Ibu Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-40, Wanie Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta Idaman

Share

 

 

Ibu ialah seseorang yang sangat besar ertinya bagi seorang anak. Dialah yang hamil, melahirkan dan memberikan anak kasih sayang sepenuhnya sejak dari si anak di alam rahim lagi. Jadi memang sewajarnyalah kalau anak membalas jasa dengan memberikan sesuatu yang bermakna buat ibu. Walaupun si ibu sebenarnya tak pernah minta pun untuk diberikan apa-apa.

Bagi seorang ibu, asalkan anak itu sihat dan bahagia sudah mencukupi buatnya. Namun seorang anak disaran membahagiakan ibu dan balasannya adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka nanti

Penyanyi yang juga peserta rancangan realiti televisyen, Big Stage, Wani Kayrie semalam menghadiahi ibunya sebuah kereta bersempena sambutan haji jadi ibunya itu. Kereta jenama Honda itu diberikan sempena ulang tahun ibunya yang ke-40.

 

Video ini menunjukkan Wani membuat kejutan dengan menutup mata ibunya sebelum dipimpin ke arah kereta baru. Selepas nampak kereta itu, ibunya memeluk erat Wanie dan masuk ke dalam kereta untuk mencuba kereta yang dihadiakan itu.

Alhamdulillah. Tahun ni ada rezeki lebih kita hadiahkan mama kereta yang dia nak ?❤ Happy 40th birthday mamaku @kaysabah ?? Hope you love the present from us! Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki sentiasa! Keep being young & keep rockin! Love you momsie! ?✨ Thank you @hondamalaysia ! #MamaKayTurns40

 

 

Melalui instagram juga, ibu Wani yang mesra dipanggil Kay telah memuat naik kegembiraan menerima hadiah hari jadi. Semoga rezeki Wani bertambah murah kerana berusaha menggembirakan hati ibu.

 

Sumber: https://www.instagram.com/wanikayrie/ & https://www.instagram.com/kaysabah/

IKLAN