Main Tulis-Tulis Surat, Abby Fana Nasihat Anak Supaya Tekun Belajar

Share

 

 

 

Kadangkala sesuatu yang anak buat kepada kita boleh menyebabkan hati sayu. Rasa terharu kerana terasa betapa besarnya nilai kasih sayang.

Baru-baru ini, penyampai radio terkemuka, Abby Fana memuat naik foto bersama kapsyen mengenai anak angkatnya, Azra Qalilah.

Anak2 belahan hati ❤❤❤
Psssstt…abaikan tulisan burukku ?
#ingatsampaibilabila
#redhaiburedhaallah
#doayangbaik2

Melalui perbualan dalam kertas bertulisan tangan ini menunjukkan bahawa Lala ingin menjadi seorang usahawan produk keperluan ibadah.

Abby Fana menyokong cita-cita anaknya itu dengan nasihat kena belajar bersungguh-sungguh dahulu supaya usahawan berilmu.

Comel je perbualan mama dan anak ni kan?

Mama, bila lala dah besar, lala jual produk lala: mama dan jubah, kasut, tudung, telekung, langsir, sejadah, beg, Al-Quran dan tasbih. Boleh?

Jawab: Mestilah boleh, yang penting Lala kena belajar bersungguh-sungguh dan ikut perintah Allah.

Lala: Okey, mama. Lala belajar betul-betul okey 🙂

Sumber: Abby Fana

IKLAN