Buah avocado memang diketahui banyak khasiat untuk kesihatan tubuh. Menurut kajian, amalan memakan avocado boleh menurunkan berat badan dan kolestrol, mengelakkan serangan jantung, mencegah katarak mata, mencantikkan kulit, melancarkan pencernaan dan elakkan kanser.
Disebabkan itu juga harga buah ini agak mahal. Jadi kalau ada membeli avocado apa kata cuba untuk tanam sendiri. Ya pokok buah ini juga boleh ditanam dalam keadaan cuaca kita yang panas lembap.
Dikongsi oleh Donny Ien yang juga pengusaha nurseri buah-buahan, ini adalah cara betul menyemai biji avocado supaya tumbuh dengan baik.
Cara cambah benih avocado melalui biji
Saya kongsikan cara-cara menyemai biji avocado yang betul supaya tumbuh dengan baik.
1.Mula-mula pilih buah yang sudah masak, selepas makan isinya, ambil biji tersebut, kupas kulit luar sehingga bersih.
Ads
2. Beza biji avocado yang ada kulit dan tanpa kulit, tujuan membuka kulit supaya tunas cepat keluar apabila disemai di polibeg.
3.Apabila menanam dalam polibeg, pastikan bahagian yang tajam menghala ke atas, kerana akar akan keluar terlebih dahulu di bahagian bawah sebelum tunas tumbuh.
4. Tanam biji separuh kedalam polibeg, gunakan tanah kuning 70%, topsoil 30% supaya biji tidak mereput, jangan guna topsoil 100% kerana ia terlalu lembap dan akan merosakkan biji.
Ads
5.Selepas 1 bulan, tunas mula keluar dengan subur. Pastikan siram setiap hari supaya pokok tidak kering, tabur sedikit baja subur supaya cepat membesar.
Usia pokok avocado lebih kurang 1 bulan lebih, tunggu daun matang dulu, barulah saya akan buat teknik cantuman baji dengan tunas Avocado Russell.
Ads
Berdasarkan kajian saya, buah avocado di Sabah amat sukar di mungkin masih ramai yang belum menanamnya.
Kalau jumpa pun, harga boleh mencecah sehingga RM15 sekilo atau lebih bergantung pada lokasi dan jenis buah.
Jadi apa tunggu lagi, tanamlah sepokok dua di halaman rumah, kerana buah susu ini banyak khasiatnya, tidak rugi berbudi pada tanah. Pokok avocado kahwin berbuah sekitar 3 tahun dengan penjagaan yang teratur.
Tip pokok cili jadi renek tapi berbuah lebat. Pokok begini nampak cantik saja dalam pasu malah boleh jadi tanaman hiasan juga.
Kalau nak pokok cil sebegini, tak tinggi melampai ada cara yang boleh dilakukan.
Menurut Ila Garden jika mahu pokok cili yang kita tanam di rumah macam cili bonsai, rendah, padat tapi berbuah banyak boleh guna 7 cara ini.
Tip Buat Pokok Cili Jadi Renek Macam Cili Bonsai
“Korang tak nak pokok cili tinggi melampai? Nak pokok cili pendek dan berbuah? Pokok cili jadi rendah, padat, tapi berbuah macam “cili bonsai” atau cili pasu mini. Memang comel dan sesuai untuk kebun kecil, balkoni atau hiasan dapur boleh cuba 7 cara ini.
1. Bila pokok ada 4–6 daun sejati, potong pucuk utama.
Ini akan buat pokok rendah tapi mengeluarkan banyak cabang. Cabang ini akan jadi pengeluar bunga dan buah. Teknik ni bantu pokok rimbun bawah, bukan tinggi menjulang.
2.Tanam dari tunas air/ keratan
Tanam cili ambil dari keratan tunas air, pokok akan cepat berbuah walaupun belum cukup besar.
3.Tanam dalam pasu sederhana atau batas rendah
Bila tanam di ruang yang kecil, akar akan terbatas jadi pokok tak membesar tinggi. Bila keluar cabang, potong lagi untuk bentuk kanopi rimbun.
