Selalunya kuali lepas basuh dan kering kita letak bawah singki. Selain orang tak nampak, senang nak ambil bila nak masak.
Tapi mata tetap rimas kalau kuali ini tak tersusun meski pun letak dalam kabinet. Kalau rasa serabut, boleh gantung kuali ini ikut perkongsian Reezal Jelita ini. Modal cuma RM20 tapi hasilnya kuali tergantung kemas.
Guna drawer slide, modal RM20
Share sikit DIY tempat gantung kuali bawah kabinet singki. Modal dalam RM20 saja.
1. Drawer slide atau rail boleh beli kat Shopee sepasang dalam lebih kurang RM10 (link kalau nak beli SINI). Kayu boleh pakai apa-apa kayu yang sesuai.
2. Skru 2 bahagian ni.
3. Pasang hook screw, boleh beli kat Shoppe atau hardware.
Ads
4. Screw dulu 1 bahagian. Slider tu boleh cabut dulu 1 bahagian.
5. Pasang satu lagi bahagian slide.
Ads
Dah siap! Boleh slide keluar supaya boleh capai kuali yang belakang.
Kebanyakan kita waktu memasak tak pernah terfikir bahawa waktu letak garam pada masakan sama ada ketika awal memasak, selepas memasak atau perap masakan dengan garam ada kesan pada masakan.
Yang kita tahu akan ada rasa masin. Tapi sebenarnya ia memberi kesan rasa tersendiri kepada masakan. Ahli kimia Fatimah Salim menjelaskan perkara yang ramai tidak tahu selama ini.
Penambahan garam ke dalam masakan adalah TERPULANG ikut suka dan tujuan masing-masing. Ianya TIDAK akan berubah menjadi racun (kecuali lah sengaja diambil secara berlebihan).
Cuma ada beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai kesan garam dalam masakan.
Garam terdiri daripada kristal natrium klorida (NaCl). Dan rasa masin garam adalah disebabkan interaksi ion Na+ dengan reseptor masin pada lidah. Maksudnya garam apa pun yang anda guna, kemasinan adalah bergantung kepada jumlah ion natrium dalamnya.
Meletakkan garam pada bila-bila masa dalam masakan tidak akan mengubah kimianya. Ion natrium adalah sangat stabil dalam keadaannya. Kalaulah ianya berubah sifat, boleh meletup kuali anda.
Meletakkan garam pada awal masakan akan memberikan rasa masin yang sebati kerana keterlarutan dan cukup serapan dalam komponen masakan.
Meletakkan garam selepas (makanan tanpa air) akan buat rasa makanan lebih unik disebabkan sensasi rasa kristal garam yang larut dalam air liur.
Meletakkan garam awal dalam masakan berprotein (terutamanya daging lembu) akan membuatkan isinya menjadi keras kerana garam berupaya mengeluarkan air (aka jus) daripada isi daging. Namun apabila dimasak lebih lama, daging akan empuk semula dan akan memberikan rasa kuah yang lebih sebati.
Memerap daging dengan garam lebih daripada 40 minit akan membuatkan daging menjadi lebih empuk apabila dimasak. Ini kerana apabila diberikan masa yang cukup, garam membantu dalam melemahkan ikatan dalam protein daging.
Untuk memanggang daging tanpa perapan, letakkan garam hanya apabila daging hendak dimasak terus saja. Perapan kurang daripada 40 minit akan menyebabkan isi daging menjadi keras (seperti kes di atas).
Tomato ceri boleh jadi pokok yang boleh kita tanam di rumah. Tapi selalu terjadi cubaan menanam pokok ini tak berjaya hidup.
Kalau dah beberapa kali cuba masih gagal boleh ikut pula panduan yang dikongsi oleh Anim Hosnan ini
Tomato ceri antara tanaman yang boleh diusahakan sekitar rumah. Boleh ditanam dalam pasu, polibeg atau bekas terpakai perlu diisikan dengan media tanaman seperti tanah campuran atau cocopeat dengan diberikan sistem pengairan mini yag sesuai.
1.Cari benih tomato hibrid
Dapatkan benih tomato ceri daripada kedai pertanian dimana beli dari jenis tomato ceri hibrid yang ada jaminan kualiti. Cuba tanya kepada penjual benih varieti sesuai ditanam seperti varieti Sungold, Gula Matahari, Chadwick and Fox, Sweet Treats dan sebagainya.
Varieti Sungold adalah tomato ceri ini berasal dari Jepun yang akan mencapai saiz buah yang besar dan biasanya buah pertama yang menghasilkan buah oren. Rasanya lazat dan sangat manis dan ia mempunyai kulit agak retak.
Varieti Gula Matahari pula agak sangat mirip dengan Sungold akan tetapi kulitnya tidak retak dengan mudah dengan warnanya adalah oren ringan. Jenis Chadwick and Fox adalah jenis asli yang tumbuh sangat cepat dan mempunyai rasa berasid atau masam.
Jenis Sweet Treats berwarna merah jambu yang kuat dimana ia mempunyai rasa manis dan tahan terhadap banyak jenis penyakit tomato.
2.Kayu sokongan kena letak awal
Pokok tomato ceri tumbuh menjalar dimana diperlukan kayu sokongan yang dipasang awal kerana pertumbuhannya adalah cepat. Bahagian pucuk perlu dilatih membelit kayu pancang sehingga teguh.
Pastikan susunan pasu dalam jarak yang sesuai dengan mendapat cahaya matahari dan cukup litaran udaranya. Pastikan tanaman dalam pasu ini sentiasa diberikan air yang mencukupi dan selelu diperiksa daripada serangan perosak dan penyakit.
3. Baja seminggu sekali
Pembajaan tomato ceri ini boleh dilakukan sekali seminggu terdiri daripada baja kimia dan baja organik yang kaya dengan nutrien. Gunakan baja organik sekali seminggu dengan cara mencampurkannya dalam satu cm (centimeter) pertama permukaan tanah atas dalam pasu dengan menggunakan jari atau garpu plastik.
Baja butir NPK atau Baja Semburan Daun (Foliar fertilizer) juga boleh diberikan mengikut jadual. Biasanya nutrien dari baja organik lebih perlahan diserap pokok daripada baja kimia.
4.Kena cantas dahan berpenyakit
Cantasan atau ‘pruning’ dahak pokok tomato ceri perlu dilakukan daripada peringkat awal penanaman dengan melakukan cantasan pembentukkan dan cantasan pengurusan cabang.
Buang dahan yang terlalu besar, berpenyakit, mati atu kering dan pastikan sistem pengudaraan dalam keadaan optima. Sebaiknya menggunakan gunting pemangkasan kecil dan tajam untuk membuat cantasan.
Tanaman tomato ceri juga mudah diserang perosak dan penyakit. Antara ancaman yang sering di lihat adalah serangan kulat (fungi) dimana daun yang diserang akan menjadi kuning dan berbintik-bintik berpusar (antraknos) atau pun Layu Bakteria serta Penyakit Downy mildew.
Kawalan dilakukan dengan cara kimia dan juga cara lain yang disyorkan. Penggunaan racun kulat pada peringkat pertumbuhan vegetatif masih sesuai dilakukan.
Buan tomato juga terdedah kepada serangan lalat buah yang oleh dikawal dengan pelbagai cara. Elakkan daripada gunakan tapak tanaman yang sama berulang kali untuk kurangkan risiko serangan penyakit disebebkan oleh kulat.
5.Cara tuai buah tomato ceri
Lazimnya pokok tomato ceri akan dituai hasilnya selepas 6 – 8 minggu ditanam dimana jika menanam daripada biji benih memerlukan masa tambahan seminggu lagi.
Dilihat di mana bunga tomato ini akan berubah menjadi buah-buahan yang berwarna hijau kecil dan selepas beberapa minggu maka buah tomato ceri akan masak dan bersedia untuk dipetik. Sebaiknya penuaian dilakukan setiap hari (pokok banyak berhasil) dengan dipotong tangkai buah menggunakan gunting atau pisau tajam.
Tengok pokok mangga yang orang lain tanam berbuah lebat kita pun teringin tapi malangnya rumah tiada ruang pulak untuk bercucuk tanam.
Berita baiknya adalah tiada ruang pun tak mengapa sebab pokok mangga adalah antara pokok buah yang boleh ditanam dalam pot atau pasu.
Tapi sebelum teruja untuk menanamnya adalah penting untuk memilih anak benih mangga yang sesuai. Pastikan benih adalah seperti berikut;
1. Cari varieti mangga yang mudah berbuah seperti Mangga Chok Anan, Nam Dok Mai atau Mangga Epal. Mangga yang sederhana sesuai seperti varieti Alfonso dan Harumanis.
2. Jangan tanam biji benih dari bijinya yang dibeli dari pasar kerana kita tidak pasti varieti dan kualiti biji tersebut.
3. Tanam pokok mangga menggunakan benih yang ditut dari pokok yang telah dikenalpasti kualitinya dan buahnya. Kaedah ini akan lebih cepat berbuah dibanding yang berasal dari biji. Boleh beli di nurseri atau pusat pertanian.
Selain itu pemilihan pot atau pasu juga penting. Pastikan saiz pot atau pasu yang digunakan adalah saiz yang besar supaya sesuai dengan tinggi pokok.
Contoh jika pokok mangga mencapai ketinggian 1.5 meter maka pilih pot berdiameter 60cm.
Gunakan media tanah campuran dan baja organik. Pastikan pot ada lubang untuk membuang air berlebihan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...