Tisu basah sudah menjadi satu keperluan wajib di setiap rumah ketika ini. Ia bukan saja digunakan untuk bayi tapi juga kita yang dewasa, malah turut digunakan untuk membersihkan alatan di rumah.
Jadi bagi mengurangkan kos pembelian tisu basah setiap bulan apa kata kita DIY saja. Ya betul, tisu basah pun kita boleh buat sendiri.
Cara membuatnya juga mudah saja. Ada dua jenis tisu basah yang boleh kita hasilkan sendiri, untuk kegunaan bayi dan juga untuk pembersihan biasa.
Cara buat tisu basah untuk bayi
Bahan yang diperlukan:
1 gulung tisu dapur
Bekas untuk letakkan tisu basah
1 sudu besar minyak kelapa untuk melembapkan dan merawat ruam
2 cawan air yang sudah dimasak- supaya tisu tak berkulat.
2 sudu besar cecair mandian bayi
1 sudu besar minyak bayi
Cara membuat:
1. Potong tisu dapur jadi dua bahagian menggunakan pisau yang tajam supaya potongan kemas.
2. Panaskan seketika air dan masukkan minyak kelapa. Kacau rata kemudian tuang sekali cecair mandian bayi dan juga minyak bayi. Kacau lagi.
Ads
3.Masukkan tisu yang dipotong tadi ke dalam bekas kemudian tuang campuran cecair ke atas tisu. Pastikan tisu basah secara rata.
4. Tutup bekas dan biarkan seketika.
5. Buka bekas mengandungi tisu basah kemudian keluarkan kertas keras di bahagian tengah tisu. Sedia digunakan untuk tujuan pembersihan bayi.
Ads
Cara membuat juga boleh rujuk video di bawah:
Tisu basah untuk kegunaan dapur
Bahan yang diperlukan
1 gulung tisu dapur
Bekas untuk meletak tisu basah
1/2 cawan air
1/2 cawan cuka putih
Beberapa titis minyak essensial (Lavender, tea tree dan sebagainya)
Cara membuat:
Ads
1. Potong tisu dapur jadi dua bahagian, menggunakan pisau yang tajam supaya potongan kemas.
2. Campurkan air, cuka dan juga minyak essensial. Kacau rata.
3. Masukkan tisu dapur dalam bekas lalu tuangkan campuran cecair tadi pada tisu basah dengan rata. Biarkan semalaman.
4. Keesokan hari, keluarkan kertas bahagian tengah tisu. Sedia digunakan untuk tujuan pembersihan di rumah sama ada mengelap tumpahan, membersih table top dan sebagainya.
Sampai depan rumah menggagau beg cari kunci, sebelah tangan pula kendong anak, pegang barang lagi. Lagi geram kunci jatuh, atau salah ambil kunci pulak. Kan susah macam tu.
Ini alternatif untuk memudahkan kita membuka kunci rumah, caranya menggunakan smart door lock.
Siapa yang selalu menonton drama Korea mesti perasan rumah di sana pakai sistem kunci pintu canggih yang dibuka menggunakan kata laluan.
Tekan-tekan, pintu dah terbuka. Senang kan.
Antara yang menggunakan kaedah ini di rumah adalah Nuraihan Yan. Boleh baca perkongsian beliau ya jika teringin juga nak rumah ala Korea ni.
Cuma masuk password, tak perlu cari kunci
Sis memang selalu berangan nak rumah pintu ala-ala drama Korea. Cuma masuk password tak payah terhegeh-hegeh cari kunci dalam handbag sambil tangan kendong barang anak-anak
Pernah survey dekat home expo dulu harga untuk pasang smart door lock ni paling murah RM800++
Sis cuba alternative lain cari dekat Shopee and suruh kudrat si suami yang pasangkan.
Masa beli sis masih dapat harga RM300 lebih. Tapi nampak gaya sekarang macam dah naik harga. Shipping from Korea so ambil masa dalam 2 minggu jugak sebab sekarang macam dah ada restriction sikit untuk barang barcode scanning ni.
