Hanya salinan kad pengenalan atau salinan IC tapi jika ia diberikan pada mereka yang tidak bertanggungjawab, anda mungkin mengalami masalah.

Tak mustahil anda tiba-tiba terjebak dengan hutang yang tak pernah dibuat dengan hanya menggunakan salinan IC ini.

Tahu-tahu nama anda diguna untuk membuat pinjaman peribadi dari bank atau daripada ceti haram dan kemudian diminta membayarnya. Memang terianaya.

Lebih malang nama anda akan disenaraihitamkan dalam Credit Tip Of System (CTOS) serta CCRIS dan menyukarkan anda untuk permohonan kredit baru. Nampak simple tapi impaknya buruk.

IKLAN

Cara elak buat palang!

Cara untuk mengelakkan kejadian ini berlaku menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)  adalah dengan membuat garisan atau palang pada penjuru kanan salinan kad pengenalan.

Silangkan dan tulis urusan untuk salinan kad pengenalan itu, contoh urusan telco, urusan pinjamanan perumahan dan sebagainya.

Elak Salinan I.C Disalah Guna, Sebelum Beri Buat Garisan Palang Macam Ni!

IKLAN

 

IKLAN

Jangan tinggalkan begitu saja sebab ia boleh dimanipulasi oleh individu yang tidak bertangggung jawab.

Jika cuai anda boleh dibelenggu dengan hutang yang anda tidak pernah tahu dan anda tidak pernah peroleh pun duitnya.

 

 

Selain itu:  7 Jenis Sayuran Yang Boleh Kita Tanam Menggunakan Segelas Air
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI