Bermula sebagai penyampai di Radio Era.FM, kini Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Effendi mengorak langkah sebagai hos rancangan terbaharu yang bakal bersiaran di Astro, Kashoorga Talk. Nampak macam Radin dah beralih arah daripada dunia hiburan kepada sebuah rancangan berbentuk keagamaan. Mengakui agak gementar untuk membabitkan diri dalam rancangan sebegini, Radin menganggapnya sebagai satu cabaran besar buat diri sendiri.

Dari Hiburan Ke Program Keagamaan Kashoorga Talk, Radin Tak Kisah Jika Digelar Calon Menantu Pilihan

 

IKLAN

“Saya pernah jadi penyampai radio, saya juga pernah jadi pengacara AM Live. Kini saya bergerak dengan Astro Oasis pula. Semua orang tahu Oasis ialah saluran berbentuk keagamaan. Saya kena ubahlah sikit. Tak boleh gelak-gelak sangat. Sebab Oasis perlu behave. Team produksi kata Kashoorga Talk ialah rancangan yang santai. Lagipun ini sebagai satu learning process buat saya sendiri di samping nak timba pengalaman. Saya nak tingkatkan tahap keyakinan saya sendiri.”

Cabaran berat

Walaupun sudah empat tahun bergiat dalam bidang penyiaran, tapi Kashoorga Talk ada cabaran tersendiri yang mencungkil bakat terpendam Radin sebagai pengacara. Radin sendiri akui dia berdebar tatkala penggambaran dijalankan.

“Kashoorga dah mantap di media sosial dengan pengikut sejuta lebih. Jadi bila diangkat ke televisyen, saya bertanggungjawab untuk membawa pengikut-pengikut baru untuk menonton rancangan berbentuk keagamaan. Pengikut saya ramai budak sekolah dan remaja. Jadi saya harap dapat mendorong golongan ini untuk sama-sama menonton perbincangan topik menarik dalam Kashoorga Talk sebagai medium dakwah. Senang cakap tu, tak perlu tunggu jadi ustaz, bila-bila pun boleh start.”

Target yang Radin letakkan ialah ingin menjadikan Kashoorga Talk sebagai sebuah rancangan keagamaan berbentuk santai yang mudah difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Bukan untuk mencari salah siapa, namun sebagai satu diskusi menarik yang sama-sama membincangan isu-isu agama di samping mencari solusi terbaik. Sesuai dengan tagline Kashoorga Talk iaitu viral & solusi.

Selain itu:  "Tiada Lagi Imam Solat Saya, Betulkan Bacaan Tajwid Saya." Suami Maut Kemalangan Tinggalkan Isteri & Anak Dalam Kandungan

Digelar calon menantu pilihan

Usia 28 tahun dan masih bujang, pastinya apabila tampil dalam rancangan berbentuk keagamaan sebegini, akan timbul gelaran ‘calon menantu pilihan’ apatah lagi kalau yang menonton ni mak-mak. Cair hati mak-mak tengok seorang jejaka yang baik pada zaman seperti sekarang ini.

IKLAN

“Saya tak ada masalah kalau ada yang anggap macam tu. Saya OK saja. Hal-hal macam ni selalunya saya rujuk pada mak saya. Mak adalah tempat saya merujuk sesuatu perkara sebelum saya buat keputusan. Tiap hari saya akan telefon mak. Mak tinggal sorang, mesti dia rasa lonely. Jadi tanggungjawab saya sebagai anak ialah untuk beri perhatian pada dia walaupun saya di sini dan mak di kampung.” ujar Radin yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik.

Berganding dengan Uyaina Arshad

Dari Hiburan Ke Program Keagamaan Kashoorga Talk, Radin Tak Kisah Jika Digelar Calon Menantu Pilihan

Digandingkan dengan bekas pengacara Nona, Uyaina ialah satu gandingan yang bagai langit dengan bumi. Radin dengan personaliti remaja yang santai manakala Uyaina pula penuh ciri kewanitaan yang diminati oleh golongan usia pertengahan. Namun di sinilah letaknya keistimewaan gandingan Radin dan Uyaina.

IKLAN

“Uyaina ni bijak. Dia boleh control situasi di set penggambaran. Saya rasa kami saling melengkapi sebab saya berpersonaliti sebaliknya. Walaupun cuma berganding pada episod awal dan akhir namun pengalaman shooting bersama sangat membantu. Tiap episod kami akan buat topik berbeza dan kami sama-sama cetuskan idea apa lagi nak buat, apa lagi perlu dibuat. Seronok bekerjsama dengan Uyaina.”

Dari Hiburan Ke Program Keagamaan Kashoorga Talk, Radin Tak Kisah Jika Digelar Calon Menantu Pilihan

Kashorga Talk bakal bersiaran sebanyak 16 episod, bermula 17 Oktober 2018, setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Oasis dan Maya HD.

VK tak sabar nak tonton rancangan ni. Diskusi soal agama namun dalam bentuk santai dan mudah faham. Best kan?

Selain itu:  10 Fakta Menarik Pasal Orang Kidal. Salah Satunya Tiada Kena Mengena Dengan Faktor Keturunan

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI