Biasanya cinta monyet berkubur selepas tamatnya persekolahan tapi berbeza dengan pelawak dan penyampai radio Ajak Shiro dan isterinya Afifah Amin.
Berkenalan sejak 20 tahun lalu ketika di tingkatan 1, ternyata cinta zaman sekolah itu terus kekal hingga ke jenjang pelamin malah sudah menjangkau 9 tahun hidup bersama sebagai suami isteri. Inilah yang membuatkan netizen berasa kagum.
Ads
Semua itu dikongsi oleh Ajak dalam satu posting di instagram yang dibuat sempena ulangtahun perkahwinannya bersama isteri tercinta minggu lalu.
“Korang nak tengok x? Awek yang aku adjust time form 1 sekarang dah beranak 3 dah. Tapi badan sama je macam dak form 1. Nampak tu nama muji. Ni ade sikit gambar dari form 1 sampai skrg.Alhamdulillah syukur Ya Allah. Happy anniversary love @afifahamin,” tulis Ajak.
Dalam pada itu Ajak turut berkongsi sekali curahan hati isterinya Afifah di instagram sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.
Ads
Cinta Agong… Dengar indah Sememangnya memang indah. tapi tak semudah dikata. Perlu kekuatan ikatan yang sangat kuat tersimpul mati.. Terima kasih kerana menjadi kapten kapal yang sentiasa membina kapal menjadi semakin besar untuk keselesaan anak-anak kapal dan mencipta layar yang semakin lebar supaya tidak gentar melawan ombak. Walaupun,ribut melanda sampai kita terlambung dalam dek kapal,
Alhamdullilah.. badai tak dapat buat kita jatuh ke laut lemas.. Terima kasih sayang, untuk segalanya.. walaupun pelayaran kita baru genap 9 tahun hari ini tetapi pengenalan sejak 20 tahun lalu buat kita sangat akrab seperti kawan, bergaduh seperti abang dan adik, menangis bersama seperti baby dan bercinta berkasih sayang sebagai suami isteri
Semoga Allah jodohkan kita bersama berdua selamanya hingga ke syurgaNya.. Terima kasih Ya Allah kerana Kau takdirkan kami hidup berdua bersama dengan 3 hasil kasih sayang kami Jad Thaqif, Had Thaqif dan Nada Soffea. Semoga takdir Mu yang indah ini Ya Allah berkekalan selama-lamanya.. Aminnnn @afifahamin @jadthaqiffc @hadthaqiffc @nadasoffea_fc
Sama-sama kita doakan agar pasangan ini bahagia dan jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat.
Menghidap kanser payudara tahap 4 sejak 2015 bukanlah menanda aras untuk dia kalah dengan ujian yang Allah sudah tentukan buatnya. Malah dia dengan penuh positif menganggap ujian ini sebagai satu rahmat yang tiada pada orang lain. Begitulah kuatnya semangat wanita berusia 34 tahun ini, Aimi Yusoff.
Umum mengetahui, tahap 4 adalah tahap terakhir bagi kanser. Tiada lagi tahap yang lebih teruk selepas itu. Justeru, apabila disahkan menghidap kanser tahap terakhir seperti itu, ramai individu yang beranggapan itulah pengakhiran sebuah kehidupan. Namun tidak bagi Aimi. Ibu kepada 3 anak lelaki ini menganggap kanser yang dihidapinya adalah sebuah rahmat.
Aimi bersama suami dan 3 anaknya.
“Jika dulu saya dan suami menjalani kehidupan biasa-biasa, namun selepas saya disahkan ada kanser, hubungan kami sangat rapat. Begitu juga dengan anak-anak. Kami jadi lebih menghargai momen perhubungan kami dan menikmati setiap detik dalam hidup secara bermanfaat. Saya juga menghargai hubungan dengan kawan-kawan. Ada yang datang dari jauh untuk bertemu dengan saya. Jika bukan kerana kanser, mungkin sampai bila-bila saya tak jumpa diorang,” cerita Aimi.
Meski cukup positif melalui hari mendatang namun kata Aimi sel kansernya sudah merebak ke tulang belakang, tulang pinggul dan paru-paru. Malah pada usia 30an dia sudah pun menopaus. Oleh itu dia perlu datang ke hospital setiap bulan untuk mendapatkan suntikan hormon.
Aimi ketika ini masih dalam rawatan kemoterapi yang bertujuan membunuh sel-sel kanser, namun katanya sering kali sesi ini dimomokkan dengan rasa sakit. Akhirnya ramai pesakit kanser rasa takut untuk melalui rawatan tersebut.
“Sebenarnya kemoterapi taklah seteruk yang diceritakan. Yang perlu diberi perhatian ialah kesan daripada kemoterapi itu sendiri. Tapi kesan itu pun berbeza ikut diri seseorang. Macam saya sendiri, setiap cycle tu kesannya berbeza. Misalnya, cycle pertama saya kena gastrik, cycle kedua saya sakit kepala, cycle ketiga saya cirit-birit. Kesan umum daripada kemoterapi ialah kepala jadi botak dan segala bulu yang ada pada tubuh akan gugur, misalnya kening.”
Tidak dinafikan, Aimi pernah juga berasa putus asa setiap kali perlu melalui rawatan demi rawatan untuk memastikan dia terus sihat. Jika perasaan itu wujud, Aimi akan menggunakan rawatan alternatif untuk menenangkan jiwanya. Selalunya Aimi akan gunakan minyak terapi untuk disapu pada tubuhnya demi mendapatkan ketenangan, perbaiki mood dan rilekskan minda. Setiap kali selesai kemoterapi, Aimi pastikan dirinya mendapat rehat yang cukup.
Mengikut statistik perubatan, pesakit kanser tahap 4 dijangka mempunyai jangka hayat kurang daripada lima tahun. Frust dengan statistik itu? Bagi Aimi itu hanyalah sekadar nombor.
“Kenapa saya perlu biarkan fakta itu mengganggu kehidupan saya. Saya tak nak fikir benda yang tak perlu. Walaupun saya perlu lupakan minat saya, tapi secara positif saya boleh buat banyak lagi aktiviti yang sesuai dengan kesihatan saya.”
Menurut Aimi, agak menyedihkan apabila dia terpaksa melupakan minat terhadap sukan lasak kerana kesihatan tidak mengizinkan. Namun kata Aimi untuk apa dia terus bersedih. Sebaliknya dia positif dan fokus pada benda lain yang dia boleh buat.
“Saya manfaatkan banyak masa dengan anak-anak. Saya tak nak fikir pasal sakit. Anak memang tahu saya sakit. Saya terangkan kalau saya dalam bilik, sedang sakit, jangan ganggu. Mereka boleh faham.”
Walaupun kanser payudara lebih dikaitkan dengan penyakit wanita, namun kesedaran mengenai penyakit ini bukanlah terhad pada wanita sahaja. Ini kerana lelaki juga perlu tingkatkan kesedaran mengenai penyakit ini. Perlu!
Aimi aktif memberikan perkongsian di majlis ilmu dan sesi sharing berkenaan kanser kepada orang ramai. Terbaru Aimi adalah salah seorang panel yang berkongsi kisah kanser dihidapi di Malayian International Sport & Fitness Fair 2018 (MisFit) bersama Vanilla Kismis.
“Orang lelaki perlu peka dengan kanser payudara. Jika anda sayangkan orang sekeliling anda, anda perlu ingatkan pasangan atau adik beradik perempuan anda untuk pergi buat pemeriksaan secara berkala. Jika suami pula, sila peka dengan sebarang perubahan bentuk pada payudara pasangan.” pesan Aimi.
Kesedaran kaum lelaki sangat perlu kerana ada kala wanita takut untuk pergi buat pemeriksaan. Jika ada sokongan daripada lelaki yang terdekat dengannya, maka ianya akan menjadi lebih mudah.
Tiada perkara lain yang menjadi impian Aimi selain mengharapkan keajaiban daripada Allah agar dia sembuh dan bebas kanser. Malah setiap malam, sebelum tidur dia selalu terfikir masih adakah hari esoknya untuknya. Untuk itu, Aimi selalu bersolat sebelum tidur. Selepas solat, dia akan terus pejamkan mata dan tidur.
“Saya akan shut down semuanya selepas solat malam. Saya elakkan fikiran menerawang mengenang nasib kerana jika saya buat begitu, lebih macam-macam akan datang dalam fikiran. Saya berdoa supaya Allah panjangkan umur saya kerana ingin saya nikmati hidup bahagia dengan suami dan anak-anak.”
1) Berwuduk
2) Perbanyakkan solat
3) Berbincang jika ada masalah
4) Elak pendam perasaan
Kaum wanita yang selalu kat dapur memang ada banyak wishlist barangan untuk membantu kurangkan kerja.
Salah satunya adalah mesin basuh pinggan. Iyalah kalau rumah ada ramai penghuni dan suka makan letih juga nak membasuh pinggan. Jadi solusinya alat inilah.
Tapi kalau dalam persimpangan dilema untuk membeli dishwasher, boleh baca dulu review dari Puan Liyana Nazli ini. Dikongsi oleh hampir 14k, ternyata memang ramai berhajat nak membeli.
Menunaikan janji nak review dishwasher. So macam mana pengalaman dah beberapa minggu guna dishwasher ni? Letsssgoo!
Sebenarnya dah lama dah seriously nak beli dishwasher. Sebab rumah ni memang dapurnya berasap 2-3 kali sehari, jadi memang banyak spend masa di dapur. Dah masak kena kemaskan dan basuh pinggan pulak. Alangkah best kalau ada yang tolong basuhkan (tanpa disuruh!).
Dah survey dari tahun lepas, tapi masa tu tak banyak pilihan sangat dalam pasaran Malaysia. Kami aim yang table top sebab senang nak manage. Tak perlu terbongkok-bongkok nak isi dan ambil pinggan.
Pilihan yang ada masa tu Panasonic NP-TR8HQMY harga RM2.5k++ tapi saiz kecil. Next yang besar sikit ialah Bosch tapi mahal sangat pulak sampai RM3k++. Terpaksalah lupakan sekejap. Tapi tahun ni macam perlu juga sebab PKP ni memang tak larat nak urus rumah, PDPR anak-anak, kerja, belajar arghhh!
Terbaca review brand Toshiba ni. Tahun lepas model ni tak ada lagi dalam pasaran Malaysia. Cakap jelah semula kat husband isi hati kita ni kan, manalah tahu ada rezeki. Dia buat muka tak layan je.
Rupanya diam-diam dia pergi ukur bagai dimension dia. Suatu hari kita balik rumah tetiba ada kotak besor tengah-tengah dapur. Dishwasher yeay! Dia kata dia beli tanpa modal. Side income tepi-tepi dialah agaknya.
Harga jauhhh lagi murah daripada jenama yang lain RM1.1k sajaaa. Jadi dishwasher ni bukanlah luxury items untuk yang memerlukan.
Tapi tak terus pasang sebab nak kena manage piping dia. Yang ni kami memang panggil tukang untuk buatkan sebab nak kemas. Kalau buat sendiri susah juga sebenarnya. Dia kena ada saluran untuk air masuk dan keluar.
Sama macam mesin basuh ya. Air keluar tu kami alur kat lubang sinki saja.
Saiz dia alhamdulillah puas hati memang sis sumbat saja segala apa yang muat. Pinggan, cawan, periuk, pans, sudu, semualah.
Kat rumah ni mesin ni berjalan 2 kali sehari. Batch sarapan dan makan tengah hari satu cycle, batch minum petang dan makan malam satu cycle. Dia ada 9 mode bergantung kepada jenis kotoran yang kita nak bersihkan tu.
Heavily soiled dishes guna mode Hygiene. Dia akan panaskan air kepada 70C selama 160 minit. Yang ni hasil memang tip toplah! Tapi sis selalu guna option Eco je. Yang tu pun insyaAllah bersih dah pinggan. Tapi 185 minit gaklah dia nak menyental.
Dan beberapa options lain yang lebih cepat siap basuh. Bergantung kepada kadar kekotoran dan seberapa urgent kita nak guna pinggan! Sabun guna sabun khas. Beli online je pun.
Kami guna jenama Finish 1 kg. Sekali guna tak banyak pun. Insya-Allah jimat. Beli sekali dengan Rinse Aid dia utk hasil pinggan yang berkilau. Tapi tak guna pun takpe Rinse Aid ni.
Tapi bila guna dishwasher ni yang penting kena susun pinggan tu elok-elok bagi bahagian yang kita nak cuci tu tak tercover dengan pinggan lain dan tak menadah air. Kalau salah susun memang tak bersih juga. Susun pun berseni hahah kasi muat semua.
Kelebihan guna dishwasher ni ialah penjimatan air berbanding kita basuh secara manual. Sekali pusing kos elektrik dia dalam 15 – 30 sen hasil pengiraan jurutera elektrik kat rumah ni. Haha! Dan of course, jimat masa dan tenaga. Masa yang lebih tu boleh buat benda lain yang lebih productive lagi insyaAllah.
Disertakan gambar-gambar bukti sebelum dan selepas untuk membantu para suri rumah tangga menghasut suami masing-masing.
Kita dah reviewkan siap-siap mana murah nak beli dan sampai terus depan pintu rumah. Ni linknya ya.
Rasanya ramai kalangan kita maklum kaum wanita Pantai Timur memang suka berniaga. Pergilah ke pasar-pasar di negeri Cik Siti Wan Kembang ini rata-rata merekalah yang berjualan.
Malah ramai juga ‘mek-mek Kelate’ ini menjadi usahawan berjaya serta terkenal. Namun hebat macam mana pun wanita di negeri ini dalam bisnes, ia belum tentu dapat menjamin kehidupan selesa bila memasuki usia emas.
Sebabnya kita tak mampu menjangka apa yang berlaku pada masa depan. Hari ini mungkin berniaga laris, esok lusa keadaannya kita tak tahu.
Tapi kalau wanita Pantai Timur ini celik ilmu kewangan insya-Allah bila memasuki usia emas kehidupan terus selesa dan tenang. Nah! Ini ilmu kewangan yang perlu dipraktik khas untuk peniaga wanita di sana!
Jika berhasrat bersara tenang kenalah ada persediaan awal. Paling utama kena buat tabungan. Untung berniaga perlu diasingkan khusus untuk tabungan hari tua. Walaupun sedikit kena ada!
Ikut kajian wanita lebih cenderung mengalami masalah kesihatan pada 10 tahun terakhir kehidupan mereka. Lebih menakutkan menurut satu laporan akhbar, di Kelantan saja lebih separuh daripada rakyatnya yang berusia 18 tahun ke atas menghadapi masalah berat badan dan obesiti.
Seperti yang kita maklum masalah obesiti ini boleh membawa kepada penyakit kritikal iaitu jantung, darah tinggi, kencing manis malah strok.
Tabungan inilah yang akan kita gunakan jika terpaksa bersara awal dek kerana penyakit ini. Salah satu cara menabung untuk persaraan yang paling berkesan adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Di samping menyimpan di KWSP untuk hari tua, wajib juga buat simpanan jangka masa pendek. Setiap bulan simpan sejumlah wang untuk menghadapi waktu-waktu kecemasan yang tidak kita jangka contohnya kemalangan ataupun masalah keluarga. Simpanan begini boleh saja di buat di mana-mana bank.
Salah satu kesilapan usahawan wanita adalah bila bisnes untung banyak maka banyak juga perbelanjaan untuk perkara yang tak sepatutnya. Kawal nafsu untuk membeli belah walaupun kita mampu ketika itu. Bukan bermakna tidak boleh berbelanja tapi berpada-padalah, berbelanjalah pada perkara yang perlu saja.
Walau sekecil mana pun perniagaan yang diusahakan mereka hatta jual tudung di pasar malam sekali pun, peniaga wanita perlu rancang strategi kewangan.
Asingkan antara perbelanjaan peribadi dan bisnes, rekod semua perbelanjaan dan juga jualan yang dibuat supaya kewangan sistematik. Kalau ada pekerja sisihkan juga untuk caruman mereka di KWSP. Jangan ingat senang kita di hari tua saja!
Ketika memulakan bisnes ramai yang membuat pinjaman dengan institusi perbankan sebagai modal atau boleh jadi untuk kembangkan perniagaan. Apa pun tujuannya rancang dan telitikan strategi pembayaran.
Pastikan pinjaman itu selesai dibayar sebelum memasuki usia persaraan supaya dapatlah kita menghabiskan usia emas dengan tenang, bukan masih bertungkus lumus mencari jalan membayar hutang.
Peniaga wanita Kelantan ini bukan saja usahawan rata-ratanya juga adalah ibu dan isteri yang mempunyai keluarga untuk dijaga.
Ahli keluarga banyak bergantung pada kita, lantaran itu kesihatan diri perlu dititik berat. Walaupun sibuk berniaga sentiasa jaga pemakanan. Ambil makanan kurang lemak dan luangkanlah masa bersenam.
Ramai yang terlupa bab ini. Simpanan di KWSP ada banyak begitu juga di bank tapi lupa untuk membuat penamaan atau hibah. Supaya tak berlaku konflik kemudian hari antara ahli keluarga tentang simpanan ini eloklah segerakan perkara urusan ini.
Ramai wanita terutama mak-mak yang menyasarkan untuk berhenti berniaga atau pun bekerja bila usia dah tua. Nak relaks katanya.
Tapi kalau anak sudah dewasa, kesihatan mengizinkan, badan pun masih bertenaga tak salah untuk meneruskannya. Sekurang-kurangnya pendapatan terus terjamin pada usia tua.
Apa yang disenaraikan di atas sebenarnya hanyalah sebahagian daripada ilmu kewangan yang wajib diketahui oleh para peniaga-peniaga wanita di Pantai Timur.
Jika dahagakan lebih banyak ilmu silakan hadir di Kempen Celik Kewangan KWSP Pantai Timur yang akan berlangsung 22 September 2018 di Kota Baharu dan 29 September 2018 di Kuala Terengganu.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...