Melihat rekaan emas baru seperti pulut dakap, tali kapal, ekor kucing, jagung dan macam-macam lagi  buat wanita teruja nak tukar gelang atau rantai emas lama yang mereka miliki kepada rekaan baru ini.

Biasa yang kita buat, trade in barang emas lama kepada barang emas baru, kalau harga lebih kita tambah saja. Hakikatnya dalam Islam cara ini hukumnya haram kerana ada unsur riba.

Dalam hadis riwayat Muslim, Nabi Sallahualaihiwasallam bersabda :

فَمَنْ زَادَ، أَوِ اسْتَزَادَ، فَقَدْ أَرْبَى، الْآخِذُ وَالْمُعْطِي فِيهِ سَوَاءٌ.

” Barangsiapa menambah atau meminta tambahan, maka ia telah berbuat riba. Orang yang mengambil tambahan tersebut dan orang yang memberinya sama-sama berada dalam dosa riba. ”

IKLAN

 

Macam mana nak elak riba waktu trade in emas

Cara ‘Trade In’ Barang Emas Untuk Elak Riba

Jadi macam mana nak mengelakkan daripada berlaku unsur riba dalam trade in emas lama kepada emas baru.

IKLAN

Menurut Ustaz Haji Marzuki Haji Buhanuddin untuk mengelakkan daripada berlaku riba dalam melakukan ‘trade in’ emas lama dengan emas baru yang lebih mahal harganya, adalah

Si pembeli menjual emasnya dahulu, kemudian diambil duit hasil dari jualan emas tadi dan kemudian si pembeli membeli barang kemas yang baharu itu.

Cara ini sebenarnya diajar oleh Nabi Sallahualaihiwasallam kepada sebahagian sahabatnya.

عن أبي سَعِيدٍ الخُدْرِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: جَاءَ بِلاَلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَمْرٍ بَرْنِيٍّ، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : «مِنْ أَيْنَ هَذَا؟»، قَالَ بِلاَلٌ: كَانَ عِنْدَنَا تَمْرٌ رَدِيٌّ، فَبِعْتُ مِنْهُ صَاعَيْنِ بِصَاعٍ، لِنُطْعِمَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ ذَلِكَ: «أَوَّهْ أَوَّهْ، عَيْنُ الرِّبَا عَيْنُ الرِّبَا، لاَ تَفْعَلْ، وَلَكِنْ إِذَا أَرَدْتَ أَنْ تَشْتَرِيَ فَبِعِ التَّمْرَ بِبَيْعٍ آخَرَ، ثُمَّ اشْتَرِهِ».

IKLAN
Selain itu:  Setahun Sekali Buatlah 'Deep Cleaning' Barang Kemas. 10 Minit Saja

” Daripada Abi sa’id Al-Khudri Ra berkata ; Bilal datang kepada Nabi saw dengan membawa tamar barni, lalu Nabi bertanya kepadanya ; dari manakah tamar ini ?. Bilal menjawab : kami mempunyai tamar yang buruk, lalu kami menjualnya (menukarkannya) dua gantang dengan satu gantang tamar barni, agar kami dapat memberi makan kepada Nabi saw , lalu Nabi saw bersabda pada saat itu ; aduh, aduh, itulah riba, itulah riba. janganlah engkau melakukan ini. akan tetapi jika engkau ingin membeli (kurma yang terbaik) maka juallah kurmamu dengan penjualan yang lain, kemudian belilah kurma yang terbaik dengan hasil penjualanmu itu.”
HR Bukhari dan Muslim

Cara ‘Trade In’ Barang Emas Untuk Elak Riba

Jadinya kalau teringin nak trade in emas lama dengan emas baru pastikan jual dulu kepada peniaga emas. Ambil duitnya dan barulah pilih emas yang baru.

Sumber: www.ustazhajimarzukihajiburhanudin.blogspot

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI