Antara hidangan yang menarik perhatian kalau ke pasar malam hingga terjebak untuk kita beli adalah ayam golek atau ayam panggang.
Tapi kan…lepas tahu cara buat sendiri ayam panggang ni korang dah tak perlu beli lagi.
Ikut saja resipi yang mendapat 23k perkongsian di media sosial ni, memang mudah sungguh. Ia dikongsi oleh Sitjua Jua.
1. Bahan-bahan dikisar
Bawang Holland
Bawang merah
Lada hitam
Kiub ayam
bawang putih
Halia
2. Ayam dah dibersihkan dilumurkan dgn garam. Seterusnya perap ayam dgn bahan yg dikisar tadi.
3. Letakkan sesudu kicap.
4. Gaul sekata. Saya perap 1 malam dan simpan dalam peti sejuk untuk bakar esok.
5. Bangun pagi, ambik ayam diperap masukkan dalam air fryer. Saya guna suhu 170 dan set masa 30 minit.
6. Taaaaadaaaaa seksi kan ayam ni… juicy sangat!
Selamat mencuba ya.
Sumber: Sitjua Jua
Tak Perlu Beli, Buat Sendiri Saja Sos Carbonara. Homemade, Mudah, Sekali Buat Dapat Sekuali!
Bila teringin nak makan spageti carbonara, teringat sos yang dah siap dalam tin. Macam-macam jenama ada. Tapi bila masak kuantitinya sikit saja. Kena beli 2 tin baru cukup kalau nak makan sekeluarga.
Sebenarnya daripada beli lebih baik buat sendiri sebab cara membuat sos carbonara ini tak susah mana pun. Jimat juga, sekali buat dapat sekuali. Hasilnya pun puas hati sedap, pekat likat! Resipi perkongsian Arieza Rieza.
Homemade sos carbonara pekat likat
Bahan sos creamy carbonara (untuk sebungkus spageti):
Mentega
Bawang holland – potong dadu
Tepung gandum – 3 sudu makan
Air – 3 cawan
Susu full cream – 4 cawan
Tatura cream cheese – yang kecil dibelah dua. Ambil sebahagian dan kisar dengan air supaya tak berketul.
Garam, lada hitam, oregano
Daging cincang
Sosej dipotong kasar
Lada benggala
Langkah membuat:
- Panaskan mentega kemudian masukkan bawang holland. Tumis sehingga keperangan
- Masukkan daging cincang, kacau sehingga masak.
- Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sehingga keperangan sedikit.
- Dah agak kering masukkan air dan kacau jangan sampai berketul. kemudian masukkan susu full cream. Kalau pekat tambah lagi susu.
5. Masukkan ke semua bahan lain termasuk cream cheese.
6. Rasa, kalau semua dah ok tutup api dan hidang bersama spageti.
Selamat mencuba
Sumber: Arieza Rieza
Buat Sendiri Sup Telur Chinese Style. Tambah Crabstick, Hirup Panas- Panas Memang Layan
Sup telur Chinese style ini yang digemari ramai. Hirup ketika sup masih panas memang sedap. Selalu kita menikmatinya di restoren Cina Muslim.
Tapi sup telur ini boleh saja kita buat sendiri kerana cara membuat dan bahannya memang mudah. Caranya dikongsi oleh Zurina Zulkefli.
Mudah rupanya buat sup telur Chinese style
Lepas sarapan tadi mak mertua request nak makan sup telur Chinese style. Kita buat dan tambah crab stick sebagai penambah selera. Kebiasaannya sup ni dihidangkan di hotel.
Bahan utama:
✓ Bawang putih (cincang halus)
✓ Halia (cincang halus)
✓ Kiub pati ayam (tiada MSG)
✓ Filamen ketam (dihiris nipis)
✓ Telur ayam (dibancuh)
✓ Tepung jagung (dibancuh)
Cara memasak:
1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.
Selamat mencuba.
Sumber: Zurina Zulkefli
‘Dulang Pencair’ Cara Pantas Untuk Lembutkan Daging/Ayam Beku Kalau Tiada Microwave
Mood nak masak dah datang, tapi terlupa pulak keluarkan ayam dalam freezer. Memang boleh spoil mood. Nak tunggu daging ayam lembut mau sejam juga kalau tiada microwave untuk defrost.
Bagi yang tiada mikcrowave di rumah, sebenarnya ada cara untuk lembutkan daging yang beku. Memang boleh guna periuk besi tapi tetap lambat juga.
Alternatif boleh cari defrost tray ini. Huda Zainal antara yang dah gunakan produk ini dan berkongsi pengalamannya.
Tak payah rendam dalam air
Benda alah ni suami belikan masa #PKP. Serius memang sangat berguna sangat untuk yang jenis tak decide nak masak apa.
Ilham nak masak apa tu datang last minit. Tambah dengan tak ada microwave di rumah.
Biasa nak nyah sejuk beku ni makan masa agak lama. Semenjak ada defrost tray ni tak lah lama nak menunggu dekat dapur bila tak keluarkan awal-awal lauk beku.
Biasa sebekas ayam ni guna defrost tray dalam 35 – 45 minit dah lembut. Tanpa perlu rendam pun dalam air.
Berbaloi beli
Sebelum
Selepas
Nanti tray akan jadi sejuk macam pegang ais. Memang ajaib namun terbukti berkesan.
Kat Shopee boleh je buat carian “Defrost Tray”. Masa tak glamour lagi benda ni harga dia RM12 je. Tadi tengok semua atas RM20. Cuma masih berbaloi beli daripada nak beli microwave kan.
Selamat bershopping. Penting ada peralatan yang boleh kurangkan masa berlama-lamaan dekat dapur ni.
Kalau nak beli boleh klik ini – Defrost Tray
Sumber: Huda Zainal