Bila wajah tumbuh jerawat, kita semua mula tercari-cari produk untuk selesaikan masalah kulit. Tapi tak pernah terlintas kat fikiran kita untuk guna balik produk lama yang mak dan nenek kita guna sebagai penyelesaian.

Kita sanggup ambil produk yang mahal sebab rasa itulah yang akan berkesan. Hmmm tapi sebenarnya tak juga. Cuba lihat cara Marina Saringat ini.

Bila kulitnya bermasalah, tumbuh jerawat bedak nyonya inilah yang dicari. Jerawat pula jenis yang kecil dan banyak sampai buat kulit macam menggerutu.

Tapi lepas penat cari soluso dia nekad pakai bedak ini dan ternyata berkesan untuk rawat masalah kulitnya. Macam mana dia buat? Boleh ikut cara Marina.

Tip kurangkan pertumbuhan jerawat yang suka tumbuh tanpa rela!

Kita suka pandang rendah bila tunjuk produk lama. Kadang-kadang yang baru ada kerana manfaat dan kebaikkan daripada produk yang lama.

Bila cakap bedak Samfong a.k.a bedak batu ataupun bedak nyonya memang nostalgik giler kan. Yelah, nilah bedak opah opah kita and ibu ibu kita. Memang lejen sangat. Kalau tengok kulit opah atau nenek kita. Awet mudakan? Gebu kan? Jelita dengan tersendiri kan?

IKLAN

Ha… rahsianya bedak inilah!

2 minggu berturut sebenarnya kulit ari tumbuh jerawat. Memang jerawat is biasa. Tapi ni jerawat kecil kecil yang menggerutu. Makin tumbuh tumbuh dan tumbuh. Aduuhh mak aiii, sakit. Asalnya sebab berpeluh dimuka, muka jadi gatal gatal dan menyakitkan

Cari punya cari solusi, ari nekad. Terai bedak nyonya ni. Yess, bedak nyonya ni ari pakai as mask dan juga tak lupa tips sebelum ni tepung dan limau. Memang kerap dan rajin buat dua tips ni.

Alhamdulillahh, getting better. Plussss, kulit jadi makin pelolesss. Heyyyy, rasa nk lompat bintang tau bila skin dah sihat and paling best jerawat makin malu nak tumbuh! Hihih

Okeyyhh tak nak banyak cerita. Ari nak share tips mudah nih!

Cara-cara:

1. 1/2 sudu kecil bedak Nyonya

IKLAN

2. Sedikit air suam (pastikan dalam keadaan suam sedikit ye)

3. Campurkan dengan bedak nyonya. Pastikan tesktur tak terlalu cair untuk disapukan pada kulit. (Bau makin harummmm tau tenang je, hilang stress).

Jangan Pandang Rendah Produk Lama, Wanita Ini Kongsi Rahsia Kulit Flawless Guna Bedak Nyonya

4. Sapukan pada kulit. Pastikan muka dibersihkan terlebih dahulu.

5. Tunggu kering dalam 15 minit atau semalaman.

IKLAN

6. Cuci dan rasakan perbezaan!

Amalkan setiap hari, kalau busy dan malas bebeno, 3 kali seminggu secara bergilir.

Bagi yang ada masalah jerawat dan buntu cara jalan penyelesaian boleh cuba cara ni ya. Senang dan jimat juga.

Selain itu:  Elak Bakar, Alternatif Kurangkan Risiko Perokok. Ini Fakta Yang Perlu Diketahui

 

Sumber: Marina Saringat

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI