Bagi rumah yang tak banyak ruang tapi pemilik suka bercucuk tanam mungkin boleh guna idea yang dikongsi oleh Mohd Hafizan Bin Mohamad
Kebun sayur gantung guna paip PVC dan cawan plastik. Boleh ikat dan gantung dekat awning atau balkoni rumah guna tali. Ikut suka nak buat berapa tingkat.
DIY kebun sayur gantung
1. Beli PVC di hardware, saiz tak perlu besar untuk sayur berdaun, 82mm warna putih dah cukup.
Beli sekali endcap untuk saiz PVC yang sama. Kalau takde boleh buat sendiri penutup pakai bekas plastik bulat beli di kedai RM2. Kemudian gamkan dengan gam lilin.
2. Tebuk PVC guna dril penebuk. Jarak paling tepi 4 inci. Jarak antara cawan 8 inci. Tambah semua jadi 48 inci ÷ 12 = 4 kaki muat untuk 6 cup.
Ads
3. Untuk cawan boleh beli bulu mop di kedai RM2 kemudian pakai pemanas tebuk lubang kat bawah cawan. Masukkan bulu mop sebagai sumbu. Dalam cawan letak cocopeat tak perlu tanah.
4. Dalam PVC letak air baja A+B. Bancuh 30ml(A) dan 30ml(B) dengan 4 liter air biasa. Cukup-cukup untuk batang paip putih saiz 82mm panjang 4 kaki.
Ads
Sekali isi saja sampai sayur membesar, cuma kalau air baja nampak sedikit kering tambah sikit. Boleh gantung dulu PVC baru isi air baja supaya senang.
5. Kemudian boleh letak cawan berisi tanaman dalam lubang PVC yang ditebuk. Sumbu akan serap air dan bekalkan pada pokok sayur, jadi tak perlu siram.
Ads
Selain bayam boleh tanam sayur daun lain juga, sawi, salad, pudina antara yang ditanam.
Rumput dan lalang yang tumbuh antara masalah bagi yang suka berkebun atau ada kawasan lapang di rumah.
Supaya tak sakit mata memandang kita kena habiskan masa dan wang untuk potong atau meracun rumput dan lalang ini. Jika kita selalu buat rutin ini apa kata ikut pula kaedah yang dikongsi oleh Akmal Al Yahya.
Rupanya ada teknik mudah untuk kawal rumput dan lalang ini dari tumbuh, caranya cuma guna kotak dan kertas rincih yang boleh kita peroleh secara percuma. Langkahnya boleh ikut perkongsian Encik Akmal ini.
Kawal rumput & lalang guna kotak dan kertas rincih
Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal.
Penggunaan kotak dan kertas yang telah dirincih, inspirasi dari Amalan Permaculture yang dilakukan ini kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal.
Dua bahan ini, kami dapatkan secara percuma tanpa menggeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa.
1. Letak kotak sebagai lapisan pertama
Sebelum itu gemburkan tanah sedikit dan ratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah.
Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi ke tanah.
2. Tabur kertas yang dirincih untuk lapisan kedua
Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar.
Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencun dan juga dimampatkan ke tanah.
3. Proses ini dipanggil sebagai Mulching / Sungkup
Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih. Tanpa perlu kami siram, ianya tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula dialihkan ke dalam plot tayar terpakai.
4. Kemudian tabur daun kering
Setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, baru lah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos.
Lapisan sungkup ini akan membantu kami di tanah untuk memegang kelembapan agar tidak hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.
Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini.
5. Kelebihan sungkupan untuk tanaman
Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakteria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar.
Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan.
6. Kertas rincih juga boleh buat kompos
Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan Kertas Rincih untuk dijadikan kompos. Jika tuan/puan ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing.
Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan kertas rincih ini. Setiap minggu timbunan kompos ini akan dibolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.
Untuk lebih jelas boleh juga tonton video ini.
Semoga bermanfaat.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh klik di SINI.
Ramai yang minat bercucuk tanam tapi masalah ruang jadi kekangan. Mungkin duduk di apartmen, flat atau kediaman yang tiada laman.
Bagi yang teringin juga nak bercucuk tanam boleh gunakan idea daripada Zlfrhn Norizat ini. Beliau menggunakan kaedah penanaman menegak atau vertical pots yang sangat menjimatkan ruang.
Boleh tanam macam-macam sampai 30 pokok
Saya menggunakan kaedah penanaman menegak dan ia sangat jimatkan ruang. Pokok daun sup dan bendi ditanam pada 28.7.2020 dan bayam brazil ditanam pada 29.7.2020.
Tumbuhan yang sesuai ditanam dalam pasu menegak ini antaranya bayam, sawi, cili, bendi, daun sup, daun ketumbar, terung, herba-herba, strawberi dan macam-macam lagi.
Tapi ia tak sesuai untuk tanaman berubi dan jenis buah yang besar. Vertical pot ini juga sesuai untuk tanam pelbagai jenis pokok bunga.
Untuk set yang kecil ni anak saya tanam cili,daun sup, dan sawi pada 03.10.2020. Sekarang dan naik tinggi.
Ini contoh vertical pots yang kosong.Ini ruang takungan air bawah pasu.
Boleh tanam sehingga 30 pokok dan mudah untuk kita alih. Selain itu vertical pots ini juga dah dibina sekali sistem pengairan jadi tak perlu siram.
Ini pokok tomato yang ditanam bulan Oktober lalu.
Diharap dapat memberi inspirasi kepada insan-insan yang teringin nak bercucuk tanam tetapi tiada ruang untuk bercucuk tanam.
Vertical pots ini boleh dibeli di Shopee. Klik SINI untuk beli.
Kalau belum ada bajet untuk beli vertical pot rasanya boleh DIY juga kan ikut idea ni.
Ulam pegaga memang banyak khasiatnya, dari awet muda sampailah untuk kecerdasan otak. Sebab itulah berbaloi sangat tanam sayur ini. Bila rasa nak makan petik saja.
Nak tanam dalam pasu, polisterin atau terus atas tanah pun boleh. Boleh juga tanam dalam pasu gantung untuk mudah petik.
1. Cari bekas atau pasu kosong.
Masukkan separuh tanah kompos dan separuh lagi pasir (ini yang bantu buat pegaga subur dan gemuk).
2. Gaulkan semua sekali
Kenapa pasir? Kerana pegaga lebih mudah hidup bersama campuran pasir dan senang masa kita nak tarik dari akar bila dah merimbun nanti.
3. Benih, beli pegaga di pasar saja RM2 seplastik.
Kata rakan saya pegaga yang berkhasiat ialah pegaga yang berbentuk otak. Ada belahan di tengah daunnya.
5. Dengan lafaz bismillah, cucuklah pegaga tadi dalam tanah.
Siram setiap hari dan letak di bawah tempat teduh. Pegaga tak perlukan cahaya matahari direct. Sipi-sipi pun tak apa.
6. Selepas 2 minggu, bukan main subur dan gemuk lagi. Anak daun dah mula tumbuh di sana sini. Dan daun yang besar dah mula nak terjuntai.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...