Elok sungguh kejadian Japanese cheese cake ini. Nampak pun dah tahu sedap. Boleh hilang stres bila makan kek begini, apatah lagi kalau dibuat sendiri.
Japanese cotton cheesecake ini sebenarnya hasil air tangan Nur Aisyah Bt Azman. Menurut beliau membuat kek ini ibarat terapi, bagi yang nak cuba hasilkan kek dengan hasil yang sama, Nur Aisyah turut berkongsi resipinya. Nampak macam mudah saja cara buatnya.
Bahan A
160gm cream cheese (Anchor)
20gm salted butter (Anchor)
50ml susu full cream
40gm tepung gandum (Baker Choice)
4 biji kuning telur
Bahan B
4 biji putih telur
80gm gula
Cara membuat
1.Double boiled semua bahan A sehingga larut. Biarkan suam.
2.Pukul putih telur hingga berbuih kemudian masukkan gula.
3.Tapiskan bahan A dan masuk ke dalam bahan B.Kaup balik adunan.
3.Tuangkan ke dalam loyang yang digris dengan butter.
4. Bakar menggunakan kaedah waterbath (air panas masukkan dalam loyang asing kemudian letakkan loyang adunan).
5. Bakar selama 1 jam suhu 150 darjah.
Info: Resipi ini memang tak menggunakan perahan lemon atau cream of tartar.
Sumber: Nur Aisyah Bt Azman
Pasang Sendiri Decorative Bricks Di Rumah, Ini Tip Kena Ikut Supaya Menjadi
Ramai yang berhajat untuk pasang decorative bricks ini pada dinding luar rumah supaya kediaman nampak lebih bergaya dan ada stail.
Boleh upah tukang, tapi jika ruang dindingnya kecil boleh saja kita buat sendiri. Jika memilih untuk DIY, sebelum buat kena tahu pemilihan batu bata hiasan ini dan juga beberapa aspek lain.
Berpengalaman melakukan DIY pemasangan decorative bricks di kediamannya アリフ モクタル berkongsi tip yang perlu dipraktikkan.
Tip jika nak DIY decorative bricks
Tip pemilihan “decorative bricks” iaitu Facing Bricks ataupun lebih moden yakni Stone Veneer untuk dinding luar, pagar batu atau apa-apa sahaja struktur seperti outdoor table top, flower planter, outdoor bench.
Apa yang perlu difikirkan sekiranya buat cara DIY:
1. Jenis surface finishing
Jenis surface finishing yakni unplastered menggunakan Facing Brick. Ni nak kena susun cantik cantik, dengan penggunaan teknik Layering->Gap Measure>-Brushing>-Wet Sponge Wipe->Grouting with Jointer Tool.
Pergi ke kedai hardware, minta Facing Brick yang ada permukaan licin tanpa “burnt marks”, kalau ada pun satu atau dua permukaan sahaja, permukaan lain mesti licin dan warna sekata. Facing Brick atau Facing Clay Brick ni tebal, ikut standard engineering bricks.
2. Boleh juga guna stone veneer
Sekiranya ada budget, boleh guna Stone Veneer dengan pelbagai color, surface profile dan saiz yg boleh dipilih. Stone Veneer ini nipis dan ditampal seperti tiles ke dinding telah siap (unpainted, plastered wall atau direct ke concrete surface yg sudah grooved).
3. Cara susun
Jenis susunan bricks seperti Zig-Zag Pattern, Herringbone, Running Bond, Basketweave. Saya pilih Running Bond yakni susunan paling simple tetapi versatile dengan industrial look.
4. Jenis acuan
Jenis acuan bricks yakni sama ada Flat Bricks atau Corner Bricks. Sebab Stone Veneer adalah nipis berbanding standard red bricks, so kita kena beli bahagian Corner Bricks supaya finishing di bahagian bucu nampak natural.
5. Keluasan yang diperlukan
Ini sangat penting supaya kita tidak terlebih atau terkurang membeli Stone Veneer. Dealer yang bagus adalah yang boleh estimate dan bagi anggaran berapa kotak diperlukan mengikut keluasan yg anda berikan.
– Jenis simen gam – gunakan Sika Ceram 88 Tiling Premixed.
– Jenis Topcoat – High Gloss Finishing untuk Mansory Bricks.
Ade penerangan video untuk perkongsian lebih lanjut.
https://youtu.be/eOA62-okB14
Cara bancuh simen gam untuk batu hiasan
Saya buat 1 bahagian simen gam (sika ceram 88), dan sedikit pasir halus dan Sika Latek (sebagai ganti kepada air). Bancuhan mesti likat dan tak jatuh bila ditampal pada dinding. Kelikatan lebih kurang macam Peanut Butter tu.
*Saya bukan pakar pertukangan, cuma DIY sahaja menggunakan rujukkan am yang boleh didapati dari Tukang Sebenar dan Internet.
Sumber : アリフ モクタル
Cara Buat Bubur Putih Bubur Merah Yang Sedap, Cukup Lemak Manisnya. Bubuh Semangkuk Sekejap Saja Licin
Mesti ramai yang lama tak makan bubur putih bubur merah ini. Gabungan rasa manis dan juga lemak santan memang enak. Letak semangkuk sekejap saja licin.
Biasanya kalau buat bubur ini, kuantitinya akan dilebihkan untuk sedekah pada ahli keluarga dan juga jiran. Jomlah buat petang ni. Caranya mudah sangat. Kalau tak pernah cuba boleh ikut perkongsian Ummi Querniea.
Cara buat bubur putih bubur merah
Bahan-bahan
2 cawan beras biasa
1 cawan beras pulut
250g santan pekat
10 cawan air( ikut kepekatan bubur)
2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan) k
Garam secukup rasa
Daun pandan
Cara membuat
1. Beras putih dan beras pulut dicampur dan cuci bersih. Masukkan air dan masak hingga jadi bubur. Letak daun pandan sekali.
2. Bila bubur sudah masak, asingkan sedikit bubur tadi ke dalam periuk lain dan masukkan santan serta garam secukup rasa. Masak semula hingga mendidih. Ini bahagian untuk bubur putih.
3. Dalam periuk lain masak gula merah, gula putih dan gula melaka bersama sedikit saja air. Bila sudah larut tapis.
4. Kemudian masukkan dalam periuk bubur yang banyak, untuk membuat bubur merah. Letak sedikit santan anggaran 1 – 2 senduk kecil untuk rasa lemak.
5. Untuk menghidang masukkan bubur merah dalam mangkuk atau bekas dan tambah bubur putih di tengah. Bubur merah kena banyak ya, baru sedap makan sebab rasa manis berlemak.
Selamat mencuba
Sumber: Ummi Querniea
Buat Sendiri Chocolate Chip Almond Cookies Ikut Cara Wanita Ini. Resipi Dah 30 Tahun, Memang Sedap
Biskut atau cookies ini memang kegemaran ramai, terutama anak-anak. Tapi biasanya kita akan beli atau tempah saja.
Walhal cara nak buatnya tak susah sangat pun. TApa kata kita cuba buat sendiri ikut resipi perkongsian Norliza Ali. Ujarnya sudah 30 tahun dia menggunakan resipi ini dan ramai yang menggemarinya. Nak buat berniaga pun boleh katanya.
Chocolate Chip Almond Cookies, 30 tahun punya resipi
Resipi ini saya dah pakai dekat 30 tahun lamanya. Alhamdulillah, ramai orang suka My own version of Chocolate Chip Almond Cookies.
Bahan-bahan:
250gm butter
140gm gula kastor
120gm brown sugar
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla.
200gm nibbed almonds/ badan cincang
400gm chocolate chips
370gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
Cara membuat:
1. Dengan menggunakan hand mixer, pukul 250gm butter dengan 140gm gula kastor dan 120gm brown sugar sehingga kembang.
2. Tambahkan 2 biji telur, sebiji dahulu pukul sehingga kembang, baru tambahkan sebiji lagi.
3. Masukkan 1 sudu teh esen vanilla.
4. Ayak 370gm tepung gandum biasa, 1 sudu teh bicarbonate soda dan 1 sudu teh garam ke dalam adunan. Guna spatula dan kacau sebati.
5. Masukkan 200gm nibbed almonds dan 400gm chocolate chips.
6. Selepas adunan siap, boleh simpan dalam peti sejuk selama setengah jam supaya senang untuk dibentuk, tidak terlalu lembik.
7. Gunakan sudu penyukat saiz 1/2 sudu besar atau tablespoon sebagai acuan. Isi sudu penuh penuh, ratakan, cungkil dan letak atas baking pan yang dilapik dengan baking paper. Saya guna pan segi empat 12 inci dan muatkan 25 ketul cookies. Bakar dalam oven suhu 175°C selama 18 minit.
8. Sejukkan biskut sebelum simpan dalam bekas yang kedap udara.
Rajin rajin lah buat ya. Nak berniaga pun bagus.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Norliza Ali.