Kalau anda sanggup membeli pencuci yang mahal untuk membersihkan kediaman, tip ini mungkin dapat membantu anda lebih jimat.

Selain digunakan untuk memasak, cuka yang sentiasa ada di dapur juga boleh digunakan untuk tujuan pembersihan sekitar di rumah. Malah hasilnya juga sama dengan menggunakan pencuci. Anda boleh gunakan cuka untuk membersihkan 5 bahagian ini:

1. Hapuskan kotoran pada karpet

Jika karpet terkena kotoran, campurkan cuka dan air dalam nisbah yang sama. Kemudian semburkan air cuka pada bahagian yang kotor. Biarkan selama dua minit selepas itu gosok kotoran dengan kain kering sehingga hilang.

2. Cuci mangkuk tandas

Air cuka juga boleh digunakan untuk membersihkan mangkuk tandas termasuk pada kotoran yang degil. Sembur air cuka lalu gosok dengan berus tandas.

IKLAN

3. Bersihkan cermin tingkap dan kaca

Campurkan cuka dan air dengan nisbah 50:50 kemudian lap pada permukaan cermin dan kaca sebelum dibersihkan dengan kain lembut.

Hanya Guna Cuka Lantai, Cermin, Bilik Air Bersih Berkilat. Tak Perlu Pencuci Mahal Pun

IKLAN

4. Cuci lantai sampai berkilat

Petuanya ambil setengah baldi air campurkan dengan setengah penutup pelembut pakaian serta lima titik cuka (jangan lebih, nanti melekit). Kacau semua dan mop lantai seperti biasa. Hasilnya lantai akan bersih dan berkilat.

5. Lantai bilik mandi berkerak pun hilang

Kalau lantai bilik mandi berkerak, selain tuang Clorox boleh juga menggunakan cuka untuk membersihkannya.

IKLAN

Caranya campurkan garam dengan air cuka dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan pada lantai yang berdaki atau kotor. Gosok dengan berus kemudian bersihkan dengan air.

 

 

 

Selain itu:  Rahsia Air Basuhan Beras Jadi Penuh Khasiat Untuk Tanaman, Lagi Elok Peram Dulu Baru Guna
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI