Waktu PKP ini walaupun kita mampu mengawal pergerakan di luar rumah tapi ramai yang mengadu tak mampu mengawal pergerakan ke dapur. Asyik makan saja.
Untuk elakkan nafsu yang asyik teringin nak makan ini boleh amalkan cara yang disaran oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Caranya cukup mudah, amalkan minum perahan air lemon segelas sehari. Ada penjelasan bagaimana segelas air lemon ini dapat membantu elak rasa lapar malah memberi banyak lagi kebaikan untuk tubuh termasuk untuk kurangkan berat badan.
Ads
Cara penyediaan air lemon yang betul
Perahkan jus lemon sebanyak satu sudu besar, tambahkan setengah sudu gula perang atau madu dan dibancuh dalam segelas air suam. Sebagai pilihan boleh menambah secubit serbuk kayu manis atau secubit halia.
Kenapa kena minum setiap hari
Segelas air lemon ini akan meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien. Penyerapan nutrien yang lemah boleh menyebabkan kita berasa lapar, walaupun sebenarnya kita baru saja makan. Air lemon dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin.
Ads
Kedua-dua kombinasi lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru di makan. Oleh itu sangat baik setelah selesai memakan makanan yang banyak lemak. Jus lemon menyediakan jumlah Vitamin C yang tinggi. Satu biji limau memberikan 30.7 mg vitamin C, berbanding dengan jumlah harian yang disyorkan ialah 75 mg bagi wanita dan 90 mg untuk lelaki oleh USDA.
Mereka yang mengambil lebih banyak vitamin C mempunyai sistem pencernaan yang lebih cekap kerana ia meningkatkan keasidan dalam sistem pencernaan. Vitamin C dalam jus lemon juga meningkatkan sistem tahan, membantu mencegah penyakit jantung koronari, dan mengurangkan risiko anda untuk strok, dan gout. Ia juga adalah antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit kanser.
Ads
Tambah madu, tambah manfaat
Perahan lemon yang dicampurkan dengan gula perang atau madu ke dalam air suam dapat memberikan banyak manfaat kepada badan anda dalam banyak cara, termasuk membantu untuk menurunkan berat badan, meningkatkan penghadaman dan membekalkan vitamin C.
Sambal bilis kacang ini memang kegemaran ramai, lagi sedap kalau buat pedas. Sambal ini memang kena buat banyak sebab, walau pun boleh makan dengan nasi tapi ramai yang suka makan macam tu saja, ratah!
Sambal bilis kacang ini juga tahan lama jika betul cara masaknya. Kalau teringin buat stok di rumah boleh ikut resipi perkongsian Salma Ideris. Boleh tahan berminggu-minggu katanya.
Bahan-bahan yang perlu digoreng garing:
1 kg kacang tanah (lebih pun boleh)
Ikan bilis ( kuantiti ikut citarasa)
Tempe (pastikan potong nipis jika nak masukkan sekali)
Bahan dikisar:
Cili kering ( kuantiti ikut tahap pedas)
Cili api ( letak lebih kalau nak pedas)
1/2 biji bawang holland
1/2 labu bawang putih )
3 sudu gula pasir
3 keping gula kabung/melaka
Sedikit garam & serbuk perasa
1 keping asam keping
Cara membuat:
1. Goreng garing kacang tanah, ikan bilis, tempe. Ketepikan.
2. Guna minyak yang banyak, tumis bahan yg dikisar. Saya masak guna api besar, kacau sentiasa dalam setengah jam.
3. Masukkan asam keping.
4. Bila dah likat macam sira keluarkan asam keping, perlahankan api.
5. Dalam api perlahan, masukkan bahan yang digoreng kacau sebati. Siap!
Tip
Pastikan bahan tumis tidak hangit.
Kacang tanah, bilis, tempe wajib kena garing.
Untuk kekal rangup boleh juga letak cuka (jangan masukkan asam lain dah) waktu tumisan dah naik minyak bersama dengan garam dan gula. Padamkan api, masukkan bilik, kacang dan hidupkan kembali api.
Satu lagi cara untuk kekal rangup, biar sambal sejuk kemudian baru gaulkan ikan bilis dan kacang.
Punca tahi lalat timbul pada kain adalah kerana kelembapan. Mungkin kerana kain yang basah terperap beberapa hari dalam bakul kemudian baru dibasuh.
Atau boleh juga kerana kain yang lembap kemudian terus dilipat atau disimpan contohnya telekung solat. Selalu mengalami tahi lalat adalah di bahagian dagu.
Bagi memastikan tahi lalat ini hilang dan kembali bersih boleh gunakan dua cara berikut;
1. Guna sabun kuning
Sediakan sabun kuning Ganso dari kedai Eco. Kemudian gosok bahagian bertahi lalat dengan sabun tersebut. Sental dengan berus.
Seterusnya bilas, dan jemur. Sekiranya tahi lalat masih ada, boleh boleh ulang cara yang sama. Penggunaan sabun ini juga tak menjejaskan fabrik.
2. Guna cuka dan lemon
Tuang air panas dalam besen, campurkan cuka (lebih kurang satu cawan) kemudian rendam lebih kurang satu jam.
Kemudian keluarkan baju dari air rendaman cuka. Potong lemon dan perah pada bahagian baju yang ada tahi lalat tadi. Boleh guna gosok hirisan lemon tadi.
Selepas itu sental dengan berus. Insya-Allah akan tahi lalat hilang selepas diberus. Jika tahi lalat banyak guna lebih sikit cuka dan lemon tadi.
Hujung minggu atau musim cuti sekolah ramai ibu bapa yang bawa anak-anak bercuti di resort atau kolam renang.
Biasa terjadikan selepas bawa anak mandi manda di kolam renang di resort atau hotel, esoknya anak demam. Kenapa terjadi begini ya? Persoalan ini dijawab oleh Dr.Taufiq Razif.
Kuman dalam kolam susah mati
Saya paling risau kalau anak anak jadi sakit bila balik dari mandi kolam! Tak kisah la jadi demam biasa ke, batuk batuk ke ataupun cirit birit.
Penyebab anak jatuh sakit lepas balik daripada mandi kolam ini adalah kerana Recreational Water Illness (RWI). Kuman dalam air kolam ada bermacam jenis, E. Coli, ada juga parasit contohnya Cryptosporidium yang mana memang susah untuk mati walaupun air kolam tu dah diletakkan klorin.
Kalau ada luka lagi bahaya
Sekali kuman kuman ini masuk ke dalam saluran penghadaman, anak boleh terkena cirit birit. Kalau masuk ke telinga dan mata, ia boleh jadi jangkitan. Mata mula la jadi pedih dan merah menyala.
Kalau anak ada luka pada badan, ia lebih bahaya. Kuman itu boleh masuk ke pembuluh darah. Inilah sebabnya kenapa anak selalu jatuh sakit bila balik daripada mandi kolam.
Jika ini berlaku cepat cepat bawa anak jumpa doktor ye! Satu lagi pesanan, kalau air kolam bau klorinnya kuat hati hati ya. Tu biasanya bau klorin yang dah banyak bercampur dengan najis dan kencing.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...