Mak-mak Amal 8 Tip Dari TNB Ini Di Rumah Untuk Elak Bil Elektrik Melambung Setiap Bulan

1443

 

Setiap bulan dapat saja bil elektrik mesti ramai mak-mak yang merungut. Biasanya akan cecah ratusan ringgit bila dah berkeluarga apatah lagi kalau yang tinggal di bandar. Jarang sangat dapat bil bawah 100 kan.

Tapi ada saja cara untuk menurunkan bil elektrik dan kuncinya terletak kepada kaum ibu kerana andalah yang mengawal kebanyakan urusan rumah tangga. Bagusnya cara ini dikongsi oleh Tenaga Nasional Berhad sendiri ya.

1. Pilih perkakas elektrik label 5 bintang

Sama ada nak beli mesin basuh, peti sejuk, pendingin hawa dan sebagainya pilih perkakasan yang ada label 5 bintang. Produk direka untuk fungsi yang lebih efisyen dan juga menjimatkan elektrik.

2. Baju penuh baru basuh

Jangan tak tahu mesin basuh menggunakan banyak tenaga elektrik untuk beroperasi. Memastikan mesin basuh diisi dengan baju secara penuh akan mengurangkan kekerapan kita menggunakan alat ini sekali gus mengurangkan bil elektrik. Dengan kata lain tunggu bakul baju penuh baru basuh ya!

3. Gosok baju banyak sekaligus

Seperti mesin basuh, penggunaan seterika yang banyak memang akan membuatkan bil meningkat. Jadi sebaiknya atur jadual menggosok baju anda dengan menggosok dalam jumlah yang banyak sekali gus. Contohnya gosok baju satu atau dua kali seminggu saja.

4. Kedudukan peti sejuk jauh dari dinding

Letak peti sejuk sekurang-kurangnya 10 sentimeter dari dinding dan letak jauh dari alatan elektrik yang panas seperti ketuhar. Kedudukan ini akan membolehkan ia berfungsi lebih baik.

5. Susun barang dalam peti sejuk

Kalau barang dalam peti sejuk berterabur eloklah ambil masa susun dengan teratur. Sebabnya ia juga antara penyebab peti sejuk menggunakan banyak tenaga elektrik. Peti sejuk yang barang di dalamnya tersusun elok membolehkan udara di dalamnya beredar secara efisyen.

6. Penuhkan air dalam cerek baru masak

Sekiranya anda menggunakan cerek elektrik, letakkan air hingga penuh dan untuk lebih jimat simpan air panas dalam flask untuk memastikan ia kekal panas. Jadi tak perlulah masak atau memanaskan air banyak kali.

7. Tutup tingkap & pintu bila pasang pendingin hawa

Bila menggunakan pendingin hawa pastikan tingkap dan pintu di tutup.Cara ini akan mempercepatkan ruang sejuk lebih cepat dan setkan suhu pada 23-23 darjah selsius untuk suhu yang optimum dan merendahkan penggunaan elektrik.

8. Jangan biar komputer, tv terpasang

Tutup komputer, tv, radio, kipas bila tidak digunakan. Kebiasaan kita yang selalu membiarkan perkakas ini terus berfungsi walaupun tidak digunakan adalah sangat merugikan tenaga elektrik.

 

Sumber: TNB

 

 

Tinggalkan Komen