Bila muka ada masalah terutamanya breakout kebanyakan kita biasanya akan terus cari produk kat farmasi untuk atasinya.
Sama juga dengan gadis yang membahasakan dirinya sebagai Ji ini. Akibat masalah jerawat yang teruk dalam tempoh yang lama gadis dia sudah menghabiskan ribuan ringgit untuk merawatnya.
Tapi hasilnya tetap hampa. Sehinggalah satu ketika dia mencuba rawatan secara tradisional yang dicadangkan oleh seorang nenek di kampungnya.
Menggunakan tepung pulut sebagai mask ternyata inilah rawatan yang berkesan dan serasi dengannya. Malah kulit yang dulu penuh jerawat merah kembali pulih dan halus. Ha…hebat tak penangan tepung pulut!
Nak tahu macam mana petuanya boleh ikut thread yang dikongsi oleh t$unadeh .
Ambik petua dari nenek kat kampung
Cara buat mask
Hasilnya jerawat surut, kulit mulus macam punggung baby
Buat mask sekerap mungkin
Untuk yang ada masalah jerawat bolehlah cuba ni dulu sebelum beli produk mahal. Tak rugi, tepung pulut berapa ringgit jer pun uols.
Sumber: t$unadeh
Kalau Kereta Ada Calar Sikit-Sikit Gosok Dengan Span Macam Ini Saja. Terus Hilang, Modal RM2
Punyalah jaga kereta tapi tetap bercalar juga, kadang-kadang puncanya dari tindakan kita juga. Kena kunci, bergesel dengan pagar dan macam-macamlah. Walaupun sikit tapi tetap sakit mata.
Tapi setakat calar sikit-sikit kita setelkan sendiri saja, tak perlulah pergi kedai untuk polish.
Cara paling mudah dikongsi oleh Afifah Salleh. Caranya cuma guna Magic Sponge saja. Harga pun tak sampai RM3.
Kesan calar kereta hilang, guna magic sponge murah saja
Sumpah berbaloi gila guna Magic Sponge yang bermodalkan RM2.10 je (ini beli di kedai Eco, harga lama ya. Span ini banyak jual di kedai serbaneka, oulet macam Daiso pun ada jual). Kesan calar ni dah lama sental siap hantar polish kereta lagi tapi still tak boleh hilang.
Guna sponge ni letak air sikit, gosok- gosok terus hilang calarnya. Happy sungguh.
Magic Sponge ni ada 4 ketul. Beli kat kedai Eco, bukan calar je boleh hilang, kotoran degil yang lain pon boleh hilang juga. Tak percaya? Boleh cuba.
Semoga bermanfaat
Kevin Zahri Kongsi 5 Teknik Makan Waktu Pergi Open House Supaya Berat Badan Tak Naik
Masuk bulan Syawal makanya setiap hujung minggu kebanyakan kita akan mendapat jemputan rumah terbuka. Selain seronok dapat bersama keluarga ketika beraya, bab makan memang membuatkan kita rasa teruja bila ke open house ini.
Sebulan berpuasa, macam-macam makanan enak terhidang depan mata memang akan buat kita sukar menolaknya.
Inilah yang menjadi punca naik berat badan mendadak selepas puasa. Tapi jika kita ikut 5 prinsip makan ketika open house yang disaran oleh jurulatih kecergasan Kevin Zahri sepanjang Syawal ini jangan bimbang tubuh akan kekal langsing. Nak pergi open house seminggu tiga kali pun boleh.
1. Peraturan 5:2
Ini cara untuk beraya sebulan. Dalam seminggu, amalkan lima hari makan agak sihat dan dua hari kurang sihat. Kenapa 5:2? Kerana kebanyakan rumah terbuka yang dikira merosakkan diet adalah pada Sabtu dan Ahad sahaja.
Jadi Isnin hingga Jumaat amalkan pemakanan yang lebih baik untuk seimbangkan pilihan kurang baik dan tinggi kalori pada hujung minggu.
2. 20 minit
Ingat bahawa kita akan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk berasa kenyang. Jadi mulakan setiap rumah terbuka dengan hidangan yang agak seimbang dan cuba makan perlahan.
Hidangan “seimbang” bermakna cari sumber karbohidrat segenggam (nasi, ketupat dan sebagainya), sumber protein yang baik (ayam masak merah, daging rendang) dan sayur. Kemudian barulah makan sedikit manisan.
3. Satu Rumah, Satu Hidangan
Ramai yang mengadu “Aduh, rumah terbuka sepanjang hari! Memang tak boleh elak makan berlebihan”. Betul tapi hari biasa pun kita makan antara lima hingga tujuh kali. Oleh itu untuk satu rumah yang diziarahi hanya makan satu hidangan dengan ‘gap’ mungkin dua hingga tiga jam diantara setiap rumah terbuka.
4. Fokus pada kalori makanan
Kestimewaan hari raya adalah lauk bukan air. Jadi kalau anda mahu kurangkan pengambilan kalori, makanlah tapi elak kalori daripada air. Maknanya jangan minum air manis.
5. Jangan tak beraya pulak!
Itu penting. Tidak salah kita menikmati segala lauk yang lazat di hari raya setelah berpuasa sebulan. Tapi ia perlu seimbang dan tidak berlebihan.
Jangan Guna 4 Aksesori Kereta Ini, Bahaya! Jika Pakai Kita Mungkin Tak Dapat Claim Insurans Bila Kemalangan
Ada banyak aksesori kereta yang dijual di kedai ketika ini tapi fikir dulu sebelum membelinya. Ini kerana ada aksesori sebenarnya tidak perlu, malah membahayakan nyawa pemandu dan penumpang kereta.
Dikongsi oleh Adrian Chia yang selalu berkongsi tip tentang kereta di akaun Tik Tok katanya ada empat jenis aksesori kereta yang berbahaya jika digunakan. Ujarnya aksesori ini mungkin membuatkan kereta nampak lebih cantik tapi ia sebenarnya tiada fungsi yang praktikal malah memberi risiko kepada keselamatan pemandu.
1. Karpet dengan saiz yang tak sesuai
Sama ada terlebih besar atau kecil, ia boleh menyebabkan brek tersangkut. Pastikan saiznya betul betul sesuai.
2. Dashboard cover
Ia mungkin dibeli untuk mencantikkan kereta atau melindungi dashboard tapi ia sebenarnya boleh menghalang pembentukan airbag ketika kemalangan berlaku. Keadaan ini sudah tentu membahayakan nyawa pemandu dan penumpang.
3. Seatbelt clip
Ada yang menggunakannya kerana tidak mahu mengenakan tali pinggang keledar dan menghalang bunyi peringatan. Tiada bunyi bising, tapi bila kita menggunakan tali pinggang keledar bersama klip ini, ia tidak mampu menampung berat badan bila berlaku kemalangan. Klip boleh tercabut ketika berlaku impak kuat dan pemandu boleh tercampak ke depan.
Paling merugikan, jika berlaku kemalangan dan aksesori ini dijumpai dalam kereta oleh pihak insuran anda mungkin tidak boleh boleh membuat tuntutan.
4. Sticker diamond pada stering
Rupanya yang berkilat blink-blink ini nampak cantik tapi berbahaya kepada pemandu bila berlaku kemalangan. Bila airbag terbuka, sticker akan terpelanting dan mungkin terkena pada muka dan menyebabkan kecederaan.
Sudah tahu bahayanya jadi elakkan dari menggunakan empat aksesori ini. Jika sudah terbeli, jangan guna dan keluarkan dari kereta!
Anda boleh tonton video penjelasan Adrian di SINI.