Mahu Isteri Duduk Rumah, Aeril Hadiah Mahligai Cantik Buat Wawa

Share

 

 

Bulan lepas VK ada interview pelakon cantik, Wawa Zainal mengenai hadiah kereta mewah yang dibelikan untuk suaminya, Aeril Zafrel. Ketika interview itu, Wawa ada sebut rumah impian mereka berdua mungkin boleh diduduki pada bulan November.

Nah, baru-baru ini di instagram Lentera Creative Home, ada memuat naik beberapa gambar dengan kapsyen yang menyatakan itu ialah kediaman milik Wawa dan Aeril. Wow! Melalui gambar-gambar itu memang sahlah kediaman tersebut memang layak dikatakan sebagai rumah impian. Sangat mewah.

Lentera telah dilantik sebagai pereka hiasan dalaman. Konsep yang dipilih oleh pasangan sama cantik, sama padan ini ialah modern english.

Alhamdulillah siap deco…ramai yang tak sabar dari tadi yer…??
Ok saya kongsikan dahulu ruang living utama mahligai indah @aeril_zafrel dan isteri tercinta @w4w4_zainal ….letoppp ke tak…?????
Ini adalah deco rumah baru beliau yang berkonsepkan modern english…menarik kann…

Di samping itu, Aeril sendiri ada memuat naik gambar dia bersama Wawa di kediaman tersebut.

“Tip supaya isteri duduk rumah, hias rumah cantik cantik,”demikian tulis Aeril dalam postingnya.

Jom intai sikit gambar rumah mereka ni.

 

VK nak ucapkan tahniah buat Wawa dan Aeril. Kegigihan mereka menceburi dunia bisnes boleh dijadikan inspirasi.

Sumber: Lentera Creative Homes

IKLAN