Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, dua minggu lalu pelakon Sharnaaz Ahmad dan isteri Noor Nabila selamat menimang cahaya mata. Pasangan ini juga tidak lokek berkongsi foto anak mereka Jebat Jaydan Ahmad di laman instagram.
Tapi semalam Noor Nabila telah memuat naik status yang telah mencetuskan perbualan hangat kalangan netizen wanita a.k.a kakak-kakak bawang.
Semuanya kerana Noor Nabilah yang baru dua minggu berpantang memangku anaknya dalam keadaan bersila dan tanpa memakai stokin.
Ia yang menyebabkan netizen wanita terutamanya menjadikan ruang komen di status tersebut hangat berbalas pendapat tentang tindakan ini.
VK yang membacanya pun tersenyum sorang bila ada yang mempertikaikan cara duduknya yang tak sesuai untuk wanita lepas bersalin.
Selain dari itu ada juga yang mula menurunkan petua petua pantang yang ada antara kakak bawang tidak bersetuju.
Jom lah baca dulu.
Mama Jebat dah duduk bersila?
Ads
Sekarang tak rasa sakit, nanti…
Ngilu tengok
Melihat perbincangan hangat di ruangan komen status tersebut, seorang doktor tampil memberi penjelasan tentang perkara tersebut Rusyainie Ramli tampil memberi penjelasan tentang perkara tersebut.
Tak salah bersila asalkan selesa
Cuaca panas takpelah tak pakai stokin
Ads
Ok macam mana kakak-kakak bawang puas hati tak dengan penjelasan doktor tu. Tak puas hati takpe, ikut je cara pantang yang korang selesa.
Walaupun tinggal jauh di Sweden namun dia tular di laman sosial negara ini gara-gara kecomelannya.
Dengan kulit yang putih, mata yang bulat dan serta bulu mata lentik ramai netizen terutama wanita geram dan tak puas melihat Dhuhaa Sophea Stumbrys yang berusia sembilan bulan ini.
Sebagai ibu kepada bayi yang tular ini Siti Safuraa Hamzah turut terima tempiasnya. Cerita anak kelahiran Besut Terengganu yang mendirikan rumah tangga dengan jejaka Rusia ini selain pengikut di media sosial bertambah, dia juga menerima banyak pertanyaan.
Namun katanya soalan paling ‘hot’ atau kerap ditanya terutama para ibu adalah apa amalan yang dilakukan sewaktu mengandung sehingga lahir anak yang comel.
“Memang ramai yang tanya soalan ini, sama ada mesej saya secara peribadi, di ruangan komen termasuk ketika buat live.
“Sebenarnya saya tak amalkan apa-apa pemakanan khusus waktu mengandung dulu. Mungkin ini rezeki kurniaan Tuhan buat saya dan suami.
“Cuma masa hamil dulu saya suka baca dan dengar ayat suci al-Quran. Surah yang paling saya gemari adalah surah Ar Rahman.
“Waktu itu saya sangat sensitif, mudah menangis dan bila dengar surah tu saya rasa kuat dan sangat terkesan sampai ke jiwa.
“Selebihnya saya banyakkan zikir dan berdoa agar Allah sentiasa lindungi saya dan kandungan,”ujarnya yang tinggal di Sweden selepas mendirikan rumah tangga dengan Asadullah.
Meski bukan selebriti namun Siti Safuraa & suami, Asadullah Stumbrys, 33 sudah dapat menerima perhatian yang diberikan terhadap anaknya.
Ini kerana di Sweden sendiri ke mana saja Dhuhaa pergi dia selalu menjadi tarikan orang sekeliling yang melihat dirinya.
“Mana-mana kami bawa memang akan ramai memandang dan menegur dia. Malah ada juga yang nak ambil gambar.
“Baru-baru ini kami ke Lithuania ke rumah mentua. Situasinya pun sama, memang banyak mata yang memandang dia dan berbisik. Kata mentua mereka suka lihat Dhuhaa,”ujar Siti Safuraa ketika dihubungi.
Bercerita penerimaan suami terhadap reaksi netizen di Malaysia kepada Dhuhaa jelas Siti Safuraa walaupun awalnya kurang senang bila dia memuat naik gambar anak tapi akhirnya suami dapat menerima dan terbiasa dengan keadaan tersebut.
“Peringkat awal suami memang tak berapa suka saya muat naik gambar Dhuhaa di instagram sebab dia bukan jenis yang terbuka. Suami saya tiada akaun Facebook atau instagram.
“Dia tak berminat untuk bersosial dengan cara ini. Tapi lama kelamaan dia macam dah redha sebab isterinya memang suka dan aktif di media sosial.
“Tapi saya pastikan perkongsian yang dibuat tidak berlebihan atau menonjol. Suami juga dah terbiasa Dhuhaa jadi perhatian. Dia sendiri alaminya di sini bila orang selalu tegur dan nak ambil gambar anaknya.
“Cuma kami sendiri pun kena hati-hati, takut juga berlaku perkara yang tak elok,”luahnya yang menyambut hari raya di Sweden.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, mungkin juga Dhuhaa mewarisi potensi ibu yang dulu pernah menjadi model.
Menyentuh tentang perkara ini kata Siti Safuraa, soal masa depan memang tidak boleh dijangka namun dia cuba mengelak anak ke arah itu.
“Dia masih kecil tapi kalau boleh saya cuba elakkan dia untuk ke arah itu melainkan kalau itu memang dah rezeki dia. Saya memang tak simpan hasrat untuk dia ceburi bidang modelling.”
Bercerita tentang Dhuhaa lagi, katanya yang menyambut hari raya Aidilfitri di Sweden, meskipun manja namun anak sulungnya itu cukup senang diurus.
“Alhamdulillah dia jenis yang tak banyak ragam melainkan jika dia betul-betul penat atau tidurnya terganggu.
“Kalau semuanya ok, dia tak meragam. Saya boleh buat kerja dan dia tak kacau pun,”ujarnya.
Di hari bersejarah pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara, Datuk Seri Dr Wan Azizah turut berkongsi momen istimewa itu di instagramnya untuk tatapan rakyat Malaysia yang selama ini meyokongnya.
Merakam tiga video momen sewaktu bertemu di Istana Negara, netizen juga nyata sebak melihat penyatuan ahli keluarga ini.
Sayu melihat Datuk Seri Dr Wan Azizah berpelukan dengan anaknya Nurul Izzah meraikan hari kemenangan perjuangan mereka.
Rumah yang bersih boleh meredakan stres. Sebab itulah kita kena tahu macam mana nak menjaga tahap kebersihan sekitar ruang rumah termasuklah peralatan yang kita selalu gunakan.
VK kongsikan beberapa tip pemudah cara soal kebersihan yang pasti bermanfaat untuk anda amalkan dan jauhkan diri daripada stres.
Dapur adalah ruang yang mudah kotor kerana setiap hari kita memasak di ruangan ini. Jadi, dapur perlu dibersihkan supaya anda tidak stres tiap kali hendak mula memasak. Ruang dapur kerap berminyak kerana terkena percikan minyak kala kita memasak. Cara nak membersihkan kabinet dapur yang berminyak adalah campur minyak kelapa dengan baking soda. Letakkan bahan campuran ini dan gosok gunakan span basah. Boleh juga gunakan berus gigi untuk sental pada tempat kotoran degil.
Kalau karpet di rumah anda terkena tumpahan minyak, jangan panik. Apath lagi kalau karpet itu adalah karpet di ruang tamu. Alamak, nanti apa pula kata tetamu bila nampak karpet kotor kena minyak kan. Cuba guna cara ini. Ambil sedikit baking soda, cecair pencuci dan cuka. Letakkan ketiga-tiga bahan ini di atas tumpahan minyak tadi. Baking soda membantu menyerap cecair minyak dan bahan lain akan membantu menghilangkan kesan.
Seterika yang telah lama digunakan selalunya akan berbekas hitam pada tapaknya. Hal ini mengganggu kelancaran ketika anda menggosok pakaian nanti. cara mudah untuk hilangkan bekas hitam pada tapak seterika adalah campurkan baking soda, cuka dan ubat gigi. Panaskan seterika pada suhu sederhana dan sapukan bahan campuran tadi menggunakan span pada tapak seterika. Tak perlu lama. Sekejap sahaja. Dan hasilnya tapak seterika bersih seperti baru.
Selepas satu tempoh penggunaan, berus dan span mekap akan mulai nampak bercapuk. Tidak perlu beli baru kerana anda masih boleh menggunakannya. Cara bersihkan berus dan span mekap itu adalah campurkan minyak kelapa, cecair pencuci pinggan dan sapun antibakteria. Satukan semua bahan dalam mangkuk. Masukkan span dalam bahan campuran itu tadi dan picit-picit sikit. begitu juga dengan berus. Bilas dan jemur. Lihatlah, semua dah jadi macam baru.
Sikap kita yang kurang suka menapis sisa makanan di sinki menjadi punca sinki tersumbat. Mulai hari ini, jomlah kita ubah. Tapis segala sisa makanan dan buang ke dalam tong sampah. Jangan sampai sinki tersumbat. Namun kalau sinki anda sudah tersumbat boleh amalkan tip ini. Tuangkan cuka ke dalam lubang sinki. Kemudian tuang banyak garam. Jangan guna sinki anda buat seketika. Anda boleh lihat tindak balas cuka dan garam itu nanti. Kemudian masukkan air dengan sedikit tekanan. Lihat hasilnya.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...