Izinkan Suami Beli Harley Davidson, Kali Ini Mila Terima Hadiah Mercedez Daripada Suami. Pandai Beli Jiwa Ya…

Share

 

 

Wow sangat. Itulah yang boleh dikatakan mengenai hadiah yang diterima oleh penyanyi, Mila Jirin. Dia menerima hadiah sebuah kereta mewah Mercedes S400 L AMG daripada suaminya. Hadiah ini bukanlah untuk meraikan hari istimewa. Sebaliknya sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang.

Melalui instagram, Mila memuat naik perbualannya dengan suami melalui aplikasi WhatsApp. Suami merangkap pengurus bagi Mila, Isz Mustapha telah menghantar gambar kereta mewah itu dengan kapsyen ‘A gift for you’. Mila pula membalasnya dengan begitu sweet iaitu suami dan anak ialah hadiah paling istimewa buatnya.

 

Pun begitu, pada bulan Jun lalu, Isz telah memuat naik gambar mereka sekeluarga di show room motosikal mewah Harley Davidson. Melalui gambar itu, Isz menulis kapsyen “Tq my love @mila_jirin for approval.” Mungkin hadiah kereta itu sebagai tanda terima kasih kerana Mila telah mengizinkan Isz membeli motosikal tersebut.

Kalau betul, pandai beli jiwa, kan?

 

Sumber: Mila Jirin & Isz Mustapha

IKLAN