitrus ini boleh hilangkan bau masakan di dapur, menjadikan aroma dalam bilik tidur lebih tenang. Tambah pula dengan cahaya malap. Boleh juga diletakkan dalam tandas untuk bau yang menyegarkan.
Ramai bertanya boleh gunakan buah lemon atau tidak. Jika guna lemon baunya tidak sekuat oren.
Tandas dan bilik air kita gunakan setiap hari. Kalau dibiar seminggu, dua minggu atau berbulan tidak dibersihkan, anda akan ‘azab’ nak mencucinya nanti. Mungkin perlu sejam untuk menyentalnya.
Supaya jimat masa dan tenaga kita boleh guna tip yang dikongsi oleh Fizan Rahman bagi membersihkan bilik air di rumah.
Tip mudah bersihkan bilik mandi dan tandas
Setiap tip yang diberikan sangat berguna untuk anda jimatkan masa membersihkan ruang yang sangat penting dalam rumah. Jom tengok.
Tip1: 5 minit setiap hari
Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah. Anda boleh melakukannya sebelum anda mandi. Apa yang perlu anda lakukan adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span atau berus dan gosok dinding, sinki serta lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.
Tip 2: Tuang peluntur dan biarkan selama sejam
Untuk membersihkan jubin tandas yang berlumut, anda hanya perlukan bahan peluntur. Tuang bahan peluntur yang telah dicampur dengan sedikit air ke atas lantai, berus dan biarkan selama sejam. Selepas itu bersihkan dengan air.
Tip 3: Seminggu sekali bersihkan dinding dan lantai
3) Luangkan masa seminggu sekali atau dua minggu sekali untuk menggosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas. Gosok juga dinding dan lantai tandas dan bilik air menggunakan berus
Mudah saja kan? Bila amalkan tip ini, barulah tandas dan bilik mandi sentiasa bersih. Kita pun tak perlu ambil masa lama nak basuh tandas dan bilik mandi. Senang je rupa-rupanya.
Ramai yang menanam pokok mulberi untuk buahnya yang enak, manis dan masam. Selain itu ia juga kaya dengan khasiat vitamin C memang tak rugi untuk ditanam.
Namun begitu jika ada yang menanam pokok ini tapi kecewa kerana pokok tidak berbuah lebat, boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Ana Embong ini.
Tip kalau nak buah mulberi lebat
Tak rugi tanam mulberi, berbuah sepanjang masa. Boleh boleh makan, daun mudanya pula boleh dijadikan bahan masakan.
Jika buah pokok mulberi tidak lebat tip yang boleh dilakukan adalah;
– Sentiasa pangkas pokok. Bila keluar pucuk baru akan keluarlah buahnya.
– Manakala untuk dapatkan buah yang besar pula buang daun-daun sekitar buah ketika pokok sedang berbuah.
Ini pokok mulberi kampung yang saya tanam dalam pasu besar, buahnya pun agak besar.
Perasan tak, ada kala kita buat biskut tak sama tebal. Ada yang tebal, ada yang nipis. Padahal dah gelekkan kayu pencanai tu bukan main sama rata lagi.
Seorang baker terkenal di facebook, Mawar Wilsa memberikan tip mudah untuk anda memastikan biskut yang dibuat sama tebal. Barulah cantik dan tak malu kalau nak jual. Kan?
Tip canai doh biskut sama tebal
Saya nak kongsikan tip doh biskut sama tebal. Cara murah dan mudah saya terap biskut bagi sama tebal. Guna penutup bekas plastik je….❤
1) Letakkan doh biskut diatas permukaan penutup bekas plastik.
2) Gunakan kayu pencanai dan canai doh. Pastikan kedudukan kayu pencanai berada di atas sisi penutup bekas plastik.
3) Kita dah dapat doh biskut yang sama ketebalannya.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...