Balik kerja penat-penat masuk pintu rumah terus terhidu aroma yang harum. Badan letih pun boleh jadi segar.
Nak pastikan rumah sentiasa harum kita tak semestinya beli pewangi kediaman yang mahal pun. Malah yang DIY pun boleh. Antaranya seperti cara yang dikongsi oleh @ericalasri.
Mendapat lebih 2 juta tontonan di akaun TikTok, beliau menunjukkan cara membuat pewangi rumah yang mudah dan murah. Menggunakan bahan yang ada di dapur saja, hasilnya kediaman berbau harum macam bau rumah ”have-have’, katanya.
DIY pewangi rumah guna garam dan 3 bahan dapur
Bahan-bahan
Pewangi dan pelembut pakaian (Downy)
Garam kasar
Kulit kayu manis
Bunga cengkih.
Ads
Cara membuat:
1. Masukkan garam kasar dalam bekas, kuantiti tak perlu banyak.
Ads
2. Masukkan kulit kayu manis dan cengkih, pun tak perlu banyak sangat
3. Tuang pewangi pakaian. Siap!
Ads
4. Dah tuang akan semerbak harum, kalahkah pewangi rumah yang selalu kita beli.
Nak nampak lebih cantik, gunakan bekas yang menarik ya.
Boleh tonton DIY beliau dalam video di bawah juga.
@ericalasriAda macam-macam cara orang duk buat. Yang ni cara aku lah. Aku buat yang mudah je. Setakat ni jadi je. Masuk je rumah bau fresh & mahal ala ala bau hotel 5 ⭐♬ Sweet but psycho(抖音完整版) – 苏瞳
Ramai yang jual kek coklat moist dalam bekas kecil macam ni. Tapi kalau kita nak buat untuk makan sendiri boleh saja.
Boleh ikut langkah dikongsi Nasriah Ramli. Kek coklat moist ini katanya untuk manisan anak-anak di rumah.
Jelas Nasriah, cara buatnya mudah, bancuh pakai blender saja. Bagi yang nak cuba, boleh ikut langkah demi langkah ini. Nak mulakan jualan pun boleh juga.
Bahan A
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
Campur semua bahan A, Masak atas api kecil sampai larut.
Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Satukan bahan B dan ayak
Bahan C
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
Masukkan bahan dalam blender, kisar hingga putih
Cara membuat:
2. Panaskan periuk kukusan tuang adunan kek dalam bekas kecil seperti dalam gambar dan kukus selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.
3. Sediakan bahan untuk topping coklat. Bahan-bahannya:
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak (minyak masak/jagung/sayur)
1 cawan susu pekat manis
4. Cara buat topping coklat
-Satukan semua bahan dan masak menggunakan teknik double boiler. Masak hingga larut dan tidak berketul.
-Angkat dan biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas kek tadi.Tabur coklat rice untuk hiasan. Sedia untuk dinikmati.
Ramai yang tanam pokok serai di rumah kerana banyak kegunaan dalam masakan. Apa yang membezakan adalah hasil serai. Ada yang tanam serainya hasilnya subur gemuk dan ada juga yang kurus saja.
Tapi dah tentu kita mahukan hasil serai yang batangnya gemuk. Untuk dapatkan hasil begini kenalah tahu tip dan cara penanaman yang betul. Dikongsi oleh Tariq Syahman yang suka berkebun berikut info berguna bagi penanaman serai berdasarkan pengalamannya.
“Hari ni saya cabut rumpun serai terakhir yang ada di rumah saya. Lepas siap bersihkan semua, saya hantarkan ke akak kedai tomyam lepas tu bagitau dia lagi 5-6 bulan baru ada balik serai ni.
Serai di atas adalah yang dah siap bersih yang saya hantar, yang masih ada akar sikit-sikit tu saya rendam dalam air untuk saya tanam semula nanti. Ini saya nak cerita sikit cara saya tanam serai.
1. Untuk benih serai ini saya akan pilih serai yang paling gemuk & padat bahagian bawahnya.
2. Bila dah ditanam, pokok serai ini akan keluarkan daun baru & bahagian itu akan mengurus sehinggalah pokok dah cukup matang daun & akarnya. Kemudian pokok akan gemuk balik dan keluarkan anak-anak di sekeliling.
