Meskipun cuaca di negara kita selalu panas, tapi tak semua kediaman mempunyai pendingin hawa. Alat ini bukan saja agak mahal tapi bil elektrik juga akan meningkat bila menggunakannya.
Sebab itulah ramai yang sanggup bertahan saja walaupun keadaan rumah bahang. Kadang kala panasnya sampai ke malam hari hingga tidur pun sukar kerana hangat dan berpeluh.
Bagi mengatasi masalah bahang untuk kediaman yang tiada pendingin hawa anda boleh melakukan perkara berikut untuk mengurangkan rasa panas dalam rumah.
Buat ais dalam pastik atau bekas, letak dalam besen. Letak di tengah bilik betul-betul bawah kipas. Jika menggunakan kipas berdiri, letak besen berisi ais ini depan kipas.
Angin yang terkena ais akan lebih sejuk sekali gus mengurangkan kepanasan dalam bilik. Cubalah, ais ketul kan ada jer kat rumah.
Kenapa bilik air sejuk, inilah sebabnya. Dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air.
Jadi kita buat perkara yang sama di dalam bilik atau ruang rumah yang lain tapi jangan pula siram air di lantai rumah. Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Letak lebih, bukan sebesen ya!
Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi.
Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
Bila cuaca panas, hari malam bilik akan rasa bilik rasa berkuap atau bahang. Angin kipas dalam bilik pun rasa panas kerana sebab udara panas hanya berlegar dalam bilik dan tak keluar.
Pasang kipas laju pun keadaannya sama saja, malah makin bahang. Untuk kurangkan udara panas dalam bilik ini boleh gunakan kipas berdiri.
Pasang kipas dan halakan ke arah luar tingkap seketika. Tujuannya supaya udara panas dapat ditolak keluar.
Disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba.
Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik. Selain itu padamkan juga lampu pada ruang yang tidak digunakan.
Selain memberi kesan segar dalam rumah ia ada beberapa jenis tanaman yang membantu menyejukkan ruang.
Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya. Oksigen dari pokok membantu menyejukkan rumah juga.
Beli pelembap udara atau ‘humidifier’. Ia tidaklah semahal ‘air-cond’ dan boleh digunakan untuk membantu menambah kelembapan udara dengan titisan-titisan wap airnya.
Selain melembapkan udara ia juga mewangikan ruang memberi kesan nyawa dan segar.
Untuk mengelakkan anda tidur dalam kegelisahan kerana kepanasan, tukarkan cadar atau alas tilam anda kepada fabrik yang lebih sejuk seperti cotton.
Ketika cuaca panas, sebolehnya tutup tingkap rumah dengan langsir untuk mengurangkan cahaya berlebihan masuk dan menambahkan suasana kepanasan di dalam rumah.
Haba panas akan naik ke atas, oleh itu bila terasa bahang waktu malam angkat tilam atau ‘toto’ dan letakkan di bahagian lantai kerana udara bahagian bawah lebih sejuk. Suasana di tingkat bawah rumah juga selalunya kurang panas berbanding tingkat atas.
Bila ada lebih dari seorang anak yang sekolah pening juga nak uruskan PdPR mereka. Terutama untuk anak sekolah rendah, yang perlu kita perhati dan perlu dibantu.
Bagi memudahkan para ibu terutamanya mungkin boleh gunakan idea daripada Hazlina Harumaini. Beliau menyatukan anak di meja makan untuk sesi belajar online namun untuk memastikan anak fokus dia meletakkan partition! Sekali pandang macam di ruang pejabat atau cyber cafe.
Menariknya ibu yang WFH juga boleh duduk sekali. Senang untuk pantau sambil buat kerja.
Ini cara saya buat station online anak-anak. Sebab semua nak berkumpul dekat-dekat terpaksalah guna dining table untuk kegunaan empat orang. Mama pun senang nak pantau anak-anak sambil WFH. Nampak lebih fokus cara macam ini.
Barang untuk partition boleh beli di kedai Eco Magic Cube. Harga cuma RM2.10 sekeping, dan didatangkan dengan connector untuk sambung dan lock supaya tak bergerak.
Boleh juga beli secara online di Shopee. Klik SINI untuk beli.
Selalu makan capati kat kedai mamak kan, sebab nak buat menu ni kena ada tepung khas iaitu tepung attar.
Tapi sebenarnya nak buat sendiri capati tanpa tepung attar pun boleh. Guna tepung gandum, dan rasanya lagi menarik kombinasi capati dan roti canai. Capati tepung gandum ini yang pasti tetap sedap untuk cicah dengan kuah kari, dhal atau sambal.
Capati gandum buat kali kedua, rasanya sedap 2 dalam 1 roti canai + capati . Cubalah, mudah dan menyihatkan sebab tak guna minyak. Anak-anak makan 2-3 keping sorang cicah susu atau gula , makan dengan sambal bilis pun padu. Bahannya pun ringkas saja.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin Pelangi
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air panas mendidih
Tepung untuk dusting
Cara membuat:
1. Satukan tepung gandum, marjerin dan garam.
2. Masukkan air panas mendidih dan kacau guna senduk. Kemudian uli jadi doh , canaikan sambil tabur dan sapu tepung gandum supaya tak melekat .
3. Goreng atas kuali nonstick tanpa minyak. Bila naik gelembung baru terbalikkan. Siap
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...