Itu Pun Nampak Pusat Adam, Dr Sheikh Muszaphar Akui Sukar Dapat Syot Terbaik Gambar Anak

Share

 

Mengambil gambar anak yang masih kecil, memang satu cabaran. Hendak dapatkan pose terbaik boleh makan masa lama. Lagi-lagi nak dapatkan anak pandang kamera. Apatah lagi jika bukan seorang, tapi empat orang anak.

Hal ini diakui oleh Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor apabila beliau memuat naik gambar empat orang anaknya di instagram.

20 minit nak dapat gambar cantik

Menurut Angkasawan ini, mengambil gambar anak-anak adalah satu cabaran untuk mendapatkan gambar yang sempurna. Nak mengumpulkan empat anak yang aktif untuk berposing depan kamera.

Akhirnya, setelah 20 minit bergambar, dapatlah gambar yang diidamkan.

Tu pun nampak pusat Adam

Pun begitu, gambar yang dirasakan sempurna itu sebenarnya masih ada kekurangan kerana nampak pusat Adam. Namun sudah cukup sempurna kerana sekurang-kurangnya keempat-empat cahaya mata comel ini semuanya pandang kamera.

Pic – My Angels …
Its challenging to get the perfect picture when you gather 4 active kids for a pose .
This shot itself took me 20 minutes to get it right – tu pun nampak pusat Adam . Haha
It’s the best for today … at least all 4 are looking at the camera .
Good Afternoon Everyone …
Love As Always … ?

VK pun rasa sangatlah mencabar nak dapat gambar anak yang kita rasa puas hati.

Sumber: Dr Sheikh Muszaphar

IKLAN