Ibu mana yang mampu menahan air mata apabila melihat keadaan anak yang tidak lagi bernyawa. Apatah lagi dalam keadaan sangat teruk, disorok dalam ruang pembeku peti sejuk!
Seluruh tanah air meluahkan rasa marah dan kesal dengan kejadian bayi berusia 5 bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif ditemui mati di rumah pengasuhnya. Pada awalnya, tular di media sosial bahawa bayi itu kononnya diculik setelah pengasuh memberikan kepada seorang lelaki yang disangka bapa bayi tersebut. Namun hasil siasatan polis setelah ragu dengan keterangan pengasuh, mayat bayi itu ditemui pada sebelah malamnya.
Ibu bayi, Farah Madiha Othman, 28, melalui screenshoot yang tular Facebook telah meluahkan rasa kesal dengan kejadian yang berlaku.
Adam syg.. Sejuk ya dlm peti tu.. Xpe syg nanti msuk syurga semua indah2 yg Adam dpt.. Igt pesan mama jg diri kat sana.. Nanti mama papa dtg ye syg kita mandi buih lagi.. Innalillahiwainnalillahrojiun.. Terima kasih kepada semua kawan2, saudara mara dan rakyat Malaysia semua krn berusaha cri Adam dan doa baik-baik utk Adam.
Adam Rayqal bin Mohd Sufi Naeif 9/2/2018-3/7/2018
Ads
Farah dikhabarkan oleh teman yang melawatnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL), tidak mampu bertemu sesiapa pun dan sugul ketika proses bedah siasat dijalankan di sana. Dia turut dikatakan berkali-kali mengulang pertanyaan mengapa sanggup letak anaknya di dalam peti sejuk.
Ketika ini masyarakat menunggu hasil bedah siasat dan tidak sabar hendak mengetahui apakah punca kematian Adam. Malah banyak posting di Facebook kalangan netizen yang rasa marah kepada pengasuh yang berumur 33 tahun dan teman serumahnya yang berusia 36 tahun. Tindakan kejam mereka menyumbat bayi kecil dalam bahagian sejuk beku peti ais memang tak boleh dihadam.
Ads
Semoga Tabah
Dalam pada itu tular juga di Facebook gambar yang dikatakan sebagai pengasuh Adam menggunakan dengan nama QayLa Adriana Aoki (Nor Aqi’Dz). Namun kesahihannya belum dapat dipastikan. Selain itu juga agensi Bernama turut berkongsi gambar sayu ibu bapa Adam ketika berada di HKL yang membuatkan netizen sebak.
Ads
Sama-sama kita doakan ibu bapa Adam akan bersabar dengan ujian daripada ALLAH.
Kemelut anak Chef Wan, Serina Redzuawan dan bekas suaminya, Gavin Edward O’Luanaigh atau Salahuddin Ghaffar masih belum berakhir meskipun hampir setahun bercerai. Mereka kini sedang dalam proses mengenai hak penjagaan anak, Tristan Tareef dan Issabella Safiya.
Macam-macam perkara dipertikaikan antara mereka termasuklah tindakan Chef Wan yang tidur bersama dengan cucunya turut jadi isu. Enggan perkara sama berulang maka Serina meminta bapanya tidak lagi memuat naik aktiviti bersama mereka di instagram.
Cerai boleh ke putus hubungan darah daging?
Si Gavin SOB tu kata my daughter tak benar kan my cucu2 tu see me and spent time at my home la pulak. Nak main drama apa hal? Boleh ke nak putus hubungan darah daging kita as family? I told Rina when it come to his turn to care for the kids tak pula kita kisah. Why tiba giliran my daughter pula ambil the kids to see my mother dia pulak boleh dictate to tell us how we should spent our time as family? I told Rina dont let this ba*&*%** to run your life. Tell Gavin to F…off aja! Put your foot down as u have equal right to handling the kids too. Tak sabar nak tunggu court panggil for custody of this kids. I told Rina padan la muka kau pi serah kan anak kau tu pada si mur*** ni dari awal dan kasi dia muka. Now dia naik lemak lah. I can imagine how many x husband that are sick out there to bully their x wife mcm ni out of hatred and revenge. Dah la buat hal kita pun terpalit dgn masalah dia. Perhaps he should mirror himself first if he want to compare what i have done.
Tak payah la cerita di IG
Rina said to me semlm…Pa nak tengok the kids with nenek tak payah la cerita di IG! Dia ada follow Papa mau pun bar***h2 dia and will find all kind of excuses not to let me have the kids and cuba main kotor. Ehhhh nak ugut kita pulak ke with his filthy game and sickness? He think i am a coward like him blaming me pulak ke Rina? even letak gambar2 cucu2 di IG tak boleh konon nak popular kan diri saya dan kami anak beranak!??? layan org sakit jiwa ni susah sikit and a real Ass**** pulak tu!?? All i can see is he is intimidated by my love and closeness to my grandchildren. Tu yg rasa tergugat dah tak ada kerja lain terpaksa la layan hati yg busuk itu untuk buruk kan image saya. This stupid SOB forget who the real CW is!?? Kau main Api takut esok bakar balik diri kau sendiri tu!
Baru usia 30 hari, anak Fizo dan juga Mawar bakal jadi model tudung Fareeda. Kalau betul, Wan Maryam mungkin jadi model paling cilik.
Sesuailah kan dengan status ibunya Mawar Abdul Karim yang merupakan pengusaha dan juga duta tudung Fareeda. Perkara itu diumumkan sendiri oleh Mawar dalam satu perkongsian di instagram miliknya.
“Wahai Maryam bakal jadi model tudung kids n blouse fareedagroup. So uncle n auntie stay tune ok. Lepas ni Maryam akan melaram dari mama dia.”
Selain akan menjadi model untuk tudung dan blaus kanak-kanak, ujar Mawar beliau juga akan menggunakan nama Maryam sebagai jenama untuk produk kanak-kanak Fareeda Kids.
Untungnya la Maryam ni. Kita sendiri pun tak sabar nak tengok model cilik ni beraksi. Ini mungkin saingan Aaisyah Dhia Rana.
Fizo dan Mawar menimang cahaya mata pertamanya pada 30 Disember tahun lalu selepas melakukan rawatan kesuburan setelah lebih dua tahun mendirikan rumah tangga.
Di hari bersejarah pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara, Datuk Seri Dr Wan Azizah turut berkongsi momen istimewa itu di instagramnya untuk tatapan rakyat Malaysia yang selama ini meyokongnya.
Merakam tiga video momen sewaktu bertemu di Istana Negara, netizen juga nyata sebak melihat penyatuan ahli keluarga ini.
Sayu melihat Datuk Seri Dr Wan Azizah berpelukan dengan anaknya Nurul Izzah meraikan hari kemenangan perjuangan mereka.
Masalah siling atau dinding 'leaking' di kediaman bertingkat memang boleh berpanjangan malah mampu mencetuskan konflik.Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek...