
Sudah jadi kebiasaan ramai daripada kita selepas menggunakan mesin basuh kita akan membiarkan saja suis tidak ditutup supaya memudahkan kegunaan seterusnya.
Tanpa kita sedar rupanya tindakan tidak menutup suis ini akan merosakkan bahagian dalam PCB board yang mengawal fungsi mesin basuh.
Ia akan menyebab bahagian dalam PCB board seakan cair dan melekit-lekit walaupun daripada luar ia kelihatan elok saja.
Perkara ini dikongsi dalam video Hairul Vcool yang juga dikenali sebagai pakar membaiki mesin basuh dan peti sejuk.
Dalam video tersebut ditunjukkan keadaan di sebalik PCB board mesin basuh yang penuh dengan cecair yang melekit-lekit.
@hairulvcoolKenapa pcb board mesin basuh jadi cair???
“Kenapa boleh jadi begini? Ini disebabkan lepas menggunakan mesin basuh kita tak tutup suis plug. Tak payah cabut plug, tutup suis saja sudah memadai.
“Bila tak tutup suis arus elektrik akan terus masuk dalam PCB board, lama kelamaan board akan rosak. Bil elektrik juga akan terus berjalan.
“Jangan amalkan lepas pakai tak tutup suis plug, supaya lebih jimat dan mesin basuh pun tahan lama.
Video yang dikongsi ini mendapat perhatian ramai hingga meraih lebih kurang 2.3 juta tontonan.
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Teknik Buang Sisa Dapur Dalam Tanah Terus Jadi Baja Kompos. Tiada Bau Busuk, Haiwan Pun Tak Selongkar

Sisa dapur sama ada lebihan makanan dan sayur, kulit buah dan sebagainya selalu dijadikan baja kompos oleh mereka yang bercucuk tanam. Baja ini memang terbaik untuk pokok sayur mahupun pokok buah.
Cumanya untuk buat baja kompos ini akan ada masalah jika sekitar rumah ada haiwan perosak seperti kera, anjing, babi dan sebagainya yang akan menyelongkar tempat simpanan sisa dapur ini. Selain itu masalah bau busuk ketika proses menjadi baja ini juga buat ramai yang tak tahan.
Cara simpan sisa dapur dalam tanah
Tapi jika tak mahu berdepan masalah di atas boleh gunakan teknik yang dikongsi oleh Tarique Syahman. Caranya dengan membuat tempat simpan sisa dapur ini dalam lubang dalam tanah yang ditutupi dengan pokok. Beliau juga berkongsi kaedah yang dilakukan.
1. Sediakan tong sampah plastik berjaring, potong separuh dan gunakan bahagian atas saja. Sediakan juga pinggan stainless steel untuk dijadikan tempat tanam pokok di atas lubang simpan sisa dapur.

2. Korek lubang, ke dalaman yang sesuai. Saiz permukaan lubang mestikan sama dengan tong sampah. Sementara itu tanah yang dikorek pula disimpan untuk menanam pokok atau rumput dalam pinggan besi tadi.
3. Bila dah siap lubang, letakkan tong sampah yang dipotong separuh tadi dalam lubang. Lebihan tanah dimasukkan dalam pinggan dan tanam pokok atau rumput di dalamnya.

4. kemudian bolehlah mengisi sisa dapur dalam lubang dan selepas selesai gunakan pinggan besi yang berisi tanaman sebagai penutup.

5. Biarkan sisa dapur mereput, boleh tambah sisa dapur dari masa ke semasa. Cara ini sisa dapur yang dibuang berkurang dan tiada lagi sampah yang berbau.

@tarique.syahman Ni cara saya ‘simpan’ kitchen waste. Biar dia mereput dalam tanah so takda bau busuk. #gengkebun #homegardening #tanamsendiri #gardeningtiktok #gardening #tipstanam #kitchenwaste #compost #composting ♬ Chill out lofi hip hop(912904) – osuga satoshi
Semoga bermanfaat.
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Risau Kena Covid-19, Doktor Ini Ajar Cara Buat ‘Check Up’ Sendiri Sebelum Ke Hospital

Bukan tak boleh terus ke hospital tapi dibimbangi anda yang sebenarnya tiada masalah terdedah dengan mereka yang memang sudah dijangkiti.
Oleh itu Dr Wan Ahman Zhafran dari Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang berkongsi tip bagaimana membuat pemeriksaan sendiri untuk Convid19.
Rasa nak ke hospital lah nak check Covid 19! Tunggu dulu!
Anda risau anda dapat #COVID19 ?
Anda rasa anda perlu pergi ke hospital untuk rawatan?
Anda bagus sebab concern pasal kesihatan anda dan orang sekeliling tapi tunggu dulu.
Kami sayang anda. Kami tak mahu anda yang sebenarnya sihat/ takde Covid untuk berada di hospital dan berkumpul bersama-sama orang yang SUDAH DIJANGKITI COVID semasa menunggu untuk rawatan / berjumpa doktor.
Jadi, jawab soalan-soalan di bawah SEBELUM anda keluar rumah dan bertolak ke fasiliti kesihatan KKM.
1. Anda ada flu symptoms?
Demam melebihi 37.5, sesak nafas, batuk dan sakit tekak
– Kalau ya, 1 poin
2. Anda ada pergi ke mana-mana Negara atau kawasan yang ada kes COVID19 dalam masa 14 hari ni?
– China, Korea Selatan, Jepun, Itali, Iran, etc
(Sila check full list negara-negara terlibat, ini contoh negara yang ada jumlah kes tertinggi sahaja)
– Join tabligh Sri Petaling, church di sarawak, atau anda dengar melalui berita bas yang anda naiki semasa perjalanan ke kampung ada pesakit positif Covid
– Kalau anda berjalan bulan lepas, 2 bulan lepas atau tahun lepas, TAK DIKIRA
– Kalau ya, 1 poin
3. Anda ada close contact dengan sesiapa yang anda tahu positif Covid?
– Close contact bermaksud sentuhan, bersalaman, berpeluk cium arab, bersua muka, makan bersama dalam satu talam, duduk serumah, kerja dalam satu pejabat yang buat kerja bersama, etc
– Contact yang tak dikira:
Contact melalui telefon dan whatsapp, jerit “hai pakcik” dari jauh, anda berjalan dekat supermarket dan orang sebelah anda batuk (anda tak tahu pun orang tu siapa dan betul ke dia sakit) SUSPICION / ASSUMPTIONS TAK DIKIRA
(plus anda pun tak sepatutnya berada di supermarket/tempat awam dalam tempoh larangan pergerakan ni)
– Orang yang SUDAH DISAHKAN positif COVID takkan berada selain di hospital, jadi sekiranya ada saudara atau kenalan anda yang POSITIF COVID, dia akan dimasukkan ke dalam wad dan anda akan tahu.
– Orang yang SUSPECTED COVID pun (PUI) setelah diambil sampel di Hospital, dia sepatutnya kuarantin di hospital atau di rumah masing2. Tak sepatutnya dia berjalan2 di tempat awam.
– Kalau anda kenal orang tu pun, tapi anda tak berjumpa dengan dia, tetap TIDAK DIKIRA
– Jadi kalau anda ada positive covid contact, 1 point
KEPUTUSAN!
Kalau anda ada:
0 point
– Anda berisiko rendah dijangkiti covid
– Duduk diam2 kt rumah, elakkan daripada keluar rumah. Anda jgn ingat anda berisiko rendah, anda boleh keluar pula ya. Babap karang.
1 point
– Anda berisiko sederhana dijangkiti covid
– Duduk diam2 di rumah, self quarantine 14 hari dan monitor symptoms anda. Sekiranya semakin teruk setelah 5-7 hari, datang ke hospital untuk rawatan. (Kebanyakan demam biasa akan baik dalam masa 1 minggu)
2 dan 3 points
– Anda berisiko tinggi untuk dapat jangkitan covid
– Anda patut keluar rumah sekarang dan pergi check up dengan segera
– Pesakit dalam golongan yang ini kami akan buat ujian saringan (swab)
– Pesakit yang ada dalam golongan ni jangan pula degil taknak check, kesian kt ahli keluarga anda.
Sila pergi ke hospital dan berikan maklumat lengkap berkenaan:
1. Simptom ada sejak bila
2. Anda pulang dari mana dan bila tarikhnya
3. Siapa positif Covid contact tersebut, hubungan anda dengan dia, dia dirawat di mana, bila anda berjumpa dengan dia dan anda buat apa dengan dia (salam, peluk, etc)
Sekiranya anda tak dapat sediakan maklumat-maklumat di atas ni, kebarangkalian untuk anda dapat Covid adalah rendah sebab Covid hanya boleh berjangkit melalui CONTACT.
Elak dari sengaja dedahkan diri dengan jangkitan Covid di hospital
Jadi elakkan diri anda daripada tidak sengaja mendedahkan diri sendiri kepada jangkitan COVID19 di HOSPITAL.
Anda bayangkan, semua orang yang datang ke hospital tu ada 2-3 point dan anda seorang je yang sihat, berkongsi tempat duduk, berhimpit, bersesak, menunggu rawatan hingga 2-3 jam, anda yang sihat pula dapat jangkitan COVID19 secara tak sengaja.
Di hospital pun, kalau anda ada 0-1 point saja, kami akan arahkan anda untuk balik ke rumah. Anda pula akan rasa tak puas hati sebab anda datang ke hospital sebab anda sangat risau dan nak check covid, tapi tak dapat. Sabar dan bertenang ya, senyum dan tarik nafas dahulu sebab itu adalah SOP KKM.
KKM buat begitu untuk:
1. Mengelakkan anda dijangkiti COVID secara tidak sengaja melalui unnecessary gathering di Hospital
2. Mengelakkan orang yang sepatutnya dapat rawatan, jadi tak dapat rawatan disebabkan ramai sangat orang di hospital
3. Melancarkan urusan pengesanan kes di hospital
Jadi, duduk diam-diam di rumah dan spend masa dengan keluarga. Ini masa terbaik untuk bersama keluarga. Tengok TV, dengar radio dan baca berita, dapatkan maklumat sahih terkini tentang COVID (kawasan-kawasan terlibat, kluster terbaru, etc).
Apa-apa pun, kami perlukan doa dari seluruh rakyat Malaysia agar urusan kita semua dipermudah dan seluruh rakyat Malaysia dihindari jangkitan COVID19 ini.
Kami berusaha sebaik mungkin, anda pun turut sama berusaha untuk ikut arahan, dan Allah yang akan menyembuhkan.
Semoga Allah merahmati anda juga yang membantu kurangkan jangkitan dengan duduk di rumah.
Semoga nasihat ini sedikit sebanyak membantu melegakan kegusaran hati nurani anda. 😊
INFO
1. Sila klik pautan di bawah untuk jawab soalan-soalan di atas di website rasmi KKM.
Klik butang ‘Semak Risiko Anda’ dan jawab beberapa soalan ringkas. KKM akan beritahu risiko anda dan apa anda perlu buat.
https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus
2. Senarai negara terlibat dengan COVID19
https://www.worldometers.info/coronavirus/#countries
Sumber: Dr Zhafran
Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom
Kluang
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Kalau Ada Banyak Lebihan Nasi Sejuk, Boleh Buat Keropok Nasi. Ini Caranya

Selalu bila ada lebihan nasi kita akan goreng. Tapi selain daripada menu itu ada lagi yang kita boleh olah guna nasi sejuk.
Antaranya buat keropok nasi, macam keropok Mony yang kita makan dulu-dulu. Cara membuatnya boleh ikut langkah yang dikongsi oleh Eina Izzara.
Cara buat keropok nasi

Bahan-bahan:
Nasi sejuk- rendam 1 jam dan tos
Bawang putih
Biji ketumbar
Ikan bilis
Tepung ubi
Pewarna ikut cita rasa
Cara membuat:
1. Nasi sejuk yang ditos tadi kisar kering. Tumbuk/ kisar bawang putih, biji ketumbar dan ikan bilis (kuantiti ikut nasi sejuk contohnya; 1 mangkuk nasi, 3 biji bawang putih, 1 sudu teh ketumbar, ikan bilis secukupnya).
2. Gaul semua bahan tumbuk ke dalam nasi tadi. Kemudian perasakan dengan garam dan sedikit gula jika suka.
3. Masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit ke dalam bahan-bahan tadi, uli sampai doh tak lekat di tangan. Kemudian bentuk doh bulat memanjang.
4. Dah siap bentuk doh, panaskan air dalam periuk dan rebus doh tadi. Bila timbul boleh angkat dan tos. Sejukkan.

5. Ambil pewarna dan bancuh dengan sedikit air dan sapu pada doh keropok tadi. Simpan dalam peti sejuk semalaman supaya senang dipotong.

6. Potong nipis letak atas dulang dan jemur. Kalau panas sehari dah kering.

Inilah keropok nasi yang dah kering. Boleh terus goreng atau simpan.
Selamat mencuba
Sumber: Eina Izzara
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!