Nak install pun mudah
Nak install pun tak susah. Dah siap ada manual in English and cuma perlukan 32mm hole saw drill untuk tebung lubang pintu. Nak tebuk pun dah diberikan template. Bateri pun included sekali dalam box. Model yang ni boleh set guna password dan jugak boleh guna RF key tag (included dalam box).
Cuma kekurangannya tiada warranty sebab warranty cuma dalam negara itu saja.
Worth investment and sis puas hati setakat ni. Boleh tengok VIDEO ini utk lihat macam mana ia berfungsi.
Sayur brokoli antara yang selalu kita beli untuk dijadikan hidangan di rumah. Tapi ramai tak terfikir untuk tanam sendiri.
Sememangnya brokoli boleh kita tanam di laman rumah, yang penting kita tahu langkah yang betul. Caranya ada dikongsi oleh Mohd Shaiful.
7 langkah untuk tanam brokoli
Langkah 1 :
Dapatkan benih brokoli, rendam dalam air. Pilih yang tenggelam untuk di semai. Manakala yang terapung rosak atau peratusan percambahan kecil.
Langkah 2 :
Biji benih boleh di semai dalam tray atau bekas. Tabur benih di atas permukaan dan spray dengan semburan air yang halus atau siram perlahan . Media semaian mestilah basah. Gunakan tanah organik atau peat moss.
Langkah 3 :
Letak bekas semaian di tempat yang redup jauh dari cahaya matahari. Dalam masa 4 ke 7 hari benih akan bercambah mengeluarkan 2 helai daun. Alih dan letak di kawasan redup.
Langkah 4 :
Anak pokok boleh dipindahkan dalam polibeg atau pasu setelah berusia 25 hari atau boleh juga alih jika pokok tumbuh 6 daun. Alih anak benih tadi ke pasu yang besar atau polibeg yang besar pada lewat petang untuk mengelakkan benih terkena kejutan cuaca panas.
Langkah 5 :
Letak di tempat teduh dan perlahan-lahan alih ke kawasan panas selepas satu minggu. Pastikan guna pasu besar setinggi lebih dari 30cm kerana akar pokok brokoli jenis serabut dan menjalar sedalam 30cm. Dedahkan benih secara perlahan pada cahaya matahari dan siram waktu pagi dan petang.
Langkah 6 :
Baja pokok setiap 2 kali seminggu dengan baja organik atau baja buatan/npk.
Langkah 7:
Lakukan semburan racun organik pada pokok setiap 2 minggu sekali untuk mencegah serangan belalang dan beluncas ataupun penyakit kulat.
Brokoli boleh dituai selepas 50 hari ke tiga bulan. Bunga brokoli sebesar genggaman 1 tangan kita.
Daging selain buat gulai, goreng atau sup boleh juga buat hidangan mee daging seperti ini. Dihidangkan bersama garlic chili oil atau minyak cili bawang putih, bila sudah digaul sebati rasanya memang sedap.
Hidangan ala Chinese dan Korea ini dikongsi oleh Zurina Zulkefli yang mana cara membuatnya mudah dan cepat. Mi tak perlu goreng, hanya masak daging dan sediakan garlic chili oil. Cara lengkap membuat mi daging ini disertakan seperti di bawah.
Cara buat mee daging bersama minyak cili bawang putih
1. Sediakan terlebih dahulu garlic chili oil, bahan-bahannya;
Bawang putih cincang
Emping lada kering
Biji bijan
Hirisan daun bawang
Minyak bijan
Garam/gula
Minyak masak yang panas
2. Satukan semua bahan dalam bekas kemudian tuang minyak panas. Kacau sebati, rasa masin manis mengikut cita rasa masing-masing.
3. Seterusnya sediakan daging perap:
-Cincang daging menjadi kecil
-Perap dengan sos tiram, kicap cair dan sedikit serbuk lada hitam
-Goreng dalam kuali sehingga air daging kering.
4. Rebus pasta angel hair, untuk lebih guna mi lidi
5. Masukkan mi dalam pinggan, letak daging cincang yang siap dimasak dan masukkan garlic chili oil. Gaul rata dan bolehlah dimakan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...