
Ia merupakan premium outlet kedua di Malaysia selepas Johor Premium Outlets. Lokasi shopping ini juga adalah premium outlet pertama di Asia Tenggara yang terletak di tanah tinggi.
Jadi sambil bercuti di Genting Highland wajib singgah di GHPO. Boleh bayangkan betapa selesa dan syoknya bershopping di tempat yang sejuk semula jadi.
Dengan kos RM200 juta, ia dibangunkan di kawasan seluas 55,741 kaki persegi. GHPO ini mengandungi lebih 150 outlet pereka yang menawarkan pembeli tawaran harga penjimatan 65 peratus setiap hari.
Selain jenama pakaian, kasut,aksesori premis makanan dan minuman juga turut disediakan di sini. Kedudukan yang strategik di kawasan percutian tumpuan, GHPO dijangka akan menarik lebih kurang 20 juta pengunjung setahun.
Lokasi ini hanya mengambil masa perjalanan 45 minit daripada Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan sendiri selain banyak kemudahan pengangkutan untuk sampai ke sini. GHOP dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.
Tak sabar rasa nak pergi. Bagi yang balik raya ke pantai timur boleh singgah sini dulu beli buah tangan untuk mak dan ayah kat kampung.
Kredit Foto: Facebook Rizal Hakimm
7 Lokasi Menarik Untuk Buat Family Day, Jom Kita Cuti Ramai-ramai!

Lokasi pilihan untuk family day ini seharusnya selesa dan cukup kemudahan maklumlah yang datang ramai dan mesti ada anak kecil dan juga orang tua.
Bagi anda yang berhasrat mengadakan aktiviti ini berikut adalah antara lokasi yang sesuai. Semua ini bukan hotel tapi resort serta homestay yang menarik dan yang penting bajet.
1.Umang-umang Resort, Kuala Linggi
Resort mengadap pantai yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk keluarga besar bercuti. Mempunyai beberapa jenis bilik dan ada kemudahan padang permainan kanak-kanak, camp site, mini zoo, padang pemainan volleyball dan macam-macam lagi.
Lokasi: Umang-Umang Chalet ( Hermit Crab Chalet ) Lot 602, Batu 31, Bukit Darat, Pantai Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka.
Website Rasmi: Umang-umang Chalet Blogspot
2. Kampungstay Desa Murni, Pahang
Terletak 15 minit daripada tol Temerloh, Kampungstay Desa Murni pula mengetengahkan konsep ‘kampung’ di homestay mereka. Selain itu, perkhidmatan spa, swimming pool dan juga permainan tradisional disediakan untuk pengunjung.
Lokasi: Kampong Stay Desa Murni, Lot 1674, Jalan Homestay, Desa Murni Sanggang, 28020 Temerloh, Pahang Darul Makmur.
Website rasmi : www.kampungstaydesamurni.com
3. Sunnah Koruss Resort, Janda Baik
Ini untuk famili yang memang suka akan nature dan suasana hijau. Tiada laut tapi anda boleh merasai kesejukan dan kejernihan air sungai di Sunnah Koruss, Janda Baik.
Lokasi : Janda Baik, Pahang
Website rasmi : www.facebook.com/suunahkorussresort
4. Agrofarmstay
Anda memang boleh buat family day besar-besaran di sini. Resort ini menyediakan pelbagai jenis tempat penginapan seperti River View 10 bedded, D’ Lodge 6 bedded, Garden View 8 bedded. Paling besar Villa 14 bedded.
Selain itu, Agrofarmstay ini juga menyediakan kemudahan lain seperti swimming pool, BBQ pit, Karaoke room, pet house, dan taman herba.
Lokasi : AGROFARMSTAY @Skill-Tech, Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong / Machap, 76100 Durian Tunggal, Melaka.
Website rasmi: Agrofarmstay.my
5. Desa Damai Chalet
Satu lagi lokasi family day terbaik adalah Eco Green atau Desa Damai Chalet, di Pengkalan Balak, Melaka. Ia dekat dengan pantai, anak-anak pasti suka.
Lokasi: ECO-GREEN @ Desa Damai Chalet, Lot 1681, Batu 22 1/2, Kampung Hailam, Pengkalan Balak, Malaysia
Sumber : Facebook Desa Damai Chalet
6. Rumah Kebun
Siapa yang suka suasana alam, ini tempat paling best. Di sini anak boleh layan kolam renang dan anda pula boleh mandi air terjun sepuas-puasnya.
Lokasi: RumahKebun, Kg Sungai Semungkis Batu 14 1/2 Hulu Langat.
Facebook: RumahKebun
7. Tandom Hill Resort
Lokasi ini memang popular kebelakangan ini. Tempat ini di kelilingi bukit batu kapur, tasik dan pokok-pokok. Sama ada beriadah di sini kemudian pulang, anda boleh juga menginap di penginapan sama ada dorm atau kawasan camping.
Anda yang teringin untuk buat terjun tiruk seperti di sungai waktu zaman kanak-kanak dulu bolehlah mencuba di Tandom Groove yang selain itu turut menawarkan aktiviti kerusi santai terapung, tali tarzan dan sebagainya.
Lokasi, Tadom Hill Resort, Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor
Facebook: Tadom Hill Resort
Selamat bercuti, semoga family day yang dianjurkan dapat mengeratkan lagi hubungan dengan ahli keluarga.
Sumber: www.ohbulan.com
Menangis Lihat Keindahan Bunga Wisteria di Jepun

