Masalah tumit merekah dan hitam memang dihadapi ramai wanita. Sampai ada yang sanggup pergi rawatan spa untuk menghilangkannya.
Sebenarnya tak perlu buang duit pun pergi buat rawatan atau beli produk untuk menghilangkan masalah tumit merekah ini.
Buat sendiri saja di rumah seperti perkongsian Siti Norshafika Amran ini. Guna barang dapur saja dan paling menarik dalam masa lima minit saja masalah ini.
Bahan-bahannya
- Lemon atau limau nipis
- Garam
Caranya:
- Potong dan perah limau nipis pada garam, gaulkan sedikit.
2. Kemudian ambil potongan limau nipis tadi, calitkan pada garam dan terus sental pada tumit kaki.
3. Gosok sampai kotoran hilang (boleh juga guna berus gigi terpakai untuk menggosok).
Sebelum
Selepas
Ha bersihkan! Dah tahu cara mudah bolehlah cuba dan share dengan kawan-kawan lain ya.
Sumber: Siti Norshafika Amran
2 Cara Bersihkan Perut Lembu Atau Babat Supaya Putih Bersih. Boleh Guna Cuka Atau Kapur
Selain daging, tulang bahagian perut atau babat antara yang selalu kita dapat bila sambutan hari raya korban.
Sedap makan tapi yang tak bestnya adalah proses nak bersihkan perut ini yang awalnya berwarna hitam.
Ini antara dua cara yang boleh digunakan untuk mencuci babat.
1. Tip bersih perut guna kapur
Caranya;
- Rendam dalam air kapur makan dalam 30 minit-1 jam.
- Kemudian bolehlah bersihkan buang yang hitam.
- Selepas dah putih, cuci dengan air limau untuk hilang bau.Dah bersih rebus sekejap untuk memudahkan proses pemotongan.
- Dah siap potong, rebus semula sampai empuk, boleh letak sedikit hirisan halia, insyallah bau pun tiada.
Hasilnya
Kredit: Cik Puan Julie Raja Iskandar
2. Guna cuka untuk bersihkan perut
Caranya;
- Rendam perut yang hitam tadi cuma rendam dengan cuka makan. Tak perlu campur dengan air.
- Rendam selama 1-2 jam.
- Kemudian bersihkan, kesan hitam pun akan mudah tanggal.
Semoga bermanfaat.
Tip Siram Tanaman Guna Air Basuhan Beras, Ini Cara Yang Betul. Baru Pokok & Tanah Pun Subur
Bagi yang bercucuk tanam selalu akan mencari baja terbaik untuk memastikan tanaman subur. Ramai yang sanggup keluarkan belanja sedangkan ada saja bahan di rumah yang boleh digunakan.
Salah satu yang paling terbaik untuk tanaman adalah air basuhan beras. Rugi sungguh kalau dibuang begitu saja. Ada banyak sangat kandungan dalam air beras yang berguna untuk tanaman.
Ushawan tani Faiz Kebun AB Goncang berkongsi manfaat air beras untuk tanaman selain memberi panduan cara siraman menggunakan air beras ini. Ya, untuk menggunakan air basuhan beras ini juga ada caranya. Jika tersilap boleh menjejaskan tanah dan tanaman
Tip siram pokok dengan air basuhan beras
Kelebihan air basuhan beras kepada tanaman
✅ Berfungsi sebagai baja organik.
✅ Mengandungi kandungan nitrogen, fosforus, kalium (NPK) dan mineral lain yang bagus untuk tanaman, tetapi dalam jumlah yang sedikit.
✅Kaya dengan kandungan kanji/karbohidrat/glukosa/gula yang bagus untuk tumbesaran bakteria baik di dalam tanah & akan membantu proses penguraian kompos/nutrien oleh mikrob tanah supaya nutrien dapat dibekalkan kepada pokok dalam bentuk yang mudah diserap oleh tanaman.
✅Boleh menggantikan baja, sekiranya baja dah habis. Namun, pembajaan seperti biasa adalah perlu untuk tumbesaran pokok yang kuat dan sihat.
Cara penggunaan
- Basuh beras dan ambil air basuhannya (air basuhan pertama dan kedua).
2. Jika menggunakan air yang sedikit untuk membasuh beras & ia terlalu pekat, perlu ditambah dengan air biasa semasa disiram pada pokok kerana air basuhan beras yang pekat bersifat asidik/masam dan akan menjejaskan pH tanah.
3. Siram pada tanah atau boleh juga keseluruhan pokok sebanyak 1-2 kali seminggu.
4. Elak siram pada waktu tengah hari kerana daun pokok akan ada kesan terbakar akibat kejutan perubahan suhu yang mendadak.
5. Air basuhan beras boleh juga disimpan selama 2 hari untuk mendapatkan lebih banyak kandungan kanji yang baik untuk mikrob tanah, namun pastikan ia dicampur dengan air biasa terlebih dahulu sebelum disiram pada pokok.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Faiz Kebun AB Goncang
Kalau Nak Semai Biji Benih Sayur Saiz Halus, Ikut Langkah Ini Sebelum Tabur
Biasanya biji benih yang kecil seperti sawi dan bayam kita tabur terus saja ke tapak semaian.
Tapi bila bercambah barulah nampak, anak benih semuanya rapat rapat. Boleh saja biarkan cuma nanti pokok sayur tak cukup zat, kurus-kurus saiznya.
Supaya hasil sayur tak jadi begini ada tip yang boleh dipraktikkan untuk semai biji benih yang halus saiznya. Tip dikongsi oleh Wan Rosnazira.
Tip semai biji benih sayur bersaiz halus
Hari ini nak kongsi tip mudah nak tanam biji benih yang bersaiz terlalu kecil seperti biji sawi dan bayam.
1) Campur biji benih dengan pasir sebelum ditabur ke tanah.
Tujuannya untuk memudahkan kita memegang benih. Struktur pasir yang kasar memudahkan untuk kita pegang dengan hujung jari.
Satu lagi untuk mengelakkan kita tabur terlalu banyak benih pada satu-satu masa.
Nanti pokok akan tumbuh terlalu rapat dan padat. Seterusnya merencatkan pertumbuhan pokok. Pokok akan jadi kecil dan slim jer nanti.
2) Buat garisan lubang pada batas tanaman
Bila ada garisan lubang mudah untuk kita tabur benih. Senang boleh nampak kuantiti benih yang ditabur. Kalau nampak terlebih mudah untuk ambil dan pindahkan ke tempat lain berbanding dengan cara tabur secara rawak. Jenuhlah nak tilikkan.
Satu lagi rasionalnya buat garisan, nanti pokok tumbuh cantik dan tersusun. Sedaplah mata memandangkan. Nak cabut masa tuai hasil pun senang.
Selamat mencuba.
Sumber: Wan Rosnazira.