Ibu bapa perlu ada ilmu keibubapaan supaya dapat mendidik anak dengan lebih berkesan. Menghukum anak yang melakukan kesalahan bukanlah cara terbaik untuk mendidik. Sebaliknya ibu bapa disaran mengamalkan teknik keibubapaan positif (positive parenting).
Pendidik Ilmu Keibubapaan, Dr Taufiq Razif memberikan 3 teknik keibubapaan positif melalui perkongsian di grup Telegramnya. Teknik keibubapaan positif ini boleh membantu menbuatkan perangai anak lebih cepat elok dibandingkan teknik disiplin yang menghukum.
3 Teknik Positive Parenting
1) Membuat arahan dalam bentuk jenaka & permainan.
Ads
Contohnya nak anak buang sampah, kita guna je ayat ni ” Adik..tolong Mama. Tong sampah ni raksasa. Cepat suap sampah ni kat mulut dia.”
2) Sebelum marah, masuk dulu ke dalam fikiran anak.
Ads
Kalau kita jadi anak kita, apa agak agak yang kita rasa? Teknik ni akan menyuburkan sifat EMPATI & MEMAHAMI
3) Kuasai Art Of Distractions
Ads
Kita kena tahu benda yang boleh alih perhatian anak. Contoh anak tengah bergaduh. Cuba sesekali tu kita alihkan perhatian mereka daripada kita asyik marah dan hukum mereka.
Bagi yang mengikuti perkembangan pasangan selebriti ini memang akan tahu bahawa Johan ini memang jenis tak berkira buat kerja rumah.
Selalu saja Ozlyn ini berkongsi video Johan suaminya melakukan kerja rumah, layan anak, masak dan paling kerap basuh baju.
Apa sebenarnya rahsia si Ozlyn ni sampai suami boleh lembut hati nak tolong buat kerja rumah? Ha bukan sebab jampi serapah atau queen control tau tapi sebab kesepakatan jadikan kerja rumah tanggung jawab bersama.
Perkara ini dikongsi oleh Ozlyn dalam satu entri diinstagramnya.
Sebagai contoh katanya tugas mencuci pakaian sudah lama menjadi tanggungjawab suami sejak tidak punya mesin basuh sehinggalah sekarang.
Malah ujarnya kerja rumah ini bukan saja dilakukan oleh mereka suami isteri tapi anak-anak dan ia telah jadi rutin yang dirasakan tidak pernah menyusahkan diri.
Lagi tinggi lagu tu, lagi kuat la dia berus baju tu.. Nampak tak betapa dia bahagia buat kerja umah. So korg toksah la buat andaian sendiri yg aku buli laki. Memang dari zaman takde mesin basuh sampai sekarang mesin pengering pon ada kat umah..
Baju putih memang kami berus guna tangan, lebih puas sebab bersih dan takde istilah menyusahkan diri sebab dah jadi rutin. Malas? Bukan kitaorang. Keje rumah buat sama-sama even anak-anak pun buat sama baru seronok..
Ni kadang kerja rumah dah macam jadi tanggungjawab 100% kaum ibu sebab kaum adam cakap dia penat carik duit, ehhh habis yang kita dok meneran, bertarung nyawa utk lahirkan zuriat diaorang? Semua sebab adat.
Orang perempuan kena buat semua kerja rumah, sok anak ko berderet, dah tak sempat jaga diri, laki tak sempat ko nak hidang makan. Dah laki cakap ko dah tak macma dulu dan laki pon cuci mata kat tempat lain.. acaner tuh???
So yg terbaik biar sesama rasa nikmat berumahtangga susah senang, penat lelah sesama, baru la kita hargai pasangan kita… pengorbanan suami & isteri…
Buat kaum Adam ada rezeki lebih jangan kedekut dengan isteri tau, lagi banyak yg dicurah, disedekahkan makin bertambah rezeki yg tidak disangka-sangka. Ha kaum isteri bila suami layan baik tu malam belanja la…? Takkan tu pun aku nak ajar lagi.
Sejak dari kelahirannya, anak perempuan tunggal Rozita Che Wan atau Che Ta bersama Zain Saidin ini memang jadi tumpuan. Siapa yang tak suka tengok Aaisyah ni kan!
Dan Che Ta sendiri senang untuk berkongsi kehidupan sehari-hari Aaisyah Dhia Rana kepada umum sehinggalah hari ini dia berumur empat tahun.
Melihat pada gelagat Aaisyah yang sentiasa comel dan ceria, rupanya dari cerita Che Ta sememangnya sejak kelahiran Aaisyah dia memang anak yang cukup senang dijaga.
Malah Che Ta sendiri mengakui walaupun sudah 17 tahun tidak bersalin namun dia tiada masalah selepas kelahiran Aaisyah kerana anaknya itu tidak banyak meragam.
Itu juga sebahagian ucapan Che Ta sempena hari lahir ke-empat Aaisyah semalam.
“Happy Birthday sayang mummy, syukur Alhamdulillah Allah kurniakan mummy anak bertuah ni. Sejak dari lahir tak pernah menangis apatah lagi meragam dan berjaga tengah malam.
“Walaupun waktu tu dah 17 tahun tak beranak kecik tapi mummy tetap tak rasa macam ada anak kecik sebab Aaisyah akan nenen kul 12 malam dan terjaga pulak kul 7 pagi. Betui-betui bagi mummy tidoq puaih dlm pantang…
Sempena Birthday Aaisyah yg ke 4 ni , doa mummy supaya mummy mampu besarkan Aaisyah sesempurna mungkin dan Aaisyah membesar sebagai anak yang baik, cerdik, sihat dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah. Amin.”
Sempena sambutan hari lahir Aaisyah juga, Che Ta meraikannya dengan parti tertema Mermaid. Meriah sungguh nampaknya tu!
Semalam kisah pelakon Sharifah Sakinah yang terpaksa menggugurkan kandungannya dapat perhatian ramai. Ujar Sakinah meski sedih tapi dia melakukannya atas nasihat doktor bila dia kembali hamil hanya empat bulan selepas bersalin secara pembedahan.
Tapi kesedihan yang dilalui pelakon ini mungkin tak setanding dengan apa yang dilalui Hernee Bt Samshudin. Wanita ini bila terpaksa berdepan dengan keguguran bukan sekali tapi berkali-kali.
Lapan kali hamil tapi hanya dua anak yang hidup. Termasuklah perlu meneran bayi yang sudah tidak bernyawa. Pilunya rasa hati wanita ini bagai dihiris saat melihat bayinya sudah tidak bernyawa.
Ikuti perkongsian daripada Hernee mengenai pengalamannya.
Kali pertama saya keguguran pada usia kandungan 10 minggu. Memang saya rasa down dan frust sangat. Tak dapat nak gambarkan rasa sedih tu. Sepanjang perjalanan menuju ke hospital saya tahan sakit. Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya, complete miscarriage. Doktor kata tak perlu melalui process D&C (Dilation & Curettage).
Selang beberapa bulan saya mengandung lagi. Usia 8 minggu, gugur. Kali ni kena D&C. Sakitnya!
Kemudian mengandung lagi kali ke-3 dan ke-4. Dua-dua pun tak tahan lama, gugur. Mungkin masa tu risau sangat pasal kesihatan emak, kanser pangkal rahim.
Sedih baby gugur satu hal. Tambah pula bila dengar orang sekeliling bercerita. Ada yang kata baby asyik gugur disebabkan dosa lampau saya. Mudah betul mereka nilai dosa pahala saya. Ada juga yang sinis kata saya tak sayang baby. Tak pandai jaga kandungan. Ibu manalah yang tak sayang anak. Saya dan suami lebih selesa bertenang je. Siapa kami nak menidakkan kuasa-Nya.
Rezeki lagi apabila mengandung kali ke-5. Masa ni saya kena alahan teruk sangat. Doktor suruh saya hadkan aktiviti. Saya tak boleh pergi holiday, shopping. Lupakan semuanya. Rutin saya pergi dan balik kerja saja. Balik kerja saya rehat. Semua suami yang buat. Masa ni memang ikut je apa doktor cakap. Lagi-lagi saya ni ada Gestational Diabetes Mellitus (GDM) sepanjang mengandung.
Sampailah masa nak check up hujung-hujung kehamilan. Doktor kata degupan jantung bayi tak OK. Katanya kena buat emergency caesarean. Bincang dengan suami dan ayah akhirnya setuju. Lahirlah bayi lelaki pada 14 Julai 2011. Namanya Muhammad Ilham Syahmi bin Mohd Nazir.
Ini episod paling sayu bagi semua ibu. Bayangkan saya kena lahirkan baby yang sudah tidak bernyawa!
Masa saya check up usia kandungan 7 bulan, nurse kata degupan jantung baby dah tak ada. Dua orang nurse usaha tetap sama. Degupan jantung baby tak ada! Saya dirujuk ke doktor pakar. Doktor scan dan memang sah baby saya dah tak bernyawa.
Saya ditahan di wad untuk proses induce. Saya kena lahirkan baby ni cepat-cepat untuk elak komplikasi. Tiga kali induce, saya lahirkan anak syurga lelaki pada jam 1 pagi, 27 Jun 2013. Suasana hiba bila anak yang saya lahirkan itu keluar tanpa sebarang bunyi tangisan.
Saya kuatkan hati padahal hati saya terlalu rapuh. Nurse tunjukkan bayi pada saya. Cukup sifat, hidung mancung, molek rupa persis Babahnya. Saya menangis depan nurse. Malam itu saya berteman zikir sehingga saya terlelap.
Pengajaran yang saya dapati ialah sebaik mana pun saya menjaga kandungan, kalau Allah tak izinkan untuk dia lahir ke muka bumi tetap bukan rezeki kami. Saya yakin di sebalik ujian Allah ada sesuatu yang ingin disampaikan untuk kami jadikan panduan hidup. Semoga anak syurga ini bakal memimpin ayah dan ibunya di akhirat kelak.
Setahun lepas tu, saya mengandung lagi. Anak saya demam dan saya jaga anak di hospital. Seminggu lebih jaga anak, akhirnya saya cirit-birit dan demam panas. Saya kena masuk wad dan doktor kata nak awalkan proses bersalin dengan kaedah induce.
Dua kali induce, akhirnya saya dimasukkan ke labour room. Tenaga saya lemah kerana saya cirit-birit. Saya tak mampu nak teran. Doktor gunakan kaedah vacuum. Alhamdulillah selamat lahirkan bayi lelaki dengan kaedah vaginal birth, induce dan vacuum. Kami namakan baby Muhammad Ilham Syamil bin Mohd Nazir. Sekarang umurnya 3 tahun 5 bulan.
Tahun lepas, saya mengandung lagi untuk kali ke-8. Usia kandungan 8 minggu saya kena pendarahan. Mula-mula sedikit lama-lama semakin banyak. Akhirnya gugur. Saya bersyukur walau berkali-kali gugur namun sudah memiliki dua anak penyeri rumahtangga saya.
Nasihat saya kepada suami isteri yang masih lagi belum dikurniakan zuriat atau mempunyai masalah kehamilan seperti saya supaya bersabar. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita suami isteri. Sabar, sabar dan terus bersabar. Setiap manusia ujiannya berbeza. Ada orang diuji dengan wang ringgit, ada orang diuji dengan iman dan kita Allah pilih untuk diuji dengan kehadiran cahaya mata. Reda!
Suami perlu jadi penguat semangat isteri. Sentiasa ada dengan isteri, sama-sama muhasabah diri dan reda dengan segala ketentuan. Elakkan membiarkan isteri keseorangan kerana ditakuti ada gangguan emosi. Bagi saya sendiri, saya yakin dengan rezeki Allah. Cepat atau lambat, kita kena sentiasa pupuk diri dan hati supaya bersabar. Ini bahagian kami, orang lain punya bahagian masing-masing. Kena sentiasa berbaik sangka pada Allah. Abaikan kata-kata negatif orang sekeliling.
Aritmia jantung dalam kalangan orang muda boleh berlaku tanpa simptom dan meningkatkan risiko henti jantung mengejut. Ketahui punca, tanda awal, pemeriksaan serta rawatan yang tersedia.