Di Sebalik Kegembiraan Bakal Timang Cahaya Mata Lepas 10 Tahun Menunggu, Ini Dugaan Yang Dilalui Oleh Adam Corrie dan Isteri

Share

 

 

Selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Adam Corrie berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata.

Memuat naik foto beliau dengan sekeping gambar scan bayi dalam kandungan. Dalam catatannya Adam menyifatkan tempoh 10 tahun hidup berdua itu sebagai tempoh bulan madu atau honeymoon sebelum bertiga.

“Alhamdulillah. syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaanMu. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami.  Alhamdulillah .  Allah dah bagi honeymoon 10tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula.

“Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama.

Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya.

Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran Dan tinggikanlah darjat. Dan luaskanlah rezeki. Dan jadikanlah bagi manusia yg selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah.

Kami doakan juga pasangan yang masih berusaha dapatkan zuriat berikan zuriat yang soleh dan solehah. Aamin allahumma aamin,demikian tulis Adam dalam satu status di  instagram semalam.

Pernah 3 kali hamil tapi keguguran

Namun di sebalik kegembiraan ini sebenarnya ramai yang tak tahu sebelum ini isteri Adam Corrie iaitu Fazema Mohd Fuad pernah melalui tiga kehamilan sebelum ini.

Namun belum rezeki untuk mereka ketika itu menimang cahaya mata bila mengalami keguguran. Meski belum punya cahaya mata tapi kata Fazema diberi peluang hamil itu dia sudah bersyukur dan setiap kali mendengar orang sekelilingnya akan menimang cahaya mata, dia akan menangis kerana gembira.

 

Sama-sama kita doakan supaya kehamilan Fazema dipermudahkan sehinggalah dia selamat melahirkan bayi.

 

Sumber: adamcorrielee

 

 

IKLAN