Kaedah Susun Jadual Paling Mudah. Cuma Guna Fail, Anak Darjah Satu Pun Boleh Buat Sendiri!

336

 

Bagi ibu bapa yang ada anak masuk darjah satu, masuk sesi persekolahan ini memang agak sibuk. Banyak perkara perlu diatur dan diajar pada anak tentang rutin persekolahan.

Salah satunya adalah cara untuk menyusun jadual waktu kelas. Biasanya untuk anak darjah satu ibu bapalah yang perlu melakukannya supaya tiada buku yang tertinggal.

Nampak mudah tapi sebenarnya remeh dan setiap malam kita perlu melakukannya.
Namun melalui perkongsian Syikin Zahir ada cara yang cukup mudah melakukan rutin ini. Malah anak yang darjah satu pun boleh buat sendiri tanpa ada buku yang tertinggal.

1. Guna kaedah simpan buku dalam fail macam ni!

Caranya adalah dengan menyimpan semua buku ikut mata pelajaran dalam fail khusus. Apa yang perlu dilakukan cuma beli fail ini dalam kuantiti ikut mata pelajaran anak dan labelkan.

Ha inilah fail yang dimaksudkan, yang ini harganya RM 1.50 saiz A4. Boleh cari yang warna warni.

2. Satu subjek satu fail

Satu subjek satu fail, dan pastikan semua buku diletakkan dalam fail ini. Kalau anak ramai, label juga ikut nama. Bimbang tertukar.

3. Tengok jadual, tarik fail

Bila nak menyusun buku, cuma lihat jadual dan tarik fail. Insya-Allah tiada buku yang tertinggal.  Mudahkan, anak darjah satu pun confirm boleh buat.

Kaedah ini juga pantas. Satu lagi kelebihan berbanding guna stiker, tiada masalah kalau jadual waktu kelas bertukar walaupun banyak kali.

Selamat mencuba!

Sumber: Syikin Zahir

 

 

Tinggalkan Komen