Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Vanilla Kismis kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat Kalau Nak Cantik & Langsing, Wanita Kena Tidur Sebelum 11 Malam!

Kalau Nak Cantik & Langsing, Wanita Kena Tidur Sebelum 11 Malam!

Jika azam korang tahun depan untuk memiliki tubuh yang kurus langsing dan kulit sihat berseri maka sebaiknya biasakan diri ikut waktu tidur yang disarankan ini.

Bagi yang ingin tampil jelita dicadangkan masuk tidur sebelum jam 11 malam.

Ini kerana mereka yang tidur lewat lebih dari jam 11 malam hingga tiga pagi cenderung makan kudap-kudapan berlemak selain minuman manis.

Amalan ini boleh memberi kesan terhadap metabolisme tubuh yang mana mengganggu proses pelangsingan.

IKLAN

Menurut satu kajian terhadap 85,000 responden oleh produk Jawbone mereka yang tidur sebelum jam 11 malam lebih banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding merela yang tidur selepas jam 11 malam.

Selain mengganggu proses menguruskan badan, kebiasaan berjaga juga mempengaruhi keadaan kulit menjadikan ia kusam, mudah berjerawat dan kering.

IKLAN

Menurut Dr. Kirstin Aschbacher, pengkaji dari Jawbone, sekiranya seseorang menjadikan tidur sebelum jam 11 malam sebagai amalan selama setahun ia mampu menurunkan  berat badan sehingga tiga kilogram tanpa diet.

Sumber : The Hufftington Posts

IKLAN

 

 

Selain itu:  "Jika Anda Puji Saya Nampak Kurus Sekarang, Mereka Inilah Salah Satu Sebabnya' Siti Nurhaliza Dedah Insan Yang Banyak Bantunya Tampil Langsing Lepas Bersalin
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI