
Ada yang panggil lauk ini singgang, bening atau pun asam pedas. Apa jua namanya tapi lauk asam rebus ini memang sedap. Guna ikan kembung atau ikan mabong pun boleh.
Lauk ini memang ringkas sangat cara memasaknya, tapi bila dah siap memang terbaik rasanya. Kuah mesti kena banyak dan sedap sangat kalau dihirup. Cara membuatnya dikongsi oleh Tuan Mahani yang menurutnya diturunkan dari arwah neneknya.
Masak asam rebus ikan kembung, lauk paling senang nak buat
Bahan-bahan
3 ekor ikan kembung / mabong
5 – 7 helai daun kesum
1 – 3 asam keping
1 batang serai -dititik
Air 700 ML – 1 L
Bahan dikisar
1 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Cili merah
Belacan
Air
Cara membuat
1. Tumis bahan kisar lebih kurang lima minit kemudian masukkan daun Kesum, asam keping dan serai.
2. Masak lagi selama lima minit kemudian baru masukkan ikan dan air.
3. Didih lagi selama 10 – 15 minit. Ikan cepat masak jadi tak perlu masak lama-lama. Siap.
Sumber: Tuan Mahani
Kaedah Tanam Jagung Yang Betul Supaya Hasil Berkualiti, Saiz Pun Besar. Panduan Dari Pekebun Jagung

Cuba tanam jagung di rumah dan pokok pun dah naik elok. Tapi bila tuai hasil tak cantik pulak, isi jagung tak penuh dan tak manis.
Untuk hasil jagung yang berkualiti penting untuk mengetahui cara penanaman dan penjagaan yang betul. Berikut adalah panduan tanam jagung dengan teknik yang betul untuk menghasilkan jagung yang sihat, berkuali dan bebas racun perkongsian dari pekebun jagung sendiri.
Kaedah penanaman jagung yang betul
Siapa nak tanam jagung dengan teknik yang betul untuk menghasilkan jagung yang sihat, berkualiti dan bebas racun kimia. Saya sharing di sini.
1. Pilih benih yang berkualiti
Sebaiknya benih hibrid. Banyak varieti jagung yang berada di pasaran. Pilihan varieti jagung yang saya tanam adalah King Corn 316 keluaran AG.
2. Penyediaan kawasan
Semua jenis tanah sesuai digunakan. Kecuali tanah yang menakung air. Buat saliran utk mengurangkan risiko kelembapan tinggi.
Tanah hendaklah dibersihkan dari segala pokok pokok dan rumput. Plough tanah sebanyak dua kali dan batas dibuat. Untuk jagung saiz batas yang paling sesuai adalah lebar batas 3 kaki dan saiz longkang adalah seluas 4 kaki untuk memudahkan kerja.
Selepas itu tabur tinja ayam. Sembur dengan mikrob berfaedah seperti IMO yg dicampur dengan Mol Kangkong @ Mol Ikan ( xtra Booster + xtra Amino ) untuk membantu meningkatkan nutrien dalam tanah dan menyuburkan tanah.
3. Jarak tanaman
Jarak tanaman adalah 1 kaki x 4 kaki. Jarak tanaman mempengaruhi saiz buah dan keseragaman pokok di mana kadar cahaya, udara dan air dapat dibekalkan dengan baik untuk tanaman.
4. Kawalan penyakit dan perosak
Sembur seminggu sekali secara berjadual menggunakan bahan kawalan organik sebaiknya. Banyak kawalan organik berada di pasaran. Kalau rajin boleh buat sendiri. Saya gunakan Produk Sri Organik dalam aktiviti kawalan serangga dan penyakit.
5. Pembajaan
Hari ke 20 : NPK Hijau 15:15:15 ditabur keliling pokok
Hari ke 40 : NPK Biru 17:17:17:2 ditabur keliling pokok.
Hari ke 50 : NPK 17:17:17:2 ditabur keliling pokok
Saya menggunakan baja NPK Yara
Baja boleh bagi 2 ke 4 kali maksimum
Suka hati tengok kepada pertumbuhan pokok
5. Pilih jagung
Pada hari ke 30-40 pemilihan jagung dibuat. Pilih hanya satu tongkol sahaja utk mendapatkan Gred A, selebihnya bolehlah dipetik utk dijadikan baby corn dan dijual atau beri makan pada ternakan.
6. Cantas bunga
Pada hari ke 50, cantas semua bunga utk mengelakkan serangan ulat pada peringkat akhir tanaman. Biasa nya tangkai bunga ini menjadi perumah kepada ulat ini.
7. Pada hari ke 62- 65 hari jagung sudah boleh dituai.
8. Siram jagung sekali setiap hari. Apabila ada hujan memadai menyiram jagung apabila perlu sahaja. Jagung perlukan air di peringkat awal pertumbuhan.
9. Kawalan rumpai
Kawalan rumpai menggunakan racun pracambah. Jika ada rumput tumbuh, potong menggunakan mesin rumput atau cabut dgn tangan. Kawalan rumpai di peringkat awal penanaman adalah lebih baik.
Untuk penanaman skala komersil pastikan anda menanam apabila sudah ada pasaran. Jangan tanam dulu baru cari pasaran. Untuk penamanan di tepi rumah, ikut langkah di atas, insyaallah berjaya.
Selamat mencuba.
Sumber: Wahida Hambali
Cara Betul Simpan Ikan Dalam Freezer Supaya Kekal Segar Macam Baru Beli

Stok ikan memang sentiasa ada dalam peti sejuk memandangkan ia lauk kegemaran selain ayam. Biasanya kita akan beli ikan yang segar dan selepas dibersihkan kita terus simpan dalam freezer atau bahagian sejuk beku.
Tapi masalahnya jika salah cara simpan dalam freezer ikan yang segar tadi jadi lembik bila dikeluarkan untuk dimasak. Memang frust.
Supaya stok ikan yang dibeli ini kekal segar walau disimpan lama dalam frezer beberapa lama, ini sebenarnya cara yang perlu dilakukan. Tip simpan ikan ini dikongsi oleh Normah Bahari.
Cara betul simpan ikan dalam freezer
1. Siang, potong dan ikan.
2. Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak, kemudian tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut.
3. Tutup bekas dan simpan dalam bahagian sejuk beku.
4. Bila nak masak, keluarkan dan biarkan air cair. Kalau nak masak pagi , keluar dari malam dan bila nak masak tengah hari, keluarkan waktu pagi , Insya-Allah ikan tetap segar macam baru beli.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Normah Bahari.
DIY Spice Rack Untuk Dapur Kecil. Mudah & Kemas, Tak Perlu Tebuk Dinding

Di dapur kita mesti ada banyak rempah ratus untuk masakan selain bahan-bahan perasa jenis serbuk. Bahan-bahan ini ada yang kita letak di tempat memasak, dalam kabinet, drawer hingga bila nak menggunakannya puaslah kita mencarinya.
Supaya tak lagi kalut mencarinya apa kata buat DIY spice organizer seperti yang dilakukan oleh Fara Amirullah. Modal cuma lebih kurang RM80 tapi hasilnya, rempah ratus ada sudut tersendiri yang kemas, senang nak cari bila memasak.
Jangan bimbang, ia tak makan banyak ruang sebab diletakkan di dinding dan kita tak perlu susah payah tebuk pun. Cuma lekat pakai hook saja. Kalau teringin nak buat boleh ikut cara yang dikongsi Fara.
Modal cuma RM80.70
Hari tu I promise nak share dengan uolls my spice organizer kan, here u go. Total RM80.70 and u get your spice organizer yang sedap mata memandang lagi memudahkan kerja memasak.
Semua item i beli kat MR.DIY and Daiso jer, tak semua barang murah itu tak cantik yee kawan-kawan.
Rumah sewa I kitchen dia kecik je kalau dok 2,3 orang kat situ memang akan berlaga punggung laa, so to save space this is the best way.
Dapur I dinding mozek, nak tebuk sayang kan so im using wall hook for my spice organizer. In shaa Allah lekat kuat sebab wall hook dari daiso ni jenis hot melt adhesive, cara nak guna i akan share kat bawah ni.
Rak and spice jar beli kat Mr.DIY je. Mana yang duduk rumah sewa and ada kitchen comel boleh cuba cara ni.
Wall hook
Wall hook dari daiso, ada yang 1kg, 3kg, 4kg I ambil yang 6kg. Harga RM5.57 per pack I beli 4 pack for 4 rack so satu rack guna 2 wall hook ni.
Rak
Rak from Mr.DIY harga RM9.50 I guna 4
Balang rempah
Spice jar ni I plan nak beli kat kedai Eco tapi nampak kat Mr.DIY harga jauh lebih murah so rembat kat sini je la, RM0.85 each I beli 24pcs baru RM20.40 murah kan.
Cara pasang
Gam pada belakang wall hook kena bakar bagi cair sikit, be carefull ye kena tangan merana. Dah cair baru tampal. Biarkaan dalam 2-3 jam baru boleh gantung rak u. Wall hook ni nak pakai kat bilik air pon boleh.
Inilah hasilnya
My spice organizer, berangan sangat nak ada pantri ala-ala farmhouse.