Nampak macam coklat Ferrero Rocher yang mahal tu, tapi bukan. Yang ini bebola kek coklat cheese ilham Iedaa Jahaya untuk anak-anaknya.
Tak guna bahan mahal sebab bahan utamanya cuma biskut Marie saja bersama coklat masakan dan cream cheese. Menarikkan! Cara membuatnya pun mudah, gaul dan sejukkan. Tak perlu bakar.
Nak cuba, ini cara membuatnya.
Bebola kek coklet bercheese dari biskut Marie
Bahan-bahan:
1 paket biskut Marie – perisa coklat atau asli ikut suka
250g cream cheese Tatura
Coklat masakan Berlys – 2 cawan
Gula aising secukupnya – jika mahu manis
Cara membuat
1. Kisar halus biskut Marie.
Ads
2. Gaul biskut bersama dengan krim cheese Tatura hingga sebati menjadi doh. Jika nak lebih manis boleh tambah gula aising.
3. Ambil sedikit doh dan buat bentuk bebola hingga habis. Ketepikan sekejap, Tak perlu bakar ya.
4. Cairkan coklat masakan guna kaedah double boiler.
Ads
5. Ambil bebola biskut dan golekkan dalam coklat cair supaya semua bahagian diliputi coklat.
6. Boleh juga taburkan badam yang dipanggang sekejap.
Ads
7. Selepas bebola dicelup dalam coklat cair, angkat dan letak dalam paper cup. Masukkan terus dalam peti sejuk untuk keraskan coklat.
Coklat dah keras boleh terus dimakan. Untuk kuantiti bahan di atas boleh dapat 50 biji biskut.
Melihat perkongsian foto kediaman Akmalaily Akman seakan melihat katalog Ikea. Memang boleh jadi terapi mata orang perempuan.
Mendiami kediaman rumah rakyat tapi sentuhan dekorasinya cukup cantik walau pun ringkas.
Lagi buat ramai kagum semua perabot kayu yang ada di kediaman ini adalah hasil DIY atau kerja tangan suami isteri dari pada meja, kabinet dapur, rak, hiasan dinding malah permainan anak.
Berikut hasil kerja tangan pasangan ini yang boleh jadi inspirasi.
Semua perabot kayu DIY, jimat sekali boleh!
Deko raya PKP 2021 di rumah mesra rakyat. Macam biasa, semua perabot, rak, kerusi meja, mainan anak anak yang berasaskan kayu, suami kesayangan & diri sendiri yang DIY. Konsep deko kami, praktikal & jimat selagi boleh jimat.
Meja dan kerusi dari kayu pallet dan kayu papan rumah arwah datuk.Kos wainscoting, kayu RM36, gam RM7, paku RM2, cat guna apa yang ada. Rak dan kerusi DIY jugaRuang tamu cermin & meja tepi DIY, yang lain beliAsalnya rak anak, makeover jadi rak TVMainan anak pun buat sendiri.
Rak dan meja di dapur daripada kayu juga
Rumah kucing pun ada
Memang terbaik hasil kerja tangan suami isteri ini, berseni. Cantik semuanya.
Nampak macam senang nak tanam serai, tapi ada juga yang tak menjadi. Sebenarnya nak tanam serai ni pun kena tahu caranya, bukan pakai cucuk dalam tanah saja.
Kalau silap cara lambat bertunas. Jika nak cepat ikut langkah yang dikongsi Azyan Syazwani ini.
Cara tanam serai supaya cepat bertunas
Sebelum ini cara yang dilakukan dengan mencucuk terus ke tanah. Hidup memang hidup cuma ambil masa nak bertunas. Tapi lepas ikut cara ini nampak bezanya, serai lagi cepat bertunas dan subur.
1. Potong serai tinggalkan balance seinci. Ubi/isinya boleh guna utk masak. Tak ada lah membazir.
2. Kemudian rendam serai tu dengan air. Air tak payah banyak sangat. Cukup sekadar paras untuk akar keluar.
3. Pastikan keadaan serai susun berdiri/tegak.
4. Lepas tu biarkan serai terendam. Kalau air kurang dari sehari ke sehari tambah lah airnya.
5. Insyaallah dalam beberapa hari muncul la akar. Lepas itu muncul tunas pokok-pokok baru.
6. Dah keluar 2 3 tunas anak pokok, boleh lah pindahkan ke tanah.
Kalau tak pandai masak kari ayam atau dah masak kari ayam tapi rasa asyik tak kena cita rasa boleh guna pula cara yang dikongsi oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
Ujar beliau jika dulu dia juga tak mahir masak kari ayam, selalu saja masak tapi tak menjadi. Sampailah berjumpa cara masak kari ini. Memang sedap sangat dan perlu dicuba. Kuahnya memang pekat, belum masuk lagi aromanya yang menggetar selera.
Cara masak kari ayam pekat, sedap!
1. Sebelum mula, nak beritahu: Kalau guna bawang merah ros lagi sedap. Kalau tak ada pes bawang putih dan halia, sagat yang segar. Tairu tu adalah susu masam. Boleh juga guna yogurt.
2. Cincang bawang merah, dan tumis sehingga layu dan beraroma. Saya guna banyak bawang. Kalau bawang besar, guna 2 biji. Kalau bawang merah ros, gunalah dalam 6-8 biji.
3. Kemudian, tumis pes halia dan bawang putih. Saya sebenarnya tak pandai masak kari. Selalu masak tak jadi sedap. Bila cuba resepi ni, menjadi pula. Jadi nak kongsilah dekat kau orang.
4. Ini halba campuran. Ada halba, jintan dan biji sawi. Masukkan dan tumis sampai harum. Letak rempah ni, kari jadi sedap tapi jangan banyak sangat tau, nanti jadi pahit maung.
6. OK masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis!Ada orang bancuh dulu, tapi saya biasa tak bancuh. Ada juga orang tak tumis. Terpulang pada cara masing-masing.
7. Masukkan ayam dan gaul sampai rempah menyelaputi ayam. Jika tak nak gunakan ayam, boleh ganti dengan daging kambing atau lembu. Kalau nak masak kari ikan resepi dia lain sikit.
8. Kalau pakai yogurt, jangan letak banyak sangat. Letak separuh bekas tu je. Kalau letak semua, akan masam sangat. Saya pergi letak semua pula haha. Tapi jangan risau ada cara nak kurangkan masamnya.
9. Ini trik dia! Kita letak secubit baking soda! Letak sedikit demi sedikit sampailah jadi kemasaman tu turun pada tahap yang diingini. Jangan letak banyak sangat pula, nanti ada rasa kelat.
10. Lepas dah gaul ayam dengan yogurt, masukkan air separas ayam. Jangan tanya berapa mililiter, agak-agak sahajalah. Kemudian reneh dengan api sederhana sehingga empuk.
11. Kalau nak cepat empuk, tutuplah periuk atau kuali. Sementara tu bolehlah kemas dapur. Orang kata, kalau lelaki masuk dapur, mesti macam tongkang pecah jadinya dapur tu. Betul ke?
12. Ayam dah agak empuk, bolehlah masukkan belahan cili hijau dan tomato. Gaul-gaul sikit. Perasakan garam dan gula. Kemudian reneh sikit lagi sampai cili dan tomato jadi layu.
13. Kalau ada yang suka kari bersantan, bolehlah letak. Kalau tak mahu, boleh juga. Ikutlah citarasa masing-masing. Jangan gaduh-gaduh. Saya letak sesudu je santan kotak ni.
Siap! Sedap gila kari ni. Kuahnya pekat, yogurt tu buat dia berlemak tapi tak muak sebab ada rasa masam. Boleh rasa beza masak kari letak halba campuran tu. Memang lebih sedap.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...