Biar betul gaji RM2,500 boleh simpan sampai RM750 sebulan. Selalunya nak simpan sampai RM300 sebulan pun susah kalau gaji takat nih.
Boleh sebenarnya kalau kita tahu cara yang betul seperti yang dikongsi oleh Nur Aliah Mohd Nor ikut Formula 30:60:5:5.
Caranya kita kena buat simpanan dan perbelanjaan ikut formula yang disenaraikan. Formula Nur Aliah yang juga seorang bisnes speaker ini dikongsi di Facebook beliau dan pernah tular hingga mendapat 17k share.
Sekarang ni minggu gaji so boleh terus praktik ya.
Hati ini rasa gelisah pula bila tahu ada orang yang bergaji RM8000 sebulan tapi nak simpan RM1000 sebulan tu pon sangat susah!
Sini Lia kongsikan 1 formula yang dipanggil ‘kompas kewangan’. Guna je formula mudah ni untuk selamatkan kewangan korang.
Kompas kewangan terbahagi kepada 4 iaitu: Untung (30%) Terpaksa (60%) Bocor (5%) Sampah (5%)
Kenapa penting guna formula ini? Sebab kita nak wujudkan 5 tiang impian kewangan kita.
5 tiang impian kewangan
Cipta duit (melalui business atau makan gaji)
Ads
> Urus pendapatan kita dengan baik menggunakan kompas kewangan > Lindung harta dengan baik > Labur harta untuk masa depan > Agihkan harta dalam keadaan yang baik setelah meninggal dunia.
Lia yakin dan percaya, dengan tips mudah ini dapat bantu korang untuk uruskan kewangan dengan lebih baik. Semoga bermanfaat!
Nota tambahan: Jangan lupa untuk sedekah dan zakat ya. Lebihkan memberi, lebihlah rezeki. Kan.
Nota: Formula Abg Abu.
Nur Aliah Mohd Nor.
Ok dah tau cara, boleh praktik terus ya sementara gaji masih ada tu!
Buat agar-agar ni nampak senang tapi ramai juga yang buat tak menjadi. Sebab utama adalah kerana salah sukatan air. Kurang air keras, terlebih air lembik berair pulak.
Jadi macam mana sukatan air yang tepat supaya agar-agar kita menjadi. Boleh ikut tip yang dikongsi oleh Zaleha Rusli ini.
Tip untuk beginner masak agar-agar dengan cantik
1. Basahkan agar-agar tali hingga lembut dan buang airnya.
2. Isikan agar-agar tersebut serta padatkan dalam bekas/ cawan/mangkuk. Ingat ya mesti dipadatkan. Contoh seperti dalam gambar.
3. Nisbah agar-agar dengan air/apa apa cecair(termasuk susu/santan dsb) adalah seperti berikut:
Nisbah Agar-agar : Cecair
1 bekas agar-agar : 4 bekas air (hasilnya : keras-keras manja tapi kalau suka keras sikit ok dah cantik )
1 bekas agar agar : 4.5 bekas air (hasilnya : sedang-sedang saja)
1 bekas agar-agar : 5 bekas air (hasilnya : lembut. tapi jangan sampai lebih 5 bekas nanti lembik/berair sangat).
4. Nisbah air 4 atau 5 bekas ikut kekentalan yg disukai. Contoh anggaran agar-agar dalam 1 gelas, maka letak sukatan airnya 4 ke 5 gelas ikut kekentalan agar-agar yang kita mahu.
5. Jika letak susu/santan pun sama sukatkan sekali dengan air supaya dapat 4 atau 5 gelas.
Jika suami atau anak kompelin kita ibu yang suka mendesak dan membebel, jangan ambil hati. Teruskan saja walaupun anak-anak mungkin rimas mendengarnya. Percayalah anak akan berterima kasih pada kita kemudian hari.
Sebabnya menurut kajian yang dikendalikan Universiti of Essex di England anak yang didesak ini berkemungkinan besar lebih berjaya berbanding anak daripada ibu yang tidak berbuat demikian.
Letak standard lebih tinggi
Sejak tahun 2004 hingga 2010 penyelidik telah mengikuti kehidupan 15,500 gadis remaja berumur 13 dan 14 tahun. Dari penelitian itu mereka mendapati anak dengan ibu yang suka mendesak selalunya meletakkan standard tinggi kepada anak dan lebih ramai anak ini berjaya melanjutkan pengajian ke kolej dan memiliki gaji besar.
Satu lagi bonus menjadi ibu suka mendesak ini,anak kurang terjebak dengan masalah sosial seperti hamil luar nikah. Jadinya punya ibu suka mendesak dan berleter ini ada kebaikannya. Mak-mak jadikan ini sebagai alasan kuat untuk terus membebel.
Dah selesai masak mi kuning tapi bila makan rasa kapur. Memang spoil! Ini perkara biasa bila kita beli mi kuning yang dijual di kedai. Itu belum masuk lagi penggunaan pengawet.
Kalau dah bosan dengan rasa kapur dan bimbang dengan kesan pengawet jalan terbaik untuk terus menikmati mi kuning yang jadi kegemaran ramai ini adalah dengan menghasilkannya sendiri.
Baru selesai menghasilkan 6 KG mi yang dibuat sendiri. Tanpa kapur dan tanpa bahan pengawet.
Bahan-bahannya
1 kg tepung gandum 2 biji telur 1/2 sudu makan garam Pewarna kuning 1 gelas air (air agak-agak kalau keras tambah sedikit demi sedikit, adunan jangan lembik)
* 1 kg tepung gandum akan dapat 2 KG mi
Cara buat
1. Masukkan tepung dalam besen.
2. Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul. Tuangkan ke dalam tepung. Masukkan pewarna kuning, gaulkan sekata. Kemudian masukkan air yang dicampur garam sedikit demi sedikit.
3. Uli hingga sekata, pastikan adunan tidak lembik. Bulatkan doh dan leperkan.
4. Leperkan doh menggunakan mesin mi. Sesuaikan ketebalan dari tebal ke nipis berulang kali. Mesin saya guna no. 7, berbeza ikut mesin.
5. Selepas doh nipis sapukan tepung di pemukaan doh. Kemudian masukkan kembali ke dalam mesin mi untuk memotong. Alas mi guna tudung periuk.
6. Panaskan air hingga mendidih dan letakkan sedikit minyak masak.
7. Masak seketika mi itu. Agak-agak mi timbul itu tanda mi sudah masak.
8. Angkat dan toskan, kemudian titiskan sedikit minyak supaya mi tidak melekat.
9. Bolehlah buat macam-macam resipi mi. Selamat mencuba.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...