Kenali Beza Eau De Parfum (EDP), Eau De Toilette(EDT) & Eau De Cologne Sebelum Beli Minyak Wangi

147

 

Ketika memilih minyak wangi korang tentu perasan perkataan dalam bahasa Perancis yang tertera pada botol. Wangian yang dipilih itu deskripsinya mungkin salah satu dari empat kategori minyak wangi ini iaitu parfum, eau de parfum (EDP), eau de toilette (EDT), dan eau de cologne (cologne).

Tapi tahu tak bezanya. Kategori ini sebenarnya menjelaskan kandungan minyak wangi dan ketahanan harumannya bila ia digunakan. Jadi sebelum beli perhatikan juga perkara ini ya.

Parfum

Ia mempunyai ketumpatan pati minyak wangi yang paling tinggi (20-30 peratus). Wangian jenis parfum biasanya lebih tahan lama daripada yang lain. Ia boleh kekal wangi sehingga lapan jam.

Eau de parfum

Memiliki ketumpatan kedua tertinggi. Biasanya eau de parfum mengandungi 15-20 peratus pati minyak wangi. Eau de parfum biasanya boleh bertahan antara empat hingga lima jam.

Eau de toilette

Pati minyak wangi jenis ini biasanya berada di bawah 5-15 peratus jadi wangiannya akan bertahan selama lebih kurang tiga jam saja. Namun, dalam minyak wangi lelaki, eau de toilette boleh disamakan dengan eau de cologne.

Eau de cologne

Biasanya eau de cologne lebih murah daripada parfum dan eau de parfum. Ini kerana kandungan pati minyak wangi di dalamnya hanya lima peratus. Anda mungkin perlu menyemburnya kembali selepas dua jam.

Sumber : bustle.com

 

 

Tinggalkan Komen