Buat anda yang meminati bunga, tentunya akan terkesima malah mungkin menangis tatkala datang ke Kawauchi Wisteria Garden di daerah Kitakyushu, Fukuoka Jepun.
Keindahan bunga di sini ibarat berada di alam fantasi. Mungkin tidak sepopular bunga sakura tapi bunga wisteria ini punya tarikan tersendiri.
Anda akan dapat melihatnya lebih jelas bila melalui Terowong Bunga Wisteria sepanjang 220 meter di taman ini.
Membentuk seakan kanopi, bunga wisteria dengan warna yang sangat indah, lebat dan berjuntai memberi satu pemandangan yang cukup mengasyikkan buat pengunjung.
Selain terowong bunga, taman ini juga dipenuhi dengan pokok wisteria yang besar rendang dengan bunga berwarna ungu, pink dan putih menutupi cahaya matahari hingga memberi biasan yang sangat menarik.
Waktu terbaik untuk ke sini adalah antara penghujung April dan pertengahan bulan Mei, Taman Kawauchi ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang untuk pengunjung menikmati keindahan taman sejuk yang dipenuhi bunga pada musimnya.
Anda yang datang bukan pada waktu ini kemungkinan akan kecewa kerana yang ada hanya dahan-dahan pokok yang menjalar.
Bagi anda yang mahu ke sini, berikut adalah panduannya.
5 Kesilapan Besar Yang Selalu Dibuat Ketika Bercuti Ke Jepun. Elak Kalau Tak Nak Stres

Jepun adalah salah satu negara yang menjadi pilihan masyarakat negara kita untuk bercuti. Ini disebabkan faktor negara itu mempunyai cuaca empat musim di samping panoramanya yang cukup menarik.
Pun begitu, untuk menikmati percutian yang menyeronokkan, kita kena faham budaya sesuatu masyarakat. Barulah percutian kita akan jadi lebih menarik dan kurang stres.
Rarecation melalui facebook memberikan senarai lima kesilapan yang selalu dilakukan oleh orang yang melancong ke Jepun. Ini disebabkan kurang pengetahuan mengenai budaya masyarakat di sana berbeza dengan budaya kita walaupun kita sama-sama orang Asia. Nak tahu apa kesilapan itu? Jom kita baca.
Banyak yang kami perhatikan membuat kesilapan ini ketika bercuti di Jepun. Memandangkan kita semakin menghampiri akhir tahun, jadi kami pasti ramai yang sudah merancang percutian mereka ke sini. Disebabkan kami tak nak anda membuat kesilapan yang sama, jadi kami compile kan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan ketika membuat persiapan untuk ke Jepun.
1. KASUT
Ramai yang datang sini nak bergaya sakan. Yelah, kan kita berada di Tokyo, bandar yang banyak mengeluarkan fashion yang up-to-date. Fashion pun mesti la tip top. Tapi, ramai yang tak aware sebenarnya banyak tempat di Jepun seperti ryokans (rumah tradisional Jepun), kuil dan restoran mereka memerlukan kita untuk MENANGGALKAN KASUT sebelum masuk.
Jadi, kalau tak nak buang masa nak ikat dan buka ikatan tali kasut dengan kerap, kami suggest untuk pakai walking shoes yang selesa dan senang (sebab kat sana kita akan banyak berjalan). Lagi pulak kalau kita nak berjalan atas tatami mats, kita wajib TANGGAL KASUT dan PAKAI STOKIN. Kita dikira sebagai kurang ajar kalau berjalan atas tatami dengan berkaki ayam. Kalau pergi Jepun time winter, kena pakai kasut yang waterproof untuk mengelakkan kasut basah terkena salji.
2. TRAVEL LIGHT
Ini yang paling susah orang nak buat. Packing Light! Kebanyakan yang travel ke Jepun mesti akan menggunakan public transport mereka sebagai pengangkutan utama kerana pengangkutan di Jepun merupakan antara yang terbaik di dunia. Memang rugi siapa yang pergi Jepun tapi tak naik bullet train mereka. Dah nama pun pengangkutan awam, jadi ruang simpanan luggage sangatlah limited. Mengikut pengalaman kapten kami yang dah berpuluh kali jejak Jepun ni, perjalanan lebih mudah jika kita bawa suitcase yang kecil dan padat. Senang nanti nak bawa turun naik tangga di stesen keretapi. Takde lah nanti mulut korang dok terkumat-kamit membebel kenapa bini korang packing bag berat-berat kan.
3. TAKKYUBIN
Takkyubin ni memang sangat sesuai untuk orang yang tak boleh travel light. Korang tahu tak yang Takyyubin ni ada menyediakan service penghantaran luggage ke seluruh Jepun? Dah guna service mereka, barulah boleh berjalan dan membeli belah dengan tenang tanpa perlu heret beg berat-berat turun naik tangga. Takkyubin ni pun ada menyediakan perkhidmatan bawakan beg dari hotel ke airport. Kita tinggal ambil beg kat sana je sebelum balik.
4. MAKANAN
Tokyo antara bandar yang paling mahal di dunia untuk didiami. Bagi yang poket tebal, tak menjadi satu masalah untuk mereka makan di restoran setiap kali waktu makan. Bagi yang taknak poket mereka koyak rabak ketika travel, kami sarankan untuk bawa serba sedikit makanan pre-cook. Jadi bolehlah jimat sedikit duit poket untuk shopping di sana. Kalau travel dengan Rarecation, tak perlu risau beg berat nak bawa pes-pes makanan, kami sendiri yang akan bawa dan sediakan pes masakan istimewa dari Dapur Raya Prihatin (DRP).
5. GUNA KHIDMAT EJEN PELANCONGAN
Travel bersama ejen memudahkan pelancong terutama yang baru kali pertama nak melancong ke satu-satu negara. Ini kerana ejen pelancongan akan uruskan segalanya hal-ehwal percutian termasuk tempahan tiket, penginapan dan jadual lawatan. Lebih mudah dan anda pun lebih selesa serta selamat.
Sumber: fb Rarecation