Menghidap kanser pada usia muda, bulan calang-calang orang yang boleh menerima berita ini dengan tenang. Ada yang buat keputusan untuk terus menyendiri kerana tak boleh terima kenyataan. Dunia terasa terhenti dan di hadapannya hanya ada kematian.
Wanita bernama Murni Hafiza bt Mohd Zamri, 33 tahun disahkan ada kanser payudara pada usianya 25 tahun. Ketika itu, dia membuat pemeriksaan sendiri keadaan payudaranya dan mendapati ada ketulan pada payudara sebelah kanan.
Ads
Tak pergi hospital
“Bila dapat tahu saya ada kanser, saya macam tak percaya. Antara boleh terima kenyataan dan tak boleh terima kenyataan tu sama banyak. Bila doktor kata payudara saya nak kena buang, saya takut. Akhirnya dua tahun saya langsung tak pergi hospital,” cerita Murni.
Namun akhirnya apabila keadaan payudaranya semakin teruk sehingga keluar nanah, barulah dia akur dengan kenyataan dan pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Menurut Murni, ketika itu anaknya, Athirah Najwa baru berusia setahun lebih. Sebagai ibu sudah tentulah dia mahu melihat anak membesar dan menikmati kehidupan dengan bahagia. Atas dasar itulah dia tabahkan hati dan menyerah diri kepada hospital.
Sakitnya kemoterapi
Demi membunuh sel-sel kanser, seseorang pesakit kanser itu perlu menjalani rawatan kemoterapi. Begitu juga dengan Murni. Dia turut menjalani rawatan tersebut.
“Memang banyak kesan yang saya dapat selepas buat kemoterapi. Saya muntah-muntah, tak lalu makan. Tapi lama-lama badan kita boleh terima ubat yang dimasukkan masa proses kemo tu,” kata Murni.
Disebabkan tidak tahan sakit rawatan kemoterapi, memang Murni mengakui pernah putus asa nak melalui satu demi satu rawatan kemoterapi. Tapi dia bersyukur kerana mempunyai suami, Shahizul Hafiz, yang sangat menyokong dirinya. Kata-kata semangat yang diberikan menyuntik motivasi dan pemikiran positif untuk dia meneruskan rawatan.
Ads
“Sepanjang menjalani rawatan, saya terpaksa jauh daripada anak. Keluarga saya banyak ambil alih tugas sebagai ibu. Memang sedih, tapi nak buat macam mana. Saya kena kuat untuk melawan sakit ni,” cerita Murni.
Tolak tepi semua stres
Pada hari ini memang susah nak elak stres sebab banyak situasi yang boleh menyebabkan stres. Namun demi menjaga kesihatan dia perlu menolak jauh-jauh perasaan stres. Malah dia turut mengakui tiada mana nak fikir masalah yang bukan-bukan. Bagi Murni, hidup perlu diteruskan dan dia buat apa yang dia suka buat. Kini, Murni aktif berniaga minuman kultur Yakult.
Murni berkongsi kisahnya ketika dijemput sebagai panel The Survivor Stories anjuran Vanilla Kismis sempena MisFit 2018, di PWTC Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ads
Bebas kanser
Tahun 2017 adalah tahun paling membahagiakan buat Murni. Dia disahkan bebas kanser selepas melalui 6 pusingan kemoterapi dan 21 kali pusingan radioterapi dalam tempoh enam tahun. Ya, walaupun perit menjalani rawatan kanser yang menyakitkan, namun akhirnya berbaloi. Sel kanser yang menyebabkan dia terpaksa melalui pembedahan membuang payudara sebelah kanan itu sudah mati sepenuhnya.
“Bagai mati hidup semula bila doktor sahkan saya dah bebas kanser. Saya gembira dan ingin hidup bahagia dengan suami dan anak,” ujarnya yang kini menyambut ulang tahun perkahwinan ke sepuluh.
Nasihat Murni untuk pesakit kanser
Jangan putus asa jalani rawatan.
Jangan stres
Jangan menyendiri
Bergaul dengan pesakit kanser
Aktif dalam persatuan
Buat apa yang kita suka.
Nikmati kehidupan dengan orang tersayang.
Ubah gaya hidup lebih sihat.
Jangan anggap diri kita tak sempurna tanpa anggota badan yang lengkap.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Peribahasa ini sesuai sungguh untuk anak sulung kepada pasangan usahawan jutawan Datuk Sri Aliff Syukri Kamarzaman dan Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid. Dalam instagram, Shahida memuat naik gambar dengan kasyen yang menerangkan bahawa anak sulung, Ammar Ahyan sudah pandai mempromosikan produk yang menjadi bisnes keluarganya.
Menurut Shahida lagi, Ammar seorang yang tidak kisah langsung mengenai penampilan. Dia tidak kisah pakai pakaian buruk. Malah tak suka juga bergambar. Namun cita-cita Ammar besar untuk meneruskan legasi perniagaan ibu dan bapanya. Dia ingin menjadi CEO paling muda di Malaysia.
Dah pandai promosi produk
mama bangga lah dgn anak bujang mama ni @ammar_ahyan …..dia dah pandai promote produk……..semangat dia sampai ke hari ni dia nak standby apa lagi nak cakap,dia nak praktis..
Nak jadi CEO paling muda
saya bacakan komen2 positif pada dia….( dia x handle ig) dan dia sangat happy dan utk take over Dherbs…dia kata nak jadi CEO paling muda di Malaysia….
Kena ubah penampilan
Dia x suka ambik gambar,x suka jaga penampilan diri,dia x kisah pakai baju buruk……semua dia ok…….tapi Insya Allah sikit2 kita kena ajar dia jaga penmapilan diri sbb jika nak orang respek pada kita kita sendiri kena respek diri kita sendiri…setuju x ? Anak yg baik,pandai mengaji,pandai hafal quran,pandai sekolah dan tambah 1 lagi pandai niaga…?
Kuat sentap macam bapa dia
mama mengandung ammar umur 22 tahun,23 mama bersalin..sakit bersalin dari 7 pagi sampai 7 malam baru bersalin…. . Umur 0 bulan sampai 1 tahun baik sangat senang jaga…..1 tahun – 3 tahun nakal,hyper abis semua anak orang dia pukul ???……mainan anak orang pun dia suka rampas….mama mmg malu la bawa ammar jalan dulu….sbb mama sakit hati bila orang cakap anak mama nakal? . 4 tahun ke atas sampai sekarang baik dengar cakap,cepat membaca,cepat mengaji tapi sensitif kuat sentap mcm bapa dia @aliffsyukriterlajaklaris ??
Waktu solat dah lama masuk, tapi anak kecil masih tak mahu lepas dari dukungan untuk ibu menunaikan solat. Masalah ini selalu dihadapi oleh suri rumah yang punya bayi dan tinggal sendiri.
Ada masa bayi mungkin boleh ditinggalkan seketika tapi ada ketikanya si kecil meragam. Bila diletakkan untuk memberi ruang ibu bersolat walau sekejap mulalah bayi menangis hingga kadang-kadang membuatkan ibu tak sampai hati malah hilang khusyuk.
Namun masalah ini seharusnya tidak menjadi alasan untuk para ibu melengahkan atau meninggalkan solat. Apatah lagi Islam adalah agama yang memudahkan dan sudah tentu ada cara untuk memudahkan kaum ibu dalam hal ini.
Disebut dalam hadis
Sebenarnya jika berdepan situasi ini seseorang ibu itu dibenarkan mendukung bayi sambil bersolat. Perkara ini ada disebut dalam hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Qatadah al-Ansari ra :
“Sesungguhnya Rasullulah s.a.w menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasullulah s.a.w dengan suaminya al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud , baginda meletakkannya apabila bangun, baginda mendukungnya semula. (Al-Bukhari,Sahih al-Bukhari)
Diharuskan
Dalam hal ini adalah diharuskan oleh ibu untuk mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Namun begitu sudah tentu ada syarat-syarat yang harus ibu patuhi;
1. Pastikan anak bersih dari najis, sebaiknya tukar lampin anak sebelum ibu bersolat.
2. Kawal pergerakan. Pergerakan yang dibenarkan atau tidak membatalkan solat iaitu tidak bergerak melebihi tiga kali berturut-turut.
3. Dada sentiasa mengadap kiblat.
4. Hanya dilakukan ketika keadaan memaksa. Adalah lebih baik anak dijaga seketika oleh orang lain ketika ibu bersolat.
Cara solat sambil mendukung bayi
Anak yang didukung harus dibersihkan dari sebarang najis.
Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.
Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dan tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.
Baca surah al-fatihah seperti biasa dan sudah pilihan jika keadaan mengizinkan.
Rukuk dengan tangan memegang erat bayi, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.
Semasa mahu sujud, letakkan bayi dan kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.
Laksanakan langkah ini hingga solat selesai.
Untuk lebih jelas disertakan juga panduan bergambar seperti berikut.
Dulu setiap rumah mesti akan ada gerobok atau almari untuk simpan lauk macam ni. Tapi sekarang kebanyakkannya dah tak digunakan lagi, mungkin terbiar di belakang rumah di kampung atau di tepi dapur.
Kalau masih ada walaupun uzur jangan sesekali dibuang, sebab ia masih lagi digunakan tapi untuk tujuan lain. Gerobok lama ini boleh kita tukar jadi almari hiasan yang moden dan eksklusif.
Idea ini dikongsi oleh Alied Wahab yang melakukan makeover gerobok lauk yang dijumpai di tempat pelupusan sampah menjadi almari hiasan yang cantik dan moden.
Makeover gerobok lauk lama jadi almari hiasan eksklusif
Bermula pkp 3.0, terjumpa gobok lauk di tempat pembuangan sampah. “Ini harta karun ni.” Kutip bawa balik baik pulih mana mampu. Boleh la, baru niat di hati nak cari di kedai, rezeki alhamdulillah dapat juga Allah bagi.
Langkah makeover
1) Saya buang jaring hijau, bersihkan sawang yang ada.
2) Kemudian pada bahagian kayu yang berlubang dek bekas paku letak filler untuk tutup aib yang ada.
3) Selepas itu boleh sander dengan kertas pasir supaya permukaan kayu gerobok halus.
4) Gerobok ini waktu jumpa tiada para jadi saya buat para rak dalam almari menggunakan kayu. Kayu papan ini saya beli di hardware panjang 12 kaki dengan harga RM45 sekeping.
5) Kemudian saya cat dengn warna hitam mati. Ini cat yang digunakan.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...