Kuih apam balik ini selalu jadi hidangan petang. Kebiasaannya kita beli saja, tapi hakikatnya nak buat sendiri apam balik ini mudah sangat.

Pakai kuali non stick saja, bahannya pun sikit. Paling best kalau buat sendiri boleh letak jagung dan kacang banyak. Terpulang nak buat tebal atau nipis dan ranggup. Boleh cuba resipi perkongsian Raihan Mahat ini.

Apam Balik Homemade

Buat Sendiri Apam Balik Homemade, Guna Kuali Non Stick Saja. Mudah Terpulang Nak Tebal Atau Nipis

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega

IKLAN

Bahan tabur:

Kacang tanah ( beli yang dah siap kisar)
Jagung manis dalam tin
Gula

Cara membuat

1. Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.

IKLAN

2. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.

3. Sapu mentega di permukaan non stick pan. Sapu sikit saja.

Buat Sendiri Apam Balik Homemade, Guna Kuali Non Stick Saja. Mudah Terpulang Nak Tebal Atau Nipis

IKLAN

4. Tuangkan 2 senduk adunan dan ratakan. Kalau nipis tambah lagi tepung. Kalau tebal kurangkan sikit. Ikut selera kita.

5. Biarkan kejap dan sementara masak, taburkan gula, kacang dan jagung. Kemudian lipat dua dan sapu majerin.

6. Supaya senang waktu nak memotong, lalukan pisau kat air terlebih dulu sebelum potong.

INFO: 1 adunan ini boleh dapat dalam 4 keping.

Sumber: Raihan Mahat

Selain itu:  Tip Rebus Jagung Supaya Jagung Kekal Lembut, Tak Kecut, Masak Cantik. Letak Garam Waktu Ini
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI