Kagum Lihat Cara Wanita Ini Atur & Simpan Stok Lauk Mentah. Tahan 3 Minggu & Jimat Masa Memasak

12301

 

Bulan puasa nanti mak-mak terutama yang bekerja mesti kalut nak sediakan makanan berbuka dan bersahur.

Segalanya nak cepat waktu ini. Bagi menjimatkan masa memasak kita boleh ikut cara simpan dan penyediaan stok bahan mentah yang dipraktikkan oleh Naeamah Balqis ini.

Simpan lauk cara saya

Selesai stok lauk dan bahan mentah bulan April 2019 untuk 3 minggu. Betul penat awalnya tapi insya-Allah senang kemudiannya. Bila dah ada semua balik lambat macam mana pun insya-Allah akan rajin masuk dapur walau masak biasa jer. Sebab tu hakak rilek jer walau keluar gelap balik gelap.

Masukkan lauk dalam satu bekas untuk sekali masak. Masukkan air sampai menutupi lauk tadi. Simpan kat tempat beku. Letak air untuk apa? Untuk kekalkan kesegaran lauk td. Untuk orang yang ckp manis udang akan hilang bila letak air simpan lama terpulang. Kita raikan pendapat.

Lauk yang saya letak air – Udang + sotong + ikan + ayam…semua bersihkan siap-siap. Simpan lauk yang dah bersih

Daging + tulang – simpan mcm biasa…jangan letak air. Bila nak masak keluarkan alirkan bawah air paip. Kalau udang + sotong sekejap jer cair. Ayam amik masa sikit. Takder masalah nak cairkan ais tu, uolss kalau nak masak pagi esok malam tu boleh letak kat chiller ramai orang buat mcm tu kan.

Cara simpan sayur

– Halia + lengkuas + serai + kunyit letak dalam bekas dan masukkan air sampai menutupi sayuran tersebut.
– Cili hijau + limau + bawang putih + bawang merah + daun sup + kacang panjang + cili merah + carrot + timun + petai + kobis + sawi jepun + bunga kobis + brokoli, letak tisu kering kat bahagian bawah untuk serap air yang akan menitis kat dlm bekas tersebut.

Sayur akan tahan lama. InsyaAllah. Cuma sawi jepun + kobis tak tahan lama. Seminggu ok lagi, selepas tu sawi akan lembik dan kobis akan hitam dekat tepi. Sebab tu lah sayur berdaun saya tak beli banyak sekaligus cukup untuk seminggu.

Bajet

Saya letakkan sekali bajet untuk bulan ni sebab nanti ada yang tanya berapa bajet untuk bahan2 mentah ni..

Udang – Rm 25.00 (1.474 kg)
Sotong – Rm 66.00 (3.304 kg)
Ikan Tenggiri – Rm 47.00 (2.136 kg)
Ayam – Rm13.00 (sekor)
Ayam pencen – Rm 20.00 (2 ekor)
Ikan lolong – Rm13.00
isi udang – rm12

Jumlah = Rm196.00 (Lauk)

RM 47.00 (sayur – cili hijau + cili api merah + ubi kentang + kobis unggu + serai + tomato + kacang panjang + daun ketumbar + halia + lobak + pak choy + cili benggala + + terung + salad + bawang merah + bawang putih).

Bajet bergantung kepada keperluan individu. Saya bertiga, adakalanya akan lebih juga sikit bajet tu. Contoh kalau saya nak buat nasi ayam, saya akan beli ayam lain sbb ayam yang ada tak sesuai untuk buat nasi ayam..ayam dipotong kecik.

Mudahkan mak-mak yang bekerja

Saya bukan nak tunjuk bajet saya. Saya nak tunjuk cara saya simpan lauk untuk mudahkan untuk kita mak-mak ni masak dan juga cara simpan sayur-sayur untuk tahan lama terutama mak-mak berkerjaya keluar pepagi hari dan hampir nak malam baru balik mcm saya.

Jangan ckp peti besar boleh la buat mcm ni. Saya dah kahwin 15 tahun, baru kawin dulu peti kecik jer tp saya buat mcm ni jugak..saya letak dlm plastik, cuma tak letak air la bila letak dlm plastik. Cuma rasa kering sikit lauk tu berbanding yang letak air mcm sekarang…tp ok sangat lagi dari tak buat apa-apa kan.

P/S: Bekas pink tu saya beli yang murah saja.

Sumber: Naeamah Balqis

Artikel berkait: Cara Betul Simpan Daun Bawang, Sup dan Kucai Supaya Tahan Lama