3. Kalau kita tanam yang kurus-kurus, belum sempat daun baru nak matang – pokok dah mati sebab tak cukup energy reserve untuk digunakan semasa pembesaran.
4. Selalunya saya akan letak 2-3 batang serai dalam satu lubang.
5. Ada yang advice masa tanam kena condongkan batangnya supaya anak-anak serai nanti akan lebih banyak. Tapi saya selalu tanam tegak saja. Mana-mana pun boleh rasanya.
6. Pada peringkat awal, kita kena siram dengan kerap sebab masa ini akar serai tu belum fully developed. Lepas sebulan lebih, dah boleh biar. Siram bila cuaca terlalu kering saja.
7. Saya ada terbaca dalam group penanam serai, untuk pembajaan perlu letak baja NPK hijau secara berkala. Sebaiknya elakkan pakai baja tahi ayam untuk elakkan serai kena penyakit kulat.
8. Bila serai dah merimbun, biarkan saja. Tak perlu trim daunnya. Bila kita trim, pokok akan terpaksa keluarkan daun baru so batangnya akan jadi kurus.
9. Untuk yang tanam serai kat rumah untuk kegunaan sendiri, mungkin boleh saja nak trim bagi nampak kemas. Tapi untuk yang tanam untuk jual macam saya ni, tak boleh lah nak trim sebab saya nak batangnya gemuk-gemuk, berat dan padu.
10. Ramai orang takut nak tanam serai sebab katanya ular selalu sembunyi dalam rumpun. Untuk yang duduk di kawasan yang dekat dengan hutan & memang ada ular kat area situ – kena lah berhati-hati. Tapi kalau duduk tengah bandar, duduk kat apartment – tanam saja takde lah ular nak muncul tiba-tiba sebab awak tanam serai.
Selama ini memang tertanya-tanya macam mana lah kutu beras atau bubuk ni masuk dalam bekas simpanan beras walau dah tutup rapat.Kadang-kadang belum pun lama dalam bekas dah ada bubuk.
Dikongsi oleh Naim AJ Pest yang juga seorang pest control speacialist barulah diketahui rupanya kutu beras ini memang hidup dalam beras. Penjelasan selanjutnya boleh baca info perkongsian beliau.
Kutu beras atau Rice Weevil ni merupakan serangga di dalam kategori Stored Product Pest. Sumber makanan serangga ni adalah biji benih gandum, tepung dan beras.
Macam mana dia boleh ada dalam beras walaupon beras tu kita baru beli ?
Serangga ni sebenarnya dia bertelur dalam beras tu sendiri. Dia akan jadikan sebutir beras kita sebagai tempat menyimpan telur dia. Caranya adalah dgn menebuk isi dalam beras tu sehingga kosong.
Bila dah sampai tempoh matang serangga ini akan keluar dari beras yang jadi tempat tinggal dia kemudian akan meneruskan hidup dengan memakan beras yang lain. Dalam masa yang sama dia akan biakkan lagi telur dalam beras yang lain.
Sebab itu bila kita jarang masak cepatlah serangga ini keluar, yang rajin masak nasi binatang ini tak sempat keluar sebab kita dah masak beras yang ada telur sekali jadi. Dapat lah extra protein tapi takde masalah pun kalau termakan telur kutu beras ni.
Cuma kalau beras yang ada masalah kutu ini beras dia cepat hancur, kalau dimasak nasik jadi tak tahan lama dan cepat basi sebab dah tercemar atau contaminated.
Serangga ini dia sangat sensitif dengan suhu. Paling mudah jemur je tengah panas bawah matahari dalam 15-20 minit. Nanti kutu keluar sendiri dari beras. Pasti kan beras kita tebar atas talam ya, mudah skit dia nak lari.
Macam mana pulak cara nak cegah kutu beras ni ?
1. Letak daun Bay Leaves – daun bay leaves boleh jadi repellent pada kutu beras sebab bau yang dihasilkan.
2. Lada hitam – Biji lada hitam is highly toxic pada serangga ni. Tabur je sikit dalam bekas beras tu.
3. Vacuum pack – Simpan beras dalam vacuum pack boleh mengelakkn dari telur kutu beras menetas.
4. Simpan beras dalam freezer – yang ini jarang dibuat, tapi still berkesan sebab kutu beras sensitif juga dgn suhu sejuk. So dia tak boleh nak hidup.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...