Bukan mudah jadi seorang ibu dengan anak tujuh. Mana nak urus anak, suami, rumah dan kerja.
Namun jangan asyik komplen. Sebaliknya seorang wanita perlu bijak urus masa dan urus diri. Apa pun alasan, ibulah suri bagi sesebuah rumahtangga.
VK suka nak kongsi tip bermanfaat daripada seorang ibu bernama Nur Baizura A Bakar, berumur 37 tahun. Dia yang menggunakan nama instagram zuera_burn memberikan panduan untuk ibu yang ingin meluangkan lebih banyak masa pada hujung minggu bersama suami dan anak. Dia berkongsi cara uruskan kerja di rumah supaya lebih cepat siap secara sistematik.
Bayangkanlah betapa ibu ini hebat uruskan tujuh anak yang berumur dari 16, 14, 12, 10, 8, 6, 4 dan paling kecil 1 tahun 3 bulan. Dia bukan surirumah sepenuh masa. Dia ialah seorang guru. Malah di rumah dia turut menjahit dan mengambil upah menjahit. Banyak kerja yang dilakukan namun rumahtangganya terus dengan berkesan.
Ditanya dari mana dia mendapat idea untuk uruskan rumahtangga secara sistematik begini, jawapannya begini.
“Saya sejak kecil suka mengemas. Adik-beradik saya 10 orang. Emak saya menjahit dan ayah saya pegawai kerajaan. Tinggal di KL memang kos sara hidup tinggi. Saya faham ibu saya memang tak cukup masa nak mengemas. Jadi kami adik-beradik akan bahagi tugas. Sorang kemas dapur, ayah saya balik kerja dia yang akan masak. Sorang akan urus kain baju. Saya la tu. Sorang lagi akan menyapu dan masing-masing ada tugas. Bila saya ada anak, saya apply apa yang saya buat dulu supaya masing-masing tahu tanggungjawab mereka.”
Ads
Utamakan dapur dulu
Mak mak memang macam ni…kalau saya laaa.. yang utama dapur dulu lepas tu baru bab kain baju sebab kalau ahli rumah lapar nanti tak selesa nak mengemas?
kejap2 sorang masuk dapur lepas tu sorang lagi..diorg tak minta tapi diorg masak sendiri? jadi untuk mengelakkan dapurku bersepah baik siap2 masak baru laaa boleh buat kerja lain…
Macam mana nak buat?
Tips utk jimat masa…sebab saya nak spend masa untuk suami dan anak2 kalau hari cuti so tak nak laaa nanti hari cuti tapi kita terlalu sibuk dengan nak urus rumahtangga..jadi kena kemas time yang diorg sibuk atau tiada di rumah???
Ads
Hari terakhir kerja contohnya pantai timur cuti Jumaat jadi hari Khamis laaa kan… Balik kerja hari khamis tu ..
1️.Perkara pertama adalah kutip semua baju dan basuh…pastikan semua siap termasuk baju putih? 2️. Lepas tu kemas semua bahagian utama iaitu ruang tamu, ruang rehat,lepas tu semua ruang dan bilik yang memang tak digunakan kecuali bilik tidur…kemas, lap habuk dan sapu tak termasuk vacuum dan mop. 3️. Lepas tu bersiap laa untuk dinner kan? Sambung malam pula 4️. Malam boleh sidai baju ?kalau pakai dryer memang terus boleh siap laaa??? 5️. Malam juga boleh laa kemas bilik
Malam dah siapkan semua, pagi mudah nak memasak
Esok pagi bangun jer boleh terus sinsing lengan hehehee… 1️. Sapu semua ruang,vacuum dan mop 2️. Okay dah siap pun kemas sebab semua dah siap2 semalam kan..jadi bolehlah masuk dapur dengan tenang siapkan breakfast dan siapkan bahan untuk minggu depan pula 3️ Kalau anda bijak merancang masa yang diambil lebih kurang 1-2 jam jer untuk cuci,packing dan siap masak untuk tengah hari pula sambil kemas2 dapur dan peti 4️. Lepas tu boleh sambung lipat baju,gosok baju dan sediakan pakaian untuk minggu depan juga
Ads
Kena rajin dan bijak urus masa
Siapppp untuk seminggu??? Saya pun ada anak kecik baru 10 bulan masih lagi boleh buat dengan gangguan si kecik hehehe… Eh silap…saya anak 7 boleh buat takkan uols baru anak 2-3 takleh buat kihkihkih…..sentap laa sentap??? sebab bila tak amal rajin sekarang nanti malas tu sampai laa ke tua? Ada jer anak dah 4 kemas tempat tidur pun malas?
Bertabahlah mak mak sekalian…memang macam tu pun…kalau suami tolong layan dan tolong kemas sekali memang bertuah laaa mak mak sekalian… Sambil kemas2.
Kalau tengok cara ibu ini uruskan rumahtangga, macam senang je kan. Kena pandai buat mana yang penting dulu, lepas tu siapkan yang lain-lain. Kagum betul VK. Puan ni anak tujuh orang. Siap boleh ambil upah menjahit lagi tu. Fuhhhh. Kalau nak lebih tip urus masa, korang boleh jengan instagram puan ni. Banyak tip proven yang mak-mak boleh ikut. Rajin dengan tak rajin je la nak ikut…
Tak dapat dinafikan Adam dan isteri melalui dugaan hebat sebelum dapat mendakap zuriat pertama mereka.
Selain melalui empat kali keguguran, kehamilan Fazeema kali ini juga merupakan anak kembar yang masa salah seorangnya gugur pada usia dua bulan.
Namun rezeki pasangan ini, seorang anak lagi bertahan walaupun Fazeema mengalami pendarahan sehinggalah selamat dilahirkan semalam.
“Ini adalah kali keempat saya hamil. Saya dah ada tiga anak di syurga. Dan kehamilan saya kali ini adalah kembar, tetapi hampir usia kandungan dua bulan, dengan kuasa ALLAH, saya pendarahan.
“Salah satu anak kembar saya tak dapat diselamatkan. ALLAH ambil semula seorang anak kembar saya yang ALLAH pinjamkan seketika di dalam rahim saya. Saya alami pendarahan berbulan-bulan lamanya.
“Hinggalah bulan keempat, pendarahan baru berhenti. Ulang-alik jumpa doktor untuk pastikan kandungan saya yang satu ini selamat dan sihat. Jadi bukanlah tiga tapi empat anak saya di sana,” kongsi Fazeema di Instagram satu ketika dulu.
Ternyata rezeki anak setiap pasangan berbeza, ada yang mudah dan ada yang perlu melalui dugaan demi dugaan seperti Adam dan Fazeema. Apapun penantian mereka sudah berakhir, sama-sama kita doakan kesihatan isteri dan bayinya. Semoga Baby Lee jadi anak yang soleh.
Bila dengar rakan baru bersalin kita memang teruja nak pergi melawat. Tapi perlu diingat juga bilangan bayi yang dimasukkan ke hospital semakin bertambah akibat jangkitan kuman dari orang dewasa yang melawat mereka.
Oleh itu jangan terlalu gembira apabila melawat sanak saudara atau rakan taulan yang baru melahirkan anak. Bagi sedikit privasi kepada ibu dan anak.
Anak yang dilahirkan tidak mempunyai daya tahan yang kuat. Mudah mendapat jangkitan kuman.
Si ibu pula jangan rasa bersalah untuk menghalang mana-mana individu menyentuh anak mereka. Kita tidak tahu mungkin di antara mereka yang sedang membawa kuman berbahaya.
Jadi bagi yang hendak melawat rakan atau saudara yang baru melahirkan anak, menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad ada 10 pantang larang yang perlu mereka tahu dan ikut demi kebaikan si kecil.
1. Jangan cium bayi
Lihat dan senyum pada bayi sudah cukup menunjukkan kita sangat gembira. Kebarangkalian untuk kita menyebarkan virus kepada bayi sangat tinggi jika kita mencium bayi.
2. Jangan sentuh bayi
Mengusik pipi juga sudah cukup untuk menyebarkan virus kepada kulit bayi. Tadi di tandas, ada basuh tangan guna sabun tak sebelum nak sentuh bayi? 🙂
3. Jangan ikut kalau tak sihat
Bila demam atau rasa tidak sihat, tak perlulah datang melawat bayi. Jangan ambil kesempatan nak melawat bayi lepas pergi klinik sebab demam. Bila demam dan selsema, rehat sajalah di rumah. Kesian jika bayi pula yang demam dan selsema.
4. Jangan lama-lama bila melawat
Jangan bawa makanan seperti mahu berkelah. Bayi pun mahu menyusu setiap dua jam. Ibunya mungkin mahu rehat dan tidak larat bila ramai yang melawat dan berbual lama. 30 min sudah mencukupi. Lebih sejam, sudah lama sangat.
5. Jangan datang tiba-tiba
Beritahu bila ingin datang. Jangan datang secara tiba-tiba kerana si ibu mungkin sedang berehat, membersihkan diri dan bayi mungkin baru tidur.
6. Bersihkan diri
Cuci tangan atau gunakan ‘hand sanitizer’ sebelum masuk bilik di mana bayi ditempatkan. Ini mengurangkan risiko jangkitan kuman sebab kebanyak jangkitan kuman adalah melalui sentuhan.
7. Elak guruan sensitif
Jauhkan dari komen yang tidak sedap didengar walaupun dengan niat bergurau. Siibu sedang kepenatan dan mungkin lebih sensitif terhadap komen-komen negatif.
8. Jangan wangi sangat
Tak perlu guna wangi-wangian yang menyengat. Ia mungkin mengganggu ibu dan bayi.
9. Jangun kejutkan bayi yang sedang tidur
Bayi yang baru lahir memerlukan waktu tidur yang lama. 12-14 jam.
10. Doakan dan hulurkan sumbangan
Sebelum balik, hulurlah sedikit sumbangan pada ibu sebagai tanda gembira dan ucapkan tahniah. Paling baik berdoalah depan si ibu untuk kesihatan dan keselamatan bayi. Semoga si anak menjadi manusia yang taat, sihat dan berbakti.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...