Ini bantu jadikan bentuk bonsai lebat bawah, bukan tinggi sangat, tapi fokus berbuah. Pangkas dahan panjang yang tak seimbang, ini akan bantu pokok kekal mini dan rapi.
4. Kawal cahaya & siraman
Letak di tempat terang tapi bukan panas terik. Siram cukup lembap, jangan terlalu basah
5. Tanam benih cili kampung
Tanam benih cili padi kampung / cili burung liar, jenis semula jadi pokok rendah dan berbuah cepat.
6. Baja sikit
-Beri baja buah sikit-sikit, tak perlu banyak. Beri ¼ sudu kecil saja per pokok (kalau baru mula berbunga/berbuah)
-Tabur jauh sikit dari batang (±5–7 cm keliling pokok)
-Gunakan juga foliar spray (baja sembur) untuk daun sihat tapi tak membesar sangat.
-Jangan terlebih baja nanti buah mungkin keluar banyak, jadi pokok cepat tua dan mati awal.
7. Tanam pokok tua
Cuba tanam pokok yang sudah tua/matang/bantut pokok ini akan kekal pendek tapi buah rimbun.
Sayur lobak merah antara yang selalu ada dalam peti sejuk kita. Tapi ada juga yang dah beli tapi tak masak atau tak digunakan dalam hidangan hingga lobak yang segar jadi kecut dan lembik.
Bila dah jadi begini, ramai juga yang masuk dalam tong sampah sebab ingat dah tak boleh guna. Lepas ni kalau lobak merah dah jadi macam jangan buang tau sebab kita boleh segar semula dan guna kembali untuk memasak.
Nak segar dan keraskan kembali lobak merah ini pun mudah sangat. Tip ini dikongsi oleh Munirah Jamaluddin. Caranya;
1. Buang kulit lobak merah yang dah lembik dan potong beberapa bahagian.
2. Sediakan air dalam mangkuk, kemudian rendam dalam air.
3. Lobak merah akan kembali segar dan keras setelah direndam dan boleh digunakan dalam masakan.
Kuih tako antara kuih wajib beli bila tiba bulan puasa. Rasa manis berlemak dimakan Ketika sejuk memang enak sekali. Dapat pula yang ada sengkuang Cina di lapisan bawah lagilah sedap rasanya
Tapi sering kali ramai yang keliru antara kuih tako dan juga kuih tepung pelita. Ini kerana bentuk dan lapisan kuih ini memang sama, lapisan santan di atas dan hijau di bawah.
Membezakan kuih tako dengan tepung pelita adalah penggunaan tepungnya. Kuih tako menggunakan tepung jagung atau tepung hoe kwee sementara tepung pelita pula menggunakan tepung beras.
Buat yang nak menyediakan sendiri kuih tako ini boleh ikut resipi perkongsian Farashakira Mohd Ibrahim
Cara buat kuih tako
Bahan lapisan bawah
1 cawan tepung jagung
1½ cawan gula (boleh kurangkan jika tak suka manis)
6 cawan air/air kisaran daun pandan
1 sudu teh pewarna hijau
Bahan lapisan atas
1 cawan tepung jagung
1 kotak kecil santan
6 cawan air
Garam secukup rasa
Cara memasak
1. Mula mula buat lapisan bawah dulu. Masukkan tepung jagung, gula, pewarna hijau dan 6 cawan air dalam periuk.
2. Masak hingga likat, gunakan api sederhana dan sentiasa kacau untuk pastikan adunan tidak berketul dan masak sekata tanpa rasa tepung.
3.Bila sudah masak boleh masukkan adunan ke dalam acuan. Boleh gunakan daun pandan yang dibentuk atau bekas plastik kecil.
4. Bagi membuat lapisan atas, caranya pun sama. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga pekat dan hilang rasa tepung.
5. Kemudian sendukkan ke dalam acuan yang telah diisi lapisan bawah.
6. Sejukkan seketika di dalam peti ais barulah dihidangkan.
Stor di kebanyakan rumah kita adalah tempat simpan barang yang jarang digunakan atau barang yang tak mahu lagi digunakan.Ramai yang letak barang ini bertindan-tindan,...