Bukan saja comel, tapi keletah anak pelakon Zahiril Adzim dan Shera Aiyob ini juga selalu mencuri perhatian netizen. Dapat pula ayah yang sempoi dan suka melayan.
Pasangan ini juga selalu berkongsi telatah anaknya Nadi Anaqi di instagram mereka. Terbaru yang menarik perhatian adalah cara Anaqi membeli jiwa Shera selepas memecahkan botol minyak wangi yang ada dalam beg miliknya.
Punyalah comel, siap beri nota lagi pada mama. Memang sweet. Tak sampai hati nak marah tau!
Ads
Sweet betul nota tu
Cerita siang tadi.
Siapa yang tertengok instastory Mommy tadi mesti tahu kes hempasan handbag Mommy oleh Anaqi. Secara tidak sengaja mungkin tapi walau apapun tetap perlu dijadikan pengajaran untuk dia supaya lebih berhati-hati.
Sebelum berlakunya insiden tersebut, Mommy and Anaqi dah plan nak beli aiskrim sebelum ke bazaar raya. Tapi bila dah jadi, memang tak dapatlah sesi beli aiskrim tu.
Bila dah sampai bazaar, dan dalam kesibukan Mommy melayan customer yang singgah di booth, rupa-rupanya dalam diam ada percubaan membeli jiwa Mommy oleh Anaqi. Idea dia sendiri, tanpa bantuan sesiapa. Disuruhnya Mommy baca, tersengih dan berbungalah hati Mommy.
Ads
Alahai anak, siap buat ice cream card bagai semata-mata nak dapatkan juga aiskrim tu. Hurmmm, tengoklah esok macam mana kalau mood Mommy baik .
Yang penting, tiba-tiba dia tulis Daddy’s song ‘Nak Ke Taknak Lepak Mamak’ tu dah kenapa??? Apakah??? Nampak sangat Daddy selalu nyanyi lagu tu dengan Anaqi.
Ads
Comel kan Anaqi ni, pandai pulak pujuk mommy dia beli aiskrim. Kalau dah dapat kad macam ni mak mana yang nak marah. Senyum adalah. Rasanya ikut perangai Zahiril nih!
Baru saja menerima berita gembira menimang cahaya mata kembar tapi bapa ini terpaksa akur menerima takdir paling sayu kehilangan isteri yang baru melahirkan.
Inilah hakikat yang perlu dilalu oleh lelaki bernama Alif Adam yang kisahnya viral di Twitter. Luahan kerinduan malah kekagumannya terhadap pengorbanan isteri yang sanggup mempertaruhkan nyawanya semata untuk memberikannya zuriat cukup menyentuh hati.
Isterinya Alia Sumayyah Ali Khalbi menghembuskan nafas terakhir sehari selepas dia melahirkan bayi kembar mereka Adam Luth Syafie dan Adam Lutfi Syarif pada 7 Oktober lalu.
Bercerita tentang detik akhir sebelum pemergian isteri ujar Alif ia berlaku ketika mereka mahu solat berjemaah bersama isteri.
“Dia minta saya mengimamkan solat Maghribnya sebelum rebah masa nak solat. Itulah kali terakhir saya berbual dan menatap matanya sebelum dia pergi tinggalkan saya selamanya.”
“Dan saya juga masih ingat ayat terakhirnya sebelum menghembuskan nafas, dia berpesan supaya saya terus kuat sekiranya Allah menjemputnya pulang.
“‘Jangan pernah salahkan takdir Allah, kerana itulah lumrah kehidupan setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan’,” ujarnya sayu.
Alif turut mengakui dia belum kuat untuk menerima kenyataan ini namun harus akur semua yang berlaku dalam hidupnya ini adalah ketentuan daripada-Nya.
“Pada bulan pertama perkahwinan Alhamdulilah isteri saya disahkan mengandung. Namun kandungan itu tak bertahan, isteri saya keguguran.
“Doktor beritahu rahim isteri saya tidak kuat untuk mengandung. Allah bagi lagi rezeki siapalah kami untuk menolaknya dan isteri saya disahkan mengandung. Tetapi dalam masa yang sama doktor mengesahkan juga isteri saya menghidapi kanser servik,” jelas Alif, 26 memetik laporan mStar Online.
Menurut Alif, doktor menyarankan supaya kandungan isterinya digugurkan.
“Saat itu isteri menangis teruk dan enggan melakukannya. Dia bertekad untuk melahirkan zuriat untuk saya.
“Isteri saya juga kerap dimasukkan ke hospital. Saya bersetuju dengan saranan doktor demi kebaikan isteri, dia tetap tidak mahu kerana rasa dirinya tidak sempurna sebagai isteri sekiranya tidak dapat melahirkan zuriat.
“Isteri saya boleh meneruskan untuk melahirkan tetapi hanya pada awal tujuh bulan kandungannya untuk proses pembedahan.
“Sehari selepas pembedahan melahirkan bayi kembar, isteri saya pergi buat selama-lamanya.
“Walaupun dalam kesedihan, saya turut bersyukur kerana kedua-dua bayi saya (Adam Luth Syafie dan Adam Lutfi Syarif) yang kini masih di hospital kerana lahir tidak cukup bulan berada keadaan sihat, tiada komplikasi.
“Dan saya juga masih ingat ayat terakhirnya sebelum menghembuskan nafas, dia berpesan supaya saya terus kuat sekiranya Allah menjemputnya pulang.
“‘Jangan pernah salahkan takdir Allah, kerana itulah lumrah kehidupan setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan’,” ujarnya sayu.
Mengimbas kembali perkenalan awal dengan arwah isterinya, Alif mengakui isterinya itu seorang yang ‘jual mahal’ dan pemalu.
“Saya baharu mengenalinya dua tahun lalu. Tetapi sebenarnya saya selalu nampak dia sejak berusia 16 tahun. Kawan baik saya tinggal berjiran dengan arwah.
“Selepas arwah habis sekolah saya cuba minta tolong kawan saya untuk kenalkan saya dengan isteri.
“Saya cuba banyak kali dan akhirnya pada Julai tahun lalu saya beranikan diri membawa keluarga meminangnya dan kami berkahwin pada awal tahun ini.
“Isteri saya baru berumur 19 tahun, semestinya perangai berjiwa remaja. Namun apa yang saya suka dia yang sangat merendah diri, dia seorang niqabis.
“Dia jaga akhlak sebagai seorang isteri. Walaupun masih muda namun dia seorang yang sangat matang dan bijak menguruskan keperluan saya. Dia seorang yang mudah tersentuh dan mudah terhibur.
“Terlalu banyak detik manis kami bersama, tetapi, masa tak mengizinkan kami untuk terus bersama,” katanya.
“Kehadiran anak-anak membuatkan saya tetap kuat. Arwah isteri ada pesan jika dia tak sempat membesarkan anak-anaknya , dia berharap saya dapat pengganti tempatnya dengan seorang ibu yang baik.
“Saya rasa tidak, cukuplah saya untuk mereka. Menggantikan tempatnya tidak mungkin. Saya berazam untuk membesarkan anak-anak saya dengan penuh kasih sayang. Saya akan selalu mengingatkan mereka tentang ibu mereka walau tidak pernah berjumpa.
“Cukuplah ada keluarga dan mereka yang tidak henti mendoakan kami, terima kasih kerana selalu memberi sokongan penuh sehingga ke hari ni. Saya berharap doa dan sokongan mereka tidak akan putus untuk keluarga kecil saya ini,” katanya.
Pelakon Zarina Zainuddin mempunyai dua anak istimewa yang kini sudah semakin meningkat dewasa iaitu Azal dan Azil. Melalui coretan dalam instagram, Azil lebih istimewa kerana selalu mengamuk dan perlu diberikan ubat penenang untuk mengelakkan kemungkinan dia mencederakan diri sendiri atau orang sekeliling.
Azil sebenarnya mengamuk setiap dua jam umpama anak kecil nak mintak susu.
Azal pula sebolehnya pagi dia nak keluar rumah sebelum azil bangun dia risau azil mengamuk dia akan mengamuk juga bila dua dua mengamuk susah nak leraikan maka akan keluarlah ayat ayat dari azal dia nak luahkan perasaan amarahnya.
Baru-baru ini Zarina memuat naik gambar dengan kapsyen memberitahu bahawa dia naik kapal terbang ke Kelantan bersama Azil. Sepanjang perjalanan Azil pegang erat tangan Zarina kerana takut. Perjalanan pulang dari Kelantan pula berdepan dengan masalah apabila Azil mengamuk kerana takut.
Salam hormat Semalam saya cuba bawak azil naik kapal terbang ke Kelantan balik kampung Penerbangan 1jam10 minit ke Kota Baharu ,Kelantan Sepanjang penerbangan azil gengam erat tangan saya sampailah ke destinasi Hari ini kami balik semasa di Airport azil mengamuk lagi ternyata azil masih takut naik flight
Rasanya agak sukar untuk saya membawa azil berjalan jauh memandangkan keadaan dirinya ..saya akan cuba bawa azil ke destinasi yang dekat saja dia kena belajar menyesuaikan diri dengan apa2 yang baru disekelilingnya Melihat keadaan diri azil saya pun tak dapat nak paksa dia .. kesian dia tak dapat menikmati apa yang orang lain rasa..
Semuga azil sihat tampa ubat penenang ..bila bagi ubat dia terbaring letih Sebagai ibu saya nak lihat anak saya sihat dan tersenyum riang bukan terbaring kaku dalam khayalan ❤
VK kagum sungguh dengan ketabahan Zarina melayan kerenah anak-anak istimewa. Sebagai ibu memang kita nak tengok anak sihat. Tak sanggup nak tengok anak terbaring lepas makan ubat. Kan?
Baru-baru ini pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta memuat naik di instagram mengenai anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dimasukkan ke hospital. Di instgaram yang dibuat khas untuk Aaisyah pun ada dimuat naik cerita serupa.
Ramai yang tertanya-tanya Aaisyah sakit apa sampai masuk ke wad di KPJ Damansara. Melalui komen-komen ada netizen yang menyatakan Aaisyah demam panas. Che Ta sendiri pun sudah memberitahu kepada semua yang anaknya demam dan perlu masuk ke hospital. Semoga Aaisyah cepat sembuh ya.
Menurut Che Ta, umur anaknya sudah hampir empat tahun namun inilah kali pertama Aaisyah demam sehingga perlu dimasukkan ke wad. Lagi seminggu sahaja Aaisyah akan menyambut ulang tahun kelahiran keempat.
Dah nk dekat 4 tahun , 1st time Aaisyah demam dan warded .. doa kan Aaisyah cepat sembuh ok ? . #aaisyahdhiarana #20oct2018 #kpjdamansara
VK doakan Ecah cepat sembuh. Demam pun Ecah tetap comel!
Khairul Aming meminta penjelasan daripada Maxis selepas maklumat bil telefon peribadinya didakwa didedahkan di media sosial, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan data pelanggan.