Bila muka ada masalah terutamanya breakout kebanyakan kita biasanya akan terus cari produk kat farmasi untuk atasinya.
Sama juga dengan gadis yang membahasakan dirinya sebagai Ji ini. Akibat masalah jerawat yang teruk dalam tempoh yang lama gadis dia sudah menghabiskan ribuan ringgit untuk merawatnya.
Tapi hasilnya tetap hampa. Sehinggalah satu ketika dia mencuba rawatan secara tradisional yang dicadangkan oleh seorang nenek di kampungnya.
Menggunakan tepung pulut sebagai mask ternyata inilah rawatan yang berkesan dan serasi dengannya. Malah kulit yang dulu penuh jerawat merah kembali pulih dan halus. Ha…hebat tak penangan tepung pulut!
Nak tahu macam mana petuanya boleh ikut thread yang dikongsi oleh t$unadeh .
Ambik petua dari nenek kat kampung
Cara buat mask
Hasilnya jerawat surut, kulit mulus macam punggung baby
Buat mask sekerap mungkin
Untuk yang ada masalah jerawat bolehlah cuba ni dulu sebelum beli produk mahal. Tak rugi, tepung pulut berapa ringgit jer pun uols.
Sumber: t$unadeh
Tip Pokok Buah Tak Naik Meninggi, Paras Lutut Tapi Dah Berbuah
Pokok buah yang naik meninggi memang jadi masalah untuk kutip hasil. Bukan itu saja, ia juga menyukarkan proses pemantauan dan penjagaan pokok. Lagi satu yang ramai tak tahu pokok yang dibiarkan meninggi ini juga mungkin akan ‘lupa’ untuk berbuah hingga ada yang sampai ke sudah tuan pokok tak merasa hasilnya.
Bagaimana pun ada tip yang boleh kita gunakan untuk memastikan pokok buah yang ditanam tak naik tinggi. Dikongsi oleh D’Pro A’nas boleh cuba kaedah Gravity Lowert telah beliau praktikkan untuk merendahkan pokok buah.
Tip merendahkan pokok
Jika disukat ketinggian pokok ini sudah melebihi tahap bahu orang dewasa. Jika dibiarkan tanpa kaedah tarikan graviti maka pokok ini akan meninggi dan terus meninggi.
Bila dah tinggi, pokok tak ingatlah nak berbuah. Asyik nak ‘makan’ dan nak meninggi semahu-mahunya.
Dengan kaedah GRAVITI LOWERT ini, kita dapat merendahkan pokok yang kita inginkan rendah dan mudah dipelihara serta buat pemantauan.
Cara merendahkan pokok
- Bahan-bahan yang diperlukan untuk kaedah ini cuma plastik aiskrim, air dan tali plastik.
2. Caranya seperti dalam gambar di bawah. Cuma isi air dalam plastik aiskrim dan ikat kemas. Biarkan tali panjang supaya dapat diikat pada dahan pokok yang mampu menahan beban berat air tadi.
Hasil dari tarikan graviti pokok buah sudah mula berbunga.
Tujuan kaedah gravity lowert
Sebabnya untuk senang cerita dan faham, pokok kita akan ‘berfikir’ tahap ketinggian pokok cuma sampai setakat itu saja. Pokok dah tak dapat meninggi lagi.
Jadi pokok akan ‘berfikir’ untuk lahirkan keturunan/generasi baru iaitu berbuah dan berbunga. Istimewanya pokok rendah paras lutut dah berbuah.
Baja buah
Jangan lupa berikan baja buah sewaktu kita merendahkan pokok.
Cara membungakan dan membuahkan;
– 1 Sudu Makan Baja Novatec Premium.
– 1/2 Sudu Makan Baja TSP
– 1/2 Sudu Makan Baja MKP
– 2 Minggu Sekali.
– Saiz pasu 24 inci.
- Kalau pasu kecil kurangkan dos kepada setengah.
- Kalau atas tanah, kena darab 3X jumlah baja mengikut umur pokok.
- Siram setiap hari, buat waktu petang sahaja bila putik bunga mula keluar. Ia bagi mengelakkan bunga gugur jika disiram waktu matahari naik.
Jangan buat pada pokok yang berdahan besar
Sekadar perkongsian dari pengalaman cara ini hanya sesuai untuk pokok buah berdahan sederhana, jangan buat pada pokok dahan besar.
Jangan buat kalau pokok dah tinggi sebab membahayakan keselamatan. Tebang dan tunggu dahan baru. Atau redha saja pokok meninggi.
Kaedah ini dibuat pada pokok belimbing boleh juga dilakukan pada pokok buah yang lain seperti jambu air, longan, rambutan dan lain-lain.
Semoga bermanfaat
Sumber: D’Pro A’nas
Tip Buat Tempe Goreng Sedap, Kena Rendam Dulu Supaya Lembut Di Dalam & Ada Rasa Manis
Peminat tempe memang ramai. Selain buat sambal atau dicampur dalam gulai, tempe goreng saja pun dah sedap.
Tapi nak goreng tempe ini ada caranya, kena tahu tip yang betul. Kalau tak nanti hasilnya keras bila dah digoreng dan jadi tak sedap.
Untuk dapatkan tempe goreng yang dalamnya lembut dan sedap macam makan kacang rebus boleh guna tip yang dikongsi oleh Norizam Salina. Selain itu tip ini juga akan buat tempe jadi garing di luar. Macam nilah syok makan.
Tip goreng tempe lembut di dalam, sedap makan kacang rebus
Jika nak buat tempe goreng yang sedap, lembut dan tak keras dalamnya guna cara ini;
1. Potong tempe dan rendam air garam & kunyit serbuk. Garam tak perlu banyak, secubit dah cukup untuk naikkan rasa lemak.
2. Rendam selama 30 minit atau satu jam kemudian boleh goreng seperti biasa.
3. Hasilnya tempe goreng akan jadi lembut di dalam, sedap dan manis rasanya macam makan kacang rebus. Cara ini juga buat tempe garing di luar, memang ralit makan.
Tip tempe goreng lagi sedap
Boleh juga tumbuk sedikit ketumbar dan bawang putih kemudian gaul dengan tempe sebelum digoreng.
Sumber: Norizam Salina
Nasi Goreng Pun Boleh Jadi Racun! Ini Cara Untuk Elakkannya
Nasi goreng merupakan antara makanan yang berisiko untuk menyebabkan keracunan makanan jika tidak dikendalikan dengan betul.
Sebenarnya, semua nasi yang belum dimasak mempunyai spora kuman bacillus, spora ini jika terdedah dengan suhu dan air akan mula berkembang menjadi bakteria.
Oleh itu, jika nasi yang telah dimasak terdedah terlalu lama pada suhu bilik, kuman ini akan membiak, mengganda dan semakin banyak.
Mungkin anda sangka, memanaskan atau menggoreng nasi yang telah terdedah ini boleh mematikan kuman ini, jawapannya TIDAK.
Dalam tempoh 1-5 jam anda makan nasi goreng yang penuh dengan kuman Bacillus Cereus ini, gejala muntah dan cirit akan muncul. Ini petanda nasi goreng anda telah pun beracun!
Cara Cegah nasi goreng beracun!
- Sebaiknya, terus makan selepas nasi dimasak
- Simpan segera dalam peti sejuk dalam tempoh 1 jam selepas dimasak jika ingin simpan nasi
- Elak menyimpan nasi dalam peti sejuk melebihi 1 hari
- Jika panaskan, pastikan sehingga ada keluar wap
- Elakkan memanaskan nasi lebih dari 1 kali
Sumber: Public Health Malaysia