Antara hidangan yang menarik perhatian kalau ke pasar malam hingga terjebak untuk kita beli adalah ayam golek atau ayam panggang.
Tapi kan…lepas tahu cara buat sendiri ayam panggang ni korang dah tak perlu beli lagi.
Ikut saja resipi yang mendapat 23k perkongsian di media sosial ni, memang mudah sungguh. Ia dikongsi oleh Sitjua Jua.
1. Bahan-bahan dikisar
Bawang Holland
Bawang merah
Lada hitam
Kiub ayam
bawang putih
Halia
2. Ayam dah dibersihkan dilumurkan dgn garam. Seterusnya perap ayam dgn bahan yg dikisar tadi.
3. Letakkan sesudu kicap.
4. Gaul sekata. Saya perap 1 malam dan simpan dalam peti sejuk untuk bakar esok.
5. Bangun pagi, ambik ayam diperap masukkan dalam air fryer. Saya guna suhu 170 dan set masa 30 minit.
6. Taaaaadaaaaa seksi kan ayam ni… juicy sangat!
Selamat mencuba ya.
Sumber: Sitjua Jua
Tip Buat Bubur Jagung Yang Rasanya Lemak Manis & Pekat. Masuk Bahan Kisar Ini!
Waktu petang dapat makan bubur jagung yang lemak manis dan pekat memang nikmat. Kalau sejukkan dalam peti ais, lagilah syok hirup.
Untuk hasilkan bubur jagung yang sedap berlemak dan pekat ini ada tipnya. Mengikut perkongsian dari Tiesha Abdul Rahman, ini antara tip yang boleh digunakan jika memasak bubur jagung.
- Supaya rasa bubur jagung enak sebati dengan kuah dan pekat, kisar sedikit jagung dan masukkan dalam bubur.
- Bubur jagung lebih sedap jika diletakkan sagu.
- Untuk rasa bubur yang berlemak, guna santan segar dan letak sedikit garam
Cara lengkap untuk buat bubur jagung lemak manis yang sedap ini boleh ikut cara di bawah.
Bahan-bahan
5 tongkol jagung – dihiris, basuh dan toskan
1/2 cawan sagu putih
2 cawan air
2 cawan santan pekat – guna santan segar
1 tongkol gula melaka
2 sb gula pasir
3 sb susu pekat
1/2 st garam halus
1 helai daun pandan – disimpulkan
Bahan kisar halus :
2 senduk hirisan jagung
1 cawan air
Cara membuat :
1. Didihkan air, masukkan sagu. Masak sehingga sagu menjadi jernih kesemuanya. Kemudian, tapis dan lalukan di bawah air paip. Ketepikan.
2. Kisar halus jagung bersama 1 cawan air. Untuk bagi kuah tu rasa jagung.
3. Masukkan hirisan jagung ke dalam periuk bersama 2 cawan air. Air tinggi dari paras jagung.
4. Masukkan jagung yang telah dikisar halus tadi. Kacau rata. Masak selama 15 minit atau hingga jagung empuk.
5. Bila jagung dah empuk, masukkan santan, garam, gula melaka, susu pekat, gula pasir dan daun pandan. Kacau. Kemanisan bergantung pada selera masing-masing.
6. Akhir sekali, masukkan sagu tadi dan kacaukan ia. Sentiasa kacau agar santan tidak berketul. Bila dah mendidih sedikit bolehlah matikan api. Siap!
Tip ekstra: Boleh juga beras pulut pekatkan bubur jagung
Boleh juga gunakan beras pulut untuk dapatkan bubur jagung yang pekat.
Caranya, masukkan 1/2 cawan beras pulut dalam periuk bersama jagung dan santan cair. Masak hingga pulut lembut kemudian bolehlah letak bahan-bahan lain.
Selamat mencuba
Sumber: Tiesha Abdul Rahman
Jangan Terus Tabur, Pilih Dulu Biji Benih Betik Sebelum Tanam Supaya Pokok Berbuah. Ini Cara Pilih Yang Betul
Bila beli betik dan rasa manis, ramai yang akan ambil biji benihnya dan kemudian tabur ditanah.
Memang hidup tapi jangan hairan kalau selepas pokok dah tinggi tapi tak juga berbuah. Sebabnya tak pilih biji benih.
Sebenarnya untuk tanam betik dari biji benih kita kena pilih dulu biji benihnya supaya pokok yang ditanam berbuah bukan berbunga saja tapi tiada hasil.
Pemilihan biji benih betik ini dikongsi oleh Ardi Tani.
Tip pilih biji benih betik supaya pokok berbuah
Nak tanam benih betik jangan main tabur semua biji. Kita boleh buat pemilihan yang mana betina yang mana jantan seawal biji benih lagi. Caranya;
- Gambar di atas adalah biji benih dari separuh buah betik. Yang sebelah KIRI warnanya hitam dan yang KANAN warnanya hitam pudar sikit. Kebiasaannya yang biji benih hitam gelap adalah betina dan yang hitam pudar adalah jantan.
2. Untuk hasilkan buah kita semai yang belah KIRI (benih betina)
Untuk hasilkan bunga tanamlah yang belah KANAN (benih jantan)
3. Selepas pilih sebelum semai basuh untuk buang selaput luar dan jemur hingga kering. Ini dapat dapat 30 biji benih.
4. Bila biji benih dah kering, semai dalam tray, medium cocopeat.
5. Apabila anak pokok dah ada 3-4 daun boleh alih ke polibeg atau atas tanah.
Selamat mencuba!
Sumber: Ardi Tani
Cara Buat Tempe Homemade, Tak Susah Mana. Boleh Buat Berniaga Di Rumah
Hidangan tempe memang kegemaran ramai, bukan anak Jawa saja. Macam macam menu boleh dibuat dengan tempe ini, dan ia tetap sedap.
Jika selalu beli siap, kita juga sebenarnya boleh buat sendiri tempe ini di rumah. Penyediaannya juga taklah susah mana, malah kalau dah mahir boleh dijadikan bahan jualan dari rumah saja.
Bagi yang nak cuba buat tempe homemade boleh ikut perkongsian Norlaila Dlaila. Gerenti jadi katanya.
Cara buat tempe gerenti jadi
Bahan-bahan
1 kilo kacang soya
1 sudu ragi
1 sudu tepung jagung
Cara membuat
1. Rendam kacang soya selama 5 jam.
2. Kemudian rebus kacang soya selama 25 minit tutup api biarkan kacang soya itu terendam semalam dalam air rebusan.
3. Buang air rebusan dan basuh kacang soya sambil diramas untuk buang kulitnya. Bilas beberapa kali sampai kulit habis semua.
4. Rebus lagi kacang soya selama 25 minit.
5.Tos air dan keringkan kacang soya sampai betul-betul kering ( tak perlu bilas).
6. Dah kering gaul kacang soya dengan ragi dan tepung jagung. Ragi boleh beli di Shopee RM4 100 gm. 100 gm boleh 2 kali buat tempe.
7. Selepas siap digaul masukkan dalam plastik. Seal plastik dan cucuk cucuk dengan lidi( kalau nak tempe gemuk letak padat-padat).
8. Simpan tempe dia tempat gelap dan panas semalaman.
9. Jangan di tindan ya. Letak satu satu dalam bakul. Tutup dengan surat khabar pun ok.
Hasilnya selepas 3 hari.
Ikut betul-betul cara di atas insya Allah menjadi. Dah boleh buat busines tempe.
Selamat mencuba!
Sumber: Norlaila Dlaila