Kalau di rumah ada bercucuk tanam atau berkebun kita biasa berdepan masalah tanaman diserang semut, ulat beluncas, bena putih dan lalat buah.

Semua ini akan merosakkan sayur malah buah juga. Daripada guna bahan kimia untuk selesaikan masalah, lebih cuba cara semula jadi yang lebih selamat seperti yang dikongsi oleh Liyana Mohd Poad.

Dia menyelesaikan masalah serangan serangga perosak dengan cara membuat air semburan dari kulit bawang. Hasilnya dalam masa beberapa hari masalah serangan haiwan di atas akan selesai.

Cara membuat air semburan rendaman kulit bawang juga ada dikongsi.

IKLAN

DIY air kulit bawang untuk pokok sayur kena serangga perosak

Ini petua untuk elak elak semut, ulat beluncas, kutu thrip,bena putih dan lalat.Cara cara seperti di bawah. Selepas tiga hari guna, puas hati rasanya. Semut kecik dan semut hitam pun dah tiada.

1. Kupas kulit bawang merah dan bawang holland. Kulit bawang putih pun boleh. Kumpulkan semua kulit bawang dalam satu bekas.

Kalau Pokok Sayur Kena Masalah Ulat, Semut Sembur Saja Dengan Air Rendaman Kulit Bawang

IKLAN

2. Rendam kulit bawang ini seketika dalam beberapa minit.

Kalau Pokok Sayur Kena Masalah Ulat, Semut Sembur Saja Dengan Air Rendaman Kulit Bawang

3. Kemudian isi penuh air dalam bekas kulit bawang tadi dan tutup. Simpan dua hari di bawah singki dapur. Selepas dua hari, tapis airnya dan masukkan dalam botol 1.5L, contoh botol jus oren Twister. Kemudian tambah air paip supaya penuh.

IKLAN

Kalau Pokok Sayur Kena Masalah Ulat, Semut Sembur Saja Dengan Air Rendaman Kulit Bawang

Cara penggunaan

  • Masukkan dalam botol spray 500ml separuh dan tambah air.
  • Sembur pada pokok bermasalah setiap pagi dan petang selang sehari. InsyaAllah masalah tanaman akan berkurangan.

Selamat mencuba!

Sumber: Liyana Mohd Poad

Selain itu:  DIY Baiki Peti Ais Yang Tiba-Tiba Kurang Sejuk, Modal Cuma RM12